Pendakwah Berlencana Top Fan Di Page Hiburan


Itulah yang pelik kerana persoalan pokok ialah: kalau dia itu alim dan warak, bagaimana dia boleh tersesat masuk ke 'page' hiburan yang ada seksi-seksi?
Kadang-kadang bila masuk ke dalam ‘page’ hiburan yang lalu di garis masa Facebook, saya rajin memerhati ruangan komen kerana pasti ada watak akan muncul iaitu ‘pendakwah page hiburan’. Bila tersiarnya berita seseorang artis itu bercerai, artis kahwin baharu, berkongsi gambar bercuti atau artis nak buat konsert maka muncullah mereka dengan komen berbentuk khutbah, “sudah-sudahlah hiburan ni, banyakkan ibadat. Dah tua tu insaflah.”
Dan lebih menghiburkan saya, nama yang mengomen itu biasanya ada lencana ‘top fan’. Maksudnya, dia bukan sahaja menonton, malah paling setia singgah membaca dan mengulas apa sahaja berita dan gosip artis. Kalau kes artis bercerai, dia akan membedal artis lelaki dengan caci-maki. Kemudian, bila si artis lelaki kahwin baharu, dia belasah pula dengan ceramah tentang hukum, nafkah terhadap anak-anak dan sebagainya seperti dia itu keluarga rapat si artis. Ya, kita boleh agaklah pengomen sebegini biasanya ‘mak cik’, bukan ‘pak cik’.
Jika ada artis wanita berpakaian seksi, pengomen ini akan berdakwah pula tentang aurat tetapi bunyinya aneh: ‘Wow! Besarnya. Hangus terbakar kena api neraka nanti’ atau ‘alamak! Dah tua berkedut dan lembik. Insaflah!’. Semestinya pengomen ini terdiri ‘pak cik’, bukan ‘mak cik’. Bentuk komen mereka mengulas itu membuat kita keliru adakah mereka menasihat atau sedang enak ‘memperincikan’ sesuatu? Kelihatan mereka semua ini punya banyak masa lapang untuk mengambil bahagian menempel di sana.
Itulah yang pelik kerana persoalan pokoknya ialah: kalau dia itu alim dan warak, bagaimana dia boleh tersesat masuk ke ‘page’ hiburan yang ada seksi-seksi? Patutnya dia menghindarinya. Atau adakah dia rasa terpanggil untuk masuk semata-mata untuk beri nasihat? Persoalannya, siapa yang panggil? Kerana ayat yang mereka gunakan itu bukan ayat berdakwah tetapi ayat syok untuk mengutuk?
Media hiburan dengan cerita ‘murahan’ begini wujud kerana adanya pembaca ‘murahan’ yang menjadi pelanggan tetapnya. Ia memang direka untuk menjadi sensasi. Tajuk mesti pedas, gambar mesti paling mencuri perhatian. Itu namanya ‘clickbait’. Mereka, pembaca ini termakan umpan lalu masuk dengan niat konon mahu menasihat (baca: mengumpat) tetapi akhirnya hanya menambah trafik. Mereka pun suka jika komen mereka disambut baik dan disokong oleh pengomen lain. Kelakarnya ada di antara mereka ini mengunci profil mereka. Berani mengomen, menasihat dan mengutuk tetapi tidak mahu identiti mereka diketahui. Sedap main pukul curi, kan?
Kalau kita boleh berfikir dengan waras, kita akan faham bahawa artis hanya mengambil masa dua tiga jam di atas pentas untuk berkonsert tetapi dua jam yang disensasikan beritanya itu kemudian dianggap oleh segelintir warganet sebagai gambaran penuh 24 jam kehidupan mereka. Dari situlah lahir komen-komen, ‘maksiat lalai, hiburan melekakan’, seolah-olah artis itu tidak ada keluarga untuk disara, tidak pernah membantu kerja kebajikan, tidak pernah menunaikan ibadat. Hidup artis dipersempitkan dalam satu bingkai sensasi yang dimanipulasi media. Untuk membuat konsert mereka berlatih berbulan-bulan. Ada pihak lain juga dapat mencari rezeki dalam menjayakan program itu seperti jurutera teknikal lampu dan sistem bunyi, termasuklah katering, tukang sapu dan pekerja pengangkut sampah.
Artis yang bercerai tadi atau yang buat konsert itu tidak ada siapa pun peduli ketika mereka baru selesai menjayakan projek amal mengumpul dana untuk pesakit kanser atau menyumbang kepada program kemasyarakatan dan sekolah agama. Semua itu tidak penting. Yang seronok ialah melibas hanya bersandarkan daripada satu bingkai sensasi tanpa mereka sedar bahasa mereka itu kasar dan mengaibkan diri sendiri serta pihak lain. Apa yang kononnya mahu jadi nasihat akhirnya jadi kutukan, ejekan atau gangguan. Artis ini telah dibuli beramai-ramai oleh para asatizah yang mengunci profil mereka. Sedangkan kalau benar mahu berdakwah, ada banyak cara lebih bijaksana dan lebih berhikmah. Tetapi di ruangan komen, para asatizah ini berasakan halal mengumpat dengan beralaskan (konon) agama.
Padahal, di media sosial sekarang sebenarnya wujud pelbagai konten hiburan alternatif yang jauh lebih bermakna. Podcast tentang seni, diskusi tentang muzik, wawancara bersama penggiat kreatif yang mana semua itu penuh informatif, sarat dengan ilmu dan wawasan. Di sana, orang boleh belajar bagaimana karya seni dihasilkan, apa cabaran industri, malah bagaimana seni boleh membentuk masyarakat. Tetapi ruang itu tidaklah dimasuki oleh mereka yang rajin memberi kuliah segera di ‘page’ gosip. Sebab apa? Sebab berat untuk kepala mereka nak faham. Yang mudah adalah singgah masuk di page hiburan dengan mengulang ayat sama: ‘Dah tua insaflah’ atau ‘carilah kerja lain’. Silap-silap mengomen itupun ketika sedang curi tulang dalam waktu kerja. Dek kerana aktif berpartisipasi, ‘page’ tersebut menganugerah mereka lencana ‘top fan’.
Itulah yang berlaku. Dalam menasihatkan orang agar jangan lalai dengan hiburan, rupa-rupanya dia diiktiraf sebagai peminat paling setia. Dia adalah ‘top fan’ dunia hiburan dan itu menyeronokkan dia. Itulah pencapaian paling dia banggakan. Dan esok dia akan datang lagi mengomen serta mengutuk untuk mengekalkan lencana ‘top fan’ miliknya. Dia mesti proaktif kerana dia tak mahu lencana kebanggaannya itu tercabut!
 - FMTArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/09/pendakwah-berlencana-top-fan-di-page.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Zizi Kirana Tak Pasti Bila Pulang Ke Tanah Air Akui Tiada Jawapan Dah Lupa Saya Ini Seorang Penyanyi

