Pendakwaan Mohon Pinda 2 Pertuduhan Rasuah Guan Eng
KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam kes rasuah projek terowong dasar  laut Pulau Pinang dan jalan Lim Guan Eng memohon pindaan terhadap 2  daripada 4 pertuduhan ke atas bekas ketua menteri itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu  Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, mereka akan mengemukakan pindaan itu  ketika sebutan kes seterusnya pada 28 Okt ini, apabila Lim hadir di  mahkamah.
Lim dikecualikan daripada prosiding hari ini kerana beliau perlu  menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang minggu ini.
Hakim Azura Alwi memberitahu pihak pendakwaan, beliau tiada masalah menetapkan tarikh perbicaraan pada tahun depan.
     “Tetapi, kami akan menetapkan tarikh dan membacakan pertuduhan itu pada 28 Okt di depan tertuduh.”
Peguam Lim, Gobind Singh Deo berkata pihak pembelaan berhasrat  membuat satu permohonan, tetapi memberitahu mahkamah mereka akan  mendedahkannya ketika sebutan kes pada 28 Okt ini.
Shaharuddin kemudian memberitahu wartawan, pindaan itu akan dibuat ke  atas pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) dan 23 Akta Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia.
Lim didakwa menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri ketika itu  untuk meminta balasan berupa 10% keuntungan daripada Pengarah  Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan  mendapatkan RM3.3 juta dalam rasuah untuk melantik syarikat Zarul  melaksanakan projek berkenaan.
   Bulan lalu, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth  atas 2 pertuduhan tambahan menyebabkan 2 lot tanah milik kerajaan Pulau  Pinang bernilai RM208.7 juta dilupuskan kepada 2 syarikat.
- FMT  
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/pendakwaan-mohon-pinda-2-pertuduhan.html