Penangguhan Sesi Pendaftaran Pelajar Ipt Tidak Dapat Dielak


Bernama Mohamed Mustafa Ishak KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjelaskan pihaknya tidak dapat mengelak daripada membuat keputusan untuk menangguhkan kemasukan pelajar baharu bagi sesi Oktober ini dalam waktu yang singkat, berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa  Ishak berkata keputusan sukar itu dibuat setelah mengambil pandangan serta nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta semua universiti yang terlibat.
“Negara masih belum terlepas daripada ancaman pandemik ini. Peningkatan kes Covid-19 berlaku secara konsisten baru-baru ini, contohnya di kawasan timur Sabah, daerah itu kini adalah zon merah, kira-kira 7,673 pelajar di sana dan jika dicampur dengan bilangan pelajar di seluruh Sabah mungkin mencecah 10,000 orang.
“Keputusan dibuat bagi mengekang penularan wabak itu dalam komuniti,” katanya ketika menjelaskan isu penangguhan kemasukan pelajar ke IPT sesi Oktober dalam Buletin Bernama, di saluran BernamaTV hari ini
Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum kekangan pelajar dalam aspek kewangan, logistik serta penginapan, dan kementerian telah membuat ketetapan untuk membenarkan pelajar yang telah tiba untuk terus kekal di kampus sementara menunggu arahan selanjutnya.
Beliau berkata, seramai 67,406 pelajar baharu yang terkesan dengan penangguhan itu, masih boleh mengikuti sesi orientasi secara dalam talian mengikut universiti masing-masing.
“Bagi pelajar yang belum memulakan perjalanan ke universiti perlu kekal berada di rumah masing-masing dan mengikuti sesi suai kenal serta pembelajaran secara online.
“Saya tidak nafikan kesusahan ditanggung oleh pelajar dan ibu bapa ini. Justeru setiap univerisiti sudah membuka bilik gerakan iaitu beroperasi 24 jam dan 12 jam. Pelajar boleh merujuk bilik gerakan itu untuk  pertanyaan lanjut,” katanya.
Mohamed Mustafa berkata kementerian turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyediakan lebih 800 lebih pusat internet desa bagi membantu pelajar yang menghadapi masalah internet.
Bagi masalah pengangkutan pula, jelasnya syarikat penerbangan, bas dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah bersetuju membenarkan pelajar-pelajar membuat penjadualan semula perjalanan ke kampus masing-masing, terutamanya bagi mereka yang telah membeli tiket perjalanan.
Selain itu Mohamed Mustafa turut menjelaskan situasi yang berlaku dalam kalangan pelajar universiti ketika ini  tidak sama seperti pelajar sekolah, memandangkan jumlah terlibat adalah besar dan melibatkan pergerakan besar-besaran.
“Mengambil contoh kes di United Kingdom, apabila mereka membuka universiti, beratus-ratus pelajar dijangkiti Covid-19, ini termasuk kakitangan univerisiti. Jadi ada baiknya ia perlu ditangguh sementara waktu ini, beri keadaan kembali reda sekurang-kurangnya dua minggu dan jika keadaan bertambah baik, pelajar boleh ke kampus semula,” katanya.
Sementara itu beliau berkata, semasa kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac lepas, kementerian menanggung kos makanan kepada lebih 80,000 pelajar di universiti, melibatkan RM52 juta, manakala perbelanjaan penghantaran pulang lebih 57,000 pelajar pula melibatkan RM17.4 juta.
“Kerajaan juga telah luluskan bantuan Prihatin RM200 kepada pelajar IPT berjumlah lebih 841, 000 orang iaitu melibatkan kos RM168 juta. Bantuan ini diberikan semasa PKP pertama dahulu, semasa mereka berada di dalam kampus selama dua bulan.
“Ini bermakna kerajaan menerusi KPT mengeluarkan perbelanjaan yang cukup besar untuk membantu pelajar semasa PKP. Sebab itu pada kali ini, kalau perkara seumpama itu berlaku lagi kemampuan kerajaan juga terbatas jika hendak beri bantuan sepenuhnya,” jelasnya. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/penangguhan-sesi-pendaftaran-pelajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penangguhan Pendaftaran Secara Fizikal Bersemuka Pelajar Ipt Kemasukan Oktober 2020

