Pendakwaan Terhadap Zahid Harus Jadi Permulaan Untuk Sprm Menyiasat Semua Bekas2 Menteri




Daripada 45 pendakwaan yang dihadapi oleh Zahid Hamidi semalam, lapan daripadanya paling menjadi sebutan dan bualan, malah menjengkelkan orangramai.


Lapan pertuduhan tersebut ialah berkaitan dakwaan menerima rasuah atau suapan daripada syarikat-syarikat yang memperolehi projek dengan Kementerian Dalam Negeri di mana Zahid Hamidi ketika itu adalah menterinya.


Jumlah wang yang dikaitkan dengan lapan pendakwaan itu berjumlah RM21.25 juta.


Sementara beberapa pemimpin UMNO mengatakan pendakwaan terhadap Presiden UMNO itu adalah bermotif politik atau merupakan pendakwaan terpilih, masyarakat biasa pula terus berbicara dengan pelbagai tafsiran mengenainya, khususnya berkaitan lapan kes tersebut.


Kata mereka, apakah memang menjadi amalan atau perkara biasa bagi seseorang menteri menerima wang daripada syarikat-syarikat yang diberikan projek oleh sesebuah kementerian?


Tidak bolehkah jika mereka tidak menerimanya?


Apakah yang benar-benar mendorong seseorang menteri itu sanggup mengambil wang tersebut, sedangkan ia bukanlah wang yang halal yang sudah tentu bukan sukar pula untuk menentukan halal haramnya?


Apakah seseorang yang menjadi menteri benar-benar memerlukan banyak wang untuk membiayai aktiviti politik mereka?


Ada juga yang mempersoalkan, di manakah keikhlasan para menteri itu dalam memberi khidmat kepada rakyat dan negara jika selain mereka sudah menerima gaji, elaun dan pelbagai kemudahan yang lumayan, tetapi masih sanggup menerima duit suapan daripada syarikat-syarikat yang diberikan kontrak oleh kementerian?


Yang lain pula menyindir sinis, patutlah para menteri, keluarga dan anak isteri mereka selama ini mampu hidup bergaya dengan pakaian serta barangan berjenama mahal sentiasa melakat di badan sepanjang masa.


Di sebalik itu, apakah menteri-menteri lain atau semua menteri selama ini mengamalkan perkara yang sama?


Untuk itu, demi berlaku adil kepada Zahid Hamidi dan untuk mengelakkan wujudnya tanggapan bahawa pendakwaan terhadap Presiden UMNO itu bersifat politik atau merupakan pendakwaan terpilih, apa yang berlaku ini harus membuka ruang yang lebih luas dan terbuka kepada SPRM untuk menyiasat semua bekas-bekas menteri era BN dahulu.


Harta, rumah, kereta, segala kekayaan keluarga, wang dalam simpanan, wang dalam yayasan yang ditubuhkan di kawasan Parlimen masing-masing serta semua syarikat yang pernah diberikan projek ketika mereka menjadi menteri, hendaklah disiasat dengan sedalam-dalam dan setelus-telusnya.


Jika terbukti ada kesalahan atau kecurangan yang dilakukan, maka mereka juga wajar dibawa ke mahkamah untuk diadilil sebagaimana Zahid Hamidi.


Barangkali dengan tindakan tersebut, ia bukan saja dapat membongkar kekayaan hidup para menteri yang selama ini tidak diketahui oleh rakyat, bahkan dapat juga mengikis tanggapan hanya pemimpin tertentu saja yang didakwa di mahkamah.


Jika semua sudah didakwa, di mana lagi boleh dikatakan ia bersifat terpilih?


Lebih daripada itu, tindakan SPRM dalam hal ini turut mampu memberi peringatan kepada menteri-menteri era Pakatan Harapan yang ada sekarang agar mereka juga jangan sesekali berlaku curang dalam tugas dan amanah yang telah diberikan.