Hiburan Zizi Kirana Tak Pasti Bila Pulang Ke Tanah Air Akui Tiada Jawapan Dah Lupa Saya Ini Seorang Penyanyi

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 1903 hits
Penyanyi terkenal Zizi Kirana baru baru ini mencuri perhatian peminat apabila berkongsi perkembangan selepas menyertai misi kemanusiaan Flotila Sumud Global ke Semenanjung Gaza Tak pasti bila pulang ke Malaysia Menerusi perkongsian di Zizi ...
Hiburan Nak Tegur Boleh Tapi Jangan Sentuh Mak Bapak Saya Liyana Jasmay

Hiburan Nak Tegur Boleh Tapi Jangan Sentuh Mak Bapak Saya Liyana Jasmay

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1861 hits
Selebriti popular berlapang dada menerima teguran pendakwah bebas PU Syed yang menegur penampilan seksinya kononnya menjurus ke arah keburukan Menurut Liyana 37 dia tidak mudah melatah kerana sudah terbiasa dengan lumrah sebagai anak seni A...
Hiburan Inkues Zara Qairina Saksi Kanak Kanak Sahkan Arwah Dipanggil Senior Menangis

Hiburan Inkues Zara Qairina Saksi Kanak Kanak Sahkan Arwah Dipanggil Senior Menangis

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 905 hits
Perkembangan terbaru dalam inkues kematian tragis remaja perempuan Zara Qairina Mahathir 13 makin mendapat perhatian ramai apabila peguam keluarga mengesahkan kehadiran beberapa pakar tulisan tangan ke Mahkamah Kota Kinabalu hari ini Pakar ...
Hiburan Outfit Linda Rafar Watie Ketika Konsert Elite Dikritik Tak Sesuai Dengan Usia Azza Abby Elok Je Seluar Longgar

Hiburan Outfit Linda Rafar Watie Ketika Konsert Elite Dikritik Tak Sesuai Dengan Usia Azza Abby Elok Je Seluar Longgar

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 2023 hits
Sabtu lalu konsert kumpulan Elite telah berlangsung dengan persembahan penuh tenaga dan telah memukau kira kira 2 000 peminat yang hadir Persembahan yang berlangsung selama dua jam itu berjaya menghiburkan peminat Elite yang ternanti nanti ...
Hiburan Kalau Dah Pengikis Selamanya Pengikis Anak Pengasas Dnars Dedah Founder Popular Ikut Campur Isu Faraid Keluarga

Hiburan Kalau Dah Pengikis Selamanya Pengikis Anak Pengasas Dnars Dedah Founder Popular Ikut Campur Isu Faraid Keluarga

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 2333 hits
Baru baru ini melalui akaun anak arwah pengasas kosmestik Dnars iaitu Irdina Hakim Jasman satu video yang dimuat naik semalam telah menarik perhatian ramai Isteri baru bapa tiri didakwa ikut campur isu faraid keluarga Dnars Dalam hantaran t...
Hiburan Abuya Didakwa Kali Kedua Kali Ini Berdepan Pertuduhan Amang Seksual Fizikal Remaja Lelaki Usia 14 Tahun

Hiburan Abuya Didakwa Kali Kedua Kali Ini Berdepan Pertuduhan Amang Seksual Fizikal Remaja Lelaki Usia 14 Tahun

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1366 hits
Seorang mudir pondok di Kelantan yang dikenali sebagai Abuya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 14 tahun memetik Harian Metro Te...
Hiburan Suami Check In Dengan Pelajar Universiti Isteri Lafaz Sumpah Burung Kau Takkan Bangun Seumur Hidup

Hiburan Suami Check In Dengan Pelajar Universiti Isteri Lafaz Sumpah Burung Kau Takkan Bangun Seumur Hidup

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 3181 hits
Seorang wanita bergelar isteri tidak dapat menahan kekecewaan apabila mengetahui suaminya berlaku curang sehingga ke tahap melakukan hubungan di ranjang Menerusi satu pendedahan di wanita yang dikenali sebagai Fenny itu mendapati suaminya b...
Hiburan Jadi House Husband Uruskan Anak Zach X Factor Tak Peduli Pandangan Orang Beruntungnya Isteri Saya Tentera

Hiburan Jadi House Husband Uruskan Anak Zach X Factor Tak Peduli Pandangan Orang Beruntungnya Isteri Saya Tentera

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1177 hits
Pelakon dan ahli kumpulan X Factor iaitu Zach akui tidak kisah dengan pandangan orang tentang dirinya yang tidak bekerja dan menggalas tanggungjawab menjadi suami rumah tangga Kata penyanyi berusia 48 tahun itu isterinya terlalu sibuk beker...
Itu Rancangan Hiburan Bukanlah Sampai Mencolok Mata Watie Masih Menutup Joey Daud

Itu Rancangan Hiburan Bukanlah Sampai Mencolok Mata Watie Masih Menutup Joey Daud

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 906 hits
Pelakon dan pelawak Joey Daud bersuara isu melibatkan isterinya Watie yang sebelum ini menjadi kecaman ramai dek pemakaian di konsert Elite yang dipertikaikan tidak sesuai dengan usia 8220 Masih menutup pakai dengan skirt 8221 Mengulas meng...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Masak Nasi Ayam Hainan Goreng Pisang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bermulalah Pengalaman Pertama Terpilih Proses Cgi Filem Estet Pengarah Arwahyarham Mamat Khalid

Buli Masaalah Disiplin Pelajar Cara Penyelesaian

Pas Yakin Pengalaman Annuar Musa Percaya Mampu Tawan Beberapa Kerusi Prn Sabah

Fattah Amin Terkilan Dengan Tindakan Netizen Boikot Rakan Artis Datang Majlis Kahwin Pun Salah Ke

Ahli Politik Cekik Pekerja Kontrak

Bakar Sofa Buruk