Penangguhan Pendaftaran Secara Fizikal Bersemuka Pelajar Ipt Kemasukan Oktober 2020

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 414 hits
PENANGGUHAN PENDAFTARAN SECARA FIZIKAL BERSEMUKA PELAJAR IPT KEMASUKAN OKTOBER 2020 Universiti Malaysia Pahang menangguhkan urusan kemasukan pelajar dari Sabah serta Zon Merah secara bersemuka di kampus Pekan dan Gambang yang dijadualkan be...
Penangguhan Pendaftaran Pelajar Ipt

Penangguhan Pendaftaran Pelajar Ipt

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 451 hits
Penangguhan Pendaftaran Pelajar IPT Secara Fizikal Kementerian Pengajian TinggiKementerian Pengajian Tinggi mengeluarkan kenyataan untuk mengangguhkan sesi pendaftaran pelajar baru secara fizikal di seluruh IPT Kenyataan tersebut turut meny...
Uitm Nafi Halau Pelajar Susulan Penangguhan Pendaftaran Secara Fizikal

Uitm Nafi Halau Pelajar Susulan Penangguhan Pendaftaran Secara Fizikal

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 252 hits
PETALING JAYA Universiti Teknologi Mara menegaskan pihaknya tidak menghalau pelajar dari kampus minggu lalu susulan pengumuman penangguhan pendaftaran secara bersemuka di institusi pengajian tinggi secara tiba tiba oleh kementerian pengajia...
Kpt Semua Ipt Disaran Tangguh Pendaftaran Fizikal Pelajar Ipt Baharu Lama

Kpt Semua Ipt Disaran Tangguh Pendaftaran Fizikal Pelajar Ipt Baharu Lama

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 312 hits
Foto HiasanM Update 2 10 2020 Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan semua institusi pendidikan tinggi menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran secara fizikal bersemuka bagi pelajar baharu dan lama untuk kemasukan ke kampus bulan ini Kep...
Pertimbang Bayaran One Off Rm500 Kepada Pelajar Ipt Asyraf Wajdi

Pertimbang Bayaran One Off Rm500 Kepada Pelajar Ipt Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 242 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pemberian bayaran one off sekurang kurangnya RM500 kepada semua pelajar universiti yang terkesan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi baru baru ini Ketuany...
Kenapa Pendaftaran Ipt Ditangguh

Kenapa Pendaftaran Ipt Ditangguh

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 265 hits
Sejajar dengan dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan institut pengajian tinggi Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT ditangguhkan serta merta Cadangan dibuat susulan peningkat...
Menteri Kpt Sila Letak Jawatan Pelajar Ipt Bengang Kpt Umum Keputusan Last Minute Buat Ramai Yang Rugi

Menteri Kpt Sila Letak Jawatan Pelajar Ipt Bengang Kpt Umum Keputusan Last Minute Buat Ramai Yang Rugi

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 554 hits
Tindakan saat akhir Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan penangguhan semua sesi pendaftaran pelajar baharu dan lama secara fizikal dan kelas di institusi pengajian tinggi diadakan secara dalam talian 100 peratus buat sementara waktu unt...
Pelajar Ipt Dari Semenanjung Sabah Labuan Wajib Jalani Saringan Covid 19 Jpbn Sarawak

Pelajar Ipt Dari Semenanjung Sabah Labuan Wajib Jalani Saringan Covid 19 Jpbn Sarawak

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 335 hits
M Update 6 10 2020 Semua pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta dari Semenanjung Malaysia Sabah dan Labuan yang telah melapor diri di Sarawak diwajibkan menjalani ujian saringan COVID 19 menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Ne...
Tangguh Dahulu Kemasukan Pelajar Baharu Dan Lama Dari Kawasan Zon Merah Covid 19 Ke Ipt

Tangguh Dahulu Kemasukan Pelajar Baharu Dan Lama Dari Kawasan Zon Merah Covid 19 Ke Ipt

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 353 hits
Hari ini Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan penangguhan dahulu kemasukan pelajar baharu dan pelajar lama yang datang dari kawasan zon merah COVID 19 ke IPT seluruh Malaysia Sila ambil perhatian kepada yang berkaitan Kenyataan ini dibu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025