Kalau tidak, setelah tidak menjadi menteri nanti, nasib yang serupa juga akan menimpa mereka dan terpaksa berdepan dengan anak cucu untuk membersihkan air muka yang sudah tercalar itu. (ShahbudinHusin 20/10/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/10/pendakwaan-terhadap-zahid-harus-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarikat Terlibat Dalam Pendakwaan Ahmad Zahid Akan Disiasat Sprm

Syarikat Terlibat Dalam Pendakwaan Ahmad Zahid Akan Disiasat Sprm

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 333 hits
Ahmad Zahid menghadapi 45 pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 semalam Foto BernamaKUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Mal...
Kerana Zahid Sebut Bahayanya Lgbt Menteri Menteri Ph Meroyan Kenapa

Kerana Zahid Sebut Bahayanya Lgbt Menteri Menteri Ph Meroyan Kenapa

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 348 hits
Betapa hebatnya jenama LBGT sehingga apa sahaja yang ingin mengkritik atau menghukum golongan ini maka bertempiklah mereka yang nak tunjuk hero sanggup dibelakang LGBT demi hak asasi katanya Satu pemahaman mudah Zahid Hamidi hanya mengataka...
Zahid Minta Agar Tiada Perhimpunan Di Sprm

Zahid Minta Agar Tiada Perhimpunan Di Sprm

papar berkaitan - pada 9/10/2018 - jumlah : 302 hits
Diterbitkan 8 Okt 2018 4 14 petangPresiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihati penyokongnya supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan di luar ibu pejabat SPRM pada Rabu ini Atas permintaan peribadi saya meminta agar tiada sebar...
Tindakan Terhadap Zahid Untuk Alihkan Perhatian Rakyat

Tindakan Terhadap Zahid Untuk Alihkan Perhatian Rakyat

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 544 hits
Tuan Buqhairah Tuan Muhamad AdnanDatuk Zahida Zarik Khan KUALA LUMPUR Penahanan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dijangka dilakukan petang ini adalah satu tindakan tersedak kerajaan untuk mengalihkan perhatian rakyat yang...
Sprm Mendakwa Mastoro Kenny Membayar Rm13 25 Juta Kepada Zahid Hamidi Bagi Mendapatkan Projek Myeg

Sprm Mendakwa Mastoro Kenny Membayar Rm13 25 Juta Kepada Zahid Hamidi Bagi Mendapatkan Projek Myeg

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 817 hits
Mastoro Kenny apa sebenarnya syarikat misteri ini Persoalan ini timbul setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mendakwa syarikat ini membayar RM13 25 juta kepada Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi bagi mendapatkan projek MyEG MyEG...
Dakwaan Terhadap Ahmad Zahid Berniat Jahat

Dakwaan Terhadap Ahmad Zahid Berniat Jahat

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 338 hits
Oleh Wartawan MySuara KUALA LUMPUR Pendakwaan yang dijangka dilaksana mahkamah esok terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disifatkan bertujuan untuk memalukan pemimpin tersebut Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Jala...
Zahid Diberi Notis Serah Diri Kepada Sprm Esok Dakwa Lokman Adam

Zahid Diberi Notis Serah Diri Kepada Sprm Esok Dakwa Lokman Adam

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 351 hits
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah diberikan notis serah diri untuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia esok Katanya pemimpin itu juga dijangka akan didakw...
Zahid Hamidi Masuk Lokap Sprm Bakal Di Dakwa Jumaat

Zahid Hamidi Masuk Lokap Sprm Bakal Di Dakwa Jumaat

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 468 hits
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipanggil untuk hadir menyerah diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya pada Khamis Beliau dijangka akan didakwa pada Jumaat dan perkara itu disahkan Ahli Majlis Terting...
Umno Selangor Nyata Sokongan Terhadap Zahid

Umno Selangor Nyata Sokongan Terhadap Zahid

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 336 hits
Asyraf Muhammad Ismail Sabri Yaakob Foto Sinar Harian ROSLI TALIB SHAH ALAM Seluruh kepimpinan dan ahli Umno Selangor akan berdiri teguh di belakang Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kini sedang berdepan tekanan susulan dari...
Brutal Sophistication Cw Zon S Custom Triumph Rocket 3

Misteri Identiti Mayat Terapung Dekat Tali Air Cetus Tanda Tanya Warga Seberang Perai

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi

Quick Beef Mince Eggplant Recipe

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Doa 10 Oktober 2025

Resipi Pajeon A K A Pancake Daun Bawang Korea Yang Viral Dari K Drama

Pm Anwar To Table Budget 2026 In Parliament This Afternoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Like Komen Share Dan Hubungannya Dengan Matematik

Viperpro 3 December Viperpro Top 30 By Elizabeth

Unimap Akan Bangunkan Air Space Sandbox Di Perlis

Projek Solar Berskala Besar Dilaksanakan Cukai Karbon Bakal Diperkenal

Rmk13 Intipati Utama Sara Diteruskan Ptptn Percuma Amp Bonus Penjawat Awam

Kerajaan Umum Pelaburan Besar Untuk Perkasa Ekosistem Ai Tempatan