Penang War Museum
muzeum-perang-penang
Sebelum masuk ada di berikan peta kawasan. Kubu ini berkeluasan sebesar lebih 20 ekar dan memuatkan lebih 550 ke 700 tentera satu masa. Sangat besar tapi tak terasa penat berjalan di dalam museum perang ini! Setiap satu point yang ada di peta adalah menarik untuk di kunjungi.
penang-war-museum-2
Kalau nak memudahkan explore seluruh kawasan museum tanpa sesat, ikut je anak panah merah yang telah di sediakan. Memang korang takkan terlepas untuk tengok setiap satu tinggalan perang dan tarikkan-tarikkan lain yang ada disediakan.
penang-war-museum-1
Di pintu masuk Muzeum Perang, di bina Japanese Military Observation Tower yang berketinggian 2 tingkat bangunan. Semasa pendudukan jepun selama 3 tahun 8 bulan, menara ini di kawal selama 24 jam oleh penembak tapak dan di lengkapi dengan lampu suloh besar, alat telekomunikasi dan siren tangan.
penang-war-museum-3
Apa yang menjadi tarikkan uncle dengan musium ini adalah usaha pihak pengurusan museum dalam mengekalkan rupa asal tapak kubu. Kalau di teliti, cat asal juga di kekalkan. Mungkin untuk tambah feel museum ini.
penang-war-museum-13
Kalau korang suka thrill masuk terowong, di sini ada lebih 2 terowong yang korang boleh masuk dan explore isi di dalamnya. Tapi Sebelum masuk ke dalam terowong, pastikan korang ada bawa lampu penyuluh atau pastikan juga lampu smartphone korang berfungsi dengan baik, sebab ada sesetengah terowong tidak di pasang lampu di dalamnya, mungkin sebab terlalu kecil dan sempit.
penang-war-museum-9
Berhati-hati sepanjang korang di dalam kawasan sekitar museum ini. Kulit ular kobra pernah di temui di kawasan museum ini pada Desember 2012!
penang-war-museum-14
Setiap kubu pertahanan mesti ada jerangkap samar (booby trap) bukan? Menurut rujukkan, selepas kawasan kubu pertahanan ini di bina, pihak British telah memasang jerangkap samar di sekitar kawasan bukit bagi mengelakkan pihak musuh iaitu askar Jepun daripada menawan kawasan kubu.
penang-war-museum-7
Toilet bucket system yang di gunakan secara meluas oleh pihak British sekitar tahun 1930an.
penang-war-museum-10
Hostel yang yang diduduki tentera-tentera yang berada di kubu ini suatu masa dulu.
penang-war-museum-8
Dapur yang diguakan untuk memasak untuk para tentera. Ada beberapa perkakasan yang masih boleh di gunakan ada di sini.
penang-war-museum-4
Ini adalah replika tali gantung General Tomoyuki Yamashita yang asalnya di bina di Batman, Filipina. General Tomoyuki Yamashita adalah komander Jepun yang telah menjadi wira negara Jepun selepas berjaya menguasai Tanah Malaya dan Singapura. Selepas Hirashima dan Nagasaki di bom, General Yamashita dan pasukan tenteranya telah meyerah diri kepada angkatan tentera U.S.
penang-war-museum-15
Salah satu tapak dimana terletaknya Anti Air-craft Pit. Terdapat 20 lubang pertahanan yang digunakan oleh pihak British bagi menembak jatuh pesawat tentera udara Jepun.
penang-war-museum-5
Kalau korang berani datang ke War Museum ni belah malam, ada banyak tarikkan menarik menanti korang. Di sebabkan uncle kesuntukkan masa, uncle tak dapat merasa night museum (alasan semata-mata)…
penang-war-museum-12
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |