Penat Tak Cukup Rehat Punca Mak Mak Mudah Naik Angin Dengan Anak Akhirnya Anak Jadi Mangsa Keadaan


Ibu/isteri juga boleh mengalami stress yang melampau kerana tugasan seharian yang menekan minda. Ibu/isteri terpaksa melakukan tugasan seharian tanpa adanya rehat. Jadi para ibu perlu tahu bagaimana cara yang sesuai untuk mengawal emosi sendiri jika tidak 11 kesan buruk ini akan berlaku dalam kehidupan anda.

11 KESAN BURUK JIKA ANDA GAGAL KAWAL EMOSI SENDIRI ( BAGI SEORANG IBU )
1 – MUDAH STRESS/TERTEKAN
Sesungguhnya hidup kita memang penuh dengan tekanan, terutamanya bagi seorang isteri/ibu pasti banyak punca tekanan seperti kerja yang bertimbun, penat mengurus rumahtangga, melayan kerenah anak serta tekanan dari adik-beradik ipar, mertua bahkan suami sendiri kadang-kadang boleh buat anda tertekan.
Sesungguhnya tiada lagi isteri/ibu yang tidak stress, tapi itu bukan alasan untuk tunduk pada emosi dan terbawa-bawa stress itu sehingga buat tindakan terburu-buru.
2 – TAK LENA TIDUR
Akibat tidak dapat mengawal emosi negatif ia memberi kesan pada tubuh badan. Sistem tubuh badan turut terpengaruh dengan aura negatif sehingga boleh membuatkan tidur malam kurang berkualiti.
Walaupun tidur lebih 8 jam tapi badan masih rasa penat seperti tak cukup tidur. Selagi anda tidak boleh “move on”dengan kejadian negatif itu selagi itu ia akan membayangi hidup hingga ke dalam mimpi.
3 – SELALU BURUK SANGKA
Susah untuk bersangka baik bila dalam fikiran kita penuh dengan anasir jahat ( emosi jahat ) yang pengaruhi minda anda untuk sentiasa berfikir buruk pada semua orang walaupun orang itu buat kebaikan.
Kesannya anda susah untuk mempercayai orang lain termasuk suami sendiri. Orang lain pun susah nak mempercayai anda selepas itu.
4 – MUDAH MENGHUKUM ANAK
Tugas seorang ibu adalah menjaga dan melayan kerenah anak-anak. Anak kecil bukan ada akal seperti orang dewasa yang boleh bezakan mana baik mana buruk, jadi tanggungjawab ibu untuk mendidik anak ini.
Oleh itu ibu mestilah pandai mengemudi emosi sendiri semasa mendidik anak-anak supaya tidak terlalu mengikut emosi dan mudah-mudah jatuh hukum pada anak.
5 – ANAK JADI MANGSA KEADAAN
Anak kecil masih kosong dalam menilai keadaan ibu, mereka tidak tahu bezakan ibu sedang penat atau relax. Dalam fikiran mereka hanya tahu mahu bermanja dan berpeluk dengan ibu mereka.
Anaklah yang selalu jadi mangsa keadaan si ibu melempiaskan haba kemarahan dan tengkingan yang akan buat si ibu menyesal kemudiannya.
6 – MENJADI IKUTAN ANAK-ANAK
Sebagai ibu bukan akademik sahaja yang perlu di didik pada anak, banyak lagi kemahiran hidup ( Life Skill ) yang patut mereka belajar. Antaranya ialah bagaimana mengendalikan emosi diri supaya mereka tidak terbawa-bawa dengan emosi negatif dan lakukan kesilapan yang beri penyesalan tak sudah akhirnya.

7 – HUBUNGAN SOSIAL TIDAK MESRA
Bukan sahaja dengan suami malah dengan orang sekeliling juga hubungan sosial ( Social Relationships ) tidak mesra dan kurang bergaul.
Ironiknya mereka yang selalu marah-marah walaupun hal kecil memang akan suka menyendiri kerana sebernarnya mereka tak suka marah-marah
Tapi menyendiri tidak akan menyelesaikan masalah, sepatutnya perlu belajar kawal emosi marah. Tak semestinya bila kita marah kita kena lepaskan.
8 – TIDAK NAMPAK HIKMAH DALAM MUSIBAH
Sentiasa mengeluh dan menyalahkan takdir bila di timpa musibah. Apabila minda di penuhi dengan pemikiran separa sedar ( Subconscious Mind ) yang negatif membuat anda tak dapat melihat gambaran sebenar dan hanya tertumpu pada musibah di depan mata sahaja.
Sesungguhnya setiap musibah itu adalah ujian dan ada hikmah besar di sebaliknya yang di luar jangkaan manusia.
9 – RASA PENAT TAK PERNAH HILANG
Susah nak hilang rasa penat. Walaupun kerja dah siap tapi minda masih tak berehat. Masih lagi berlegar-legar pemikiran negatif di dalam fikiran.
Kerana mereka yang gagal kawal emosi pada awalnya akan sentiasa di bayangi dengan penyesalan, kemarahan, kebencian dan sentiasa rasa bimbang ( anxiety disorder )
10 – TIDAK BOLEH BERFIKIR SECARA RASIONAL
Selalu membuat keputusan terburu-buru sebelum buat pertimbangan. Terlalu ikut emosi ketika itu sehingga melakukan tindakan yang tidak rasional seperti tengking, terkam, memukul, rotan dan mencubit anak sendiri.
Memang ada ketika emosi sedang meluap-meluap, secara spontan tangan bergerak sendiri tetapi bagi anak yang jadi mangsa, mereka nampak ia sebagai ancaman. Parah bila anak sentiasa rasa terancam bila nampak anda, anda nak panggil makan pun mereka dah takut.

11 – TIADA EMPATI ( MEMAHAMI EMOSI ORANG LAIN )
Bila kita gagal kawal emosi sendiri bagaimana kita nak memahami emosi orang lain? Memang mustahil kita boleh rasa apa yang orang lain rasa sedangkan kita sendiri tidak faham apa yang kita rasa.
Oleh itu untuk lahirkan sifat empati yang kuat dalam diri terutama bagi seorang ibu yang perlu memahami emosi anak-anak, anda perlu belajar kenal dan kawal emosi sendiri dahulu.
Anda adalah kapten kepada emosi anda sendiri, kemudilah emosi anda sebaik mungkin jangan biarkan ia karam.
Belajar cara kemudi yang betul, jangan terikut-ikut dengan cara orang lain tanpa kita sesuaikan dengan kelemahan diri.
Nak jadi “Mak Singa” tak salah tapi pastikan anak tak tercedera emosinya dan jadi “Singa Kelaparan” yang menerkam orang lain bila marah. Tolong share pesanan ini ya.
Sumber: Mohd Fhais
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 
The post Penat, Tak Cukup Rehat Punca Mak-Mak Mudah Naik Angin Dengan Anak! Akhirnya Anak Jadi Mangsa Keadaan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/penat-tak-cukup-rehat-punca-mak-mak-mudah-naik-angin-dengan-anak-akhirnya-anak-jadi-mangsa-keadaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surah Al Lail Jadi Guide Didik Anak Mudah Dengar Kata Mak Ayah Tak Stres

Surah Al Lail Jadi Guide Didik Anak Mudah Dengar Kata Mak Ayah Tak Stres

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 303 hits
Bukan mudah untuk membesarkan anak anak apatah lagi mahu mendidik mereka supaya menjadi individu dengan perwatakan yang baik Bila sudah mencuba sebaiknya tetapi anak tidak menjadi seperti yang kita inginkan pasti akan rasa kecewa Artikel Me...
Hiburan Selepas Dua Tahun Hanya Khabar Angin Akhirnya Tom Holland Sahkan Bercinta Dengan Zendaya

Hiburan Selepas Dua Tahun Hanya Khabar Angin Akhirnya Tom Holland Sahkan Bercinta Dengan Zendaya

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 278 hits
Dua bintang Spider Man dan akhirnya mengesahkan percintaan mereka pada majlis anugerah baru baru ini selepas bertahun tahun khabar angin tentang hubungan mereka Tom Holland dilihat merangkul pinggang Zendaya dan rasmi sebagai pasangannya di...
Mak Wan Lat4h Dah Selamat Bertunang Awalnya Tersipu Malu Akhirnya Mel4tah Juga

Mak Wan Lat4h Dah Selamat Bertunang Awalnya Tersipu Malu Akhirnya Mel4tah Juga

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 176 hits
Peminat drama2 melayu mesti mengenali Mak Wan Lat4h kan beliau cukup terkenal membawakan watak2 pembantu rumah seorang ibu yang sering kesedihan dan juga selalu membawa watak2 menjadi makcik2 bawang di kampung2 Walaupun selalu menjadi pelak...
Swab Test Bukan Perkara Mudah Buat Anak Kecil

Swab Test Bukan Perkara Mudah Buat Anak Kecil

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 301 hits
Sekalipun tak kasihankan diri sendiri tolong kasihankan mereka yang lain Terutamanya untuk anak anak yang masih kecil Mak cik kira beruntung kerana balik sahaja dari luar negara terus berkuarantin di rumah sendiri Kemudahan banyak Bila lapa...
Nola B3 Akhirnya Melahirkan Anak Keempat Sempat Alami Preeklamsia Ringan Sebelumnya

Nola B3 Akhirnya Melahirkan Anak Keempat Sempat Alami Preeklamsia Ringan Sebelumnya

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 195 hits
Melahirkan di usia yang tak lagi muda yaitu 43 tahun Nola bersyukur sang anak lahir dengan sehat tanpa kekurangan apa pun
Apa Punya Bodo Piang Penyamun Pun P Dok Doa Anak Dia Beranak Di Spore Hangpa Merangkak Naik Tangga Spital Kerajaan

Apa Punya Bodo Piang Penyamun Pun P Dok Doa Anak Dia Beranak Di Spore Hangpa Merangkak Naik Tangga Spital Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 219 hits
Penyokong Najib pakai baju terpampang doaOleh FAZLI RADZI December 8 2021Beberapa penyokong Datuk Seri Najib Razak dilihat berada di perkarangan Istana Kehakiman hari ini Mereka dilihat berbaju biru Bossku dan hitam dengan tertera ungkapan ...
Nagita Slavina Akhirnya Melahirkan Anak Kedua Keluarga Sultan Andara Banjir Ucapan Selamat

Nagita Slavina Akhirnya Melahirkan Anak Kedua Keluarga Sultan Andara Banjir Ucapan Selamat

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 340 hits
Pagi tadi sempat meminta doa agar persalinannya lancar Gigi diketahui melahirkan secara caesar Selamat
Potret Menggemaskan Chloe Anak Asmirandah Pertama Kali Naik Pesawat Terbang

Potret Menggemaskan Chloe Anak Asmirandah Pertama Kali Naik Pesawat Terbang

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 307 hits
Asmirandah untuk pertama kalinya mengajak sang buah hati Chloe naik pesawat Melihat ekspresi wajah Chloe ia terlihat begitu menggemaskan Intip potretnya yuk
Ibu Ini Kongsi Tips Cepat Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris Mudah Sangat

Ibu Ini Kongsi Tips Cepat Ajar Anak Membaca Bahasa Inggeris Mudah Sangat

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 540 hits
Bila anak nak masuk Tahun Satu kebanyakan ibu bapa akan mula fokus bab membaca Sama ada lancar membaca buku Bahasa Melayu dan dan Bahasa Inggeris dua dua penting Tambah lagi dalam keadaan sekarang yang memerlukan penguasaan pembacaan yang b...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever