Penagih Dadah Hanya Ke Pusat Pemulihan Tidak Ke Penjara Dalam Akta Baru



Bernama Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan akan menggantikan Akta Penagih Dadah 1983.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin. Gambar: Bernama Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan yang akan menggantikan Akta Penagih Dadah 1983 akan membolehkan lebih ramai individu yang menyalahgunakan dadah serta penagih dipulihkan dan bukannya dipenjarakan.
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata tahun ini dasar pengalihan penyalahgunaan dadah daripada hukuman penjara ke program rawatan dan pemulihan akan direalisasikan melalui penggubalan rang undang-undang baru itu.
Beliau berkata ia adalah bagi mengelakkan stigma masyarakat yang memandang negatif terhadap individu yang menyalahgunakan dadah dan golongan penagih.
“Selain itu, ia juga memudahkan integrasi semula ke dalam komuniti dan memberikan peluang kedua kepada mereka,” katanya ketika berucap sempena Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) ke-38 yang disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) semalam.
Beliau berkata ia adalah bagi mengelakkan stigma masyarakat yang memandang negatif terhadap individu yang menyalahgunakan dadah dan golongan penagih.Dalam pada itu, Hamzah berkata bagi sambutan HADK tahun ini yang bertemakan “Lebih Baik Cegah” dipilih untuk mengingatkan semua pihak agar memainkan peranan proaktif bagi melindungi diri dan individu di bawah tanggungjawab mereka daripada terjebak dalam kancah berbahaya.
Beliau juga berkata seiring dengan cabaran dan permasalahan yang kian kompleks bagi memenuhi matlamat “Dadah Terkawal 2025”, kerajaan juga akan terus memperkasakan gerak kerja yang melibatkan semua pihak dan pemegang taruh.
Hamzah berkata pendekatan kolaboratif dan strategik antara agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan akan diteruskan serta diperkasakan untuk tahun ini dan semoga akan berhasil mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni serta bebas daripada dadah berbahaya.
Sementara itu, Ketua Pengarah AADK Sutekno Ahmad Belon berkata AADK amat prihatin dengan cabaran gejala penyalahgunaan dadah pada masa kini dan peningkatan penyalahgunaan dadah jenis sintetik dan kemunculan dadah baru.
Beliau berkata sindiket pengedaran dadah juga menggunakan perkembangan teknologi bagi tujuan salah dan ia harus diambil kira dalam mencorak strategi menangani permasalahan dadah, selain ancaman pandemik Covid-19 yang merencatkan pelaksanaan beberapa perkhidmatan AADK.
“Namun begitu, kami di AADK tidak berpatah semangat sebaliknya kami mencuba pelbagai alternatif baru supaya perkhidmatan yang disediakan dapat disampaikan sebaiknya kepada masyarakat,” katanya.
Sutekno berkata rakyat Malaysia di sektor kerajaan, swasta, NGO, kepimpinan dan orang persendirian perlu bersama-sama memastikan usaha ini berjaya digerakkan dan bagi meningkatkan usaha itu pelbagai program dirangka membabitkan pelbagai jabatan dengan fokus utama kepada golongan remaja dan belia.
“Antara program yang dilaksanakan adalah Solidariti Anak Muda Bebas Dadah yang menyediakan platform kepada golongan remaja dan belia di seluruh negara untuk menyatakan pendirian mereka dalam menolak daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah,” katanya.
HADK ditetapkan pada 19 Feb setiap tahun sejak 1983 bertujuan mengingati rakyat Malaysia mengenai usaha dan peranan yang perlu digalas dalam menangani permasalahan dadah dalam negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/penagih-dadah-hanya-ke-pusat-pemulihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asri Janggut Baru Sedar Dan Kecewa Ditipu Pimpinan Pas Bmf Hanya Untuk Politik

Asri Janggut Baru Sedar Dan Kecewa Ditipu Pimpinan Pas Bmf Hanya Untuk Politik

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 249 hits
LEBEL YANG BOLEH FIKIR BUKAN LEBEL YANG TAKAASUB MACAM WALAUN TU TAK BOLEH FIKIR BOB KELANANG Sikap pemimpin Pas dan Umno yang kini berubah 180 darjah berbanding sebelum menjadi kerajaan sangat dirasai oleh penyokong bawahannya Perkara ini ...
Pujilah Isteri Walaupun Dia Hanya Pakai Tudung Baru Rm10 Penuhi Tangki Emosinya

Pujilah Isteri Walaupun Dia Hanya Pakai Tudung Baru Rm10 Penuhi Tangki Emosinya

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 316 hits
Selepas mendirikan rumahtangga kehidupan isteri hanyalah berkisarkan tentang suami dan anak anak Kawan baiknya hanyalah suami serta anak anak Apa yang dia lakukan bukan untuk pujian dari orang luar tetapi cukup hanya dari keluarganya sendir...
Setelah 2 Bulan Laksana Pkp Baru Kerajaan Sedar Hanya Perlu Kawal Rentas Negeri Dan Daerah Sahaja

Setelah 2 Bulan Laksana Pkp Baru Kerajaan Sedar Hanya Perlu Kawal Rentas Negeri Dan Daerah Sahaja

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 342 hits
February 24 2021 DAH 2 BULAN LAKSANA PKP BARU KERAJAAN SEDAR HANYA PERLU KAWAL RENTAS NEGERI DAN DAERAH AKHIRNYA KERAJAAN BUNUH EKONOMI RAKYAT Baca laporan Akhbar tadi Kata Ismail Sabri Tindakan Kerajaan mengawal sempadan dan Rentas Daeraah...
Penagih Dadah Tampar Ibu Sampai Patah Gigi Ugut Bunuh Dipenjara Lima Bulan

Penagih Dadah Tampar Ibu Sampai Patah Gigi Ugut Bunuh Dipenjara Lima Bulan

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 235 hits
Gambar fail KUALA LUMPUR Seorang penagih dadah hari ini dihukum penjara lima bulan kerana menampar ibunya sehingga patah gigi selain mengugut membunuhnya Mohd Azli Rahim 41 menyerang ibunya Rohani Sulaiman yang berusia 65 tahun kerana engga...
Hiburan Hidup Porak Peranda Anak Sendiri Pun Tak Kenal Saya Ameng Kongsi Pengalaman 6 Tahun Dalam Penjara Akibat Dadah

Hiburan Hidup Porak Peranda Anak Sendiri Pun Tak Kenal Saya Ameng Kongsi Pengalaman 6 Tahun Dalam Penjara Akibat Dadah

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 420 hits
Penyanyi Ameng daripada kumpulan Spring mendedahkan hidupnya seolah olah berakhir apabila dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas kesalahan penyalahgunaan dadah pada tahun 2011 yang lalu Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminnudin Wan I...
Ibu Pernah Tular Kini Penagih Dadah

Ibu Pernah Tular Kini Penagih Dadah

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 442 hits
Oleh YATIMIN ABDULLAH WANITA yang sebelum ini tular dan mendapat simpati masyarakat antara individu yang dicekup anggota AADK dalam serbuan di Tumpat semalam TUMPAT Kisah seorang ibu mendukung bayi sambil memimpin seorang lagi anaknya ketik...
Kimberly Clark Softex Umumkan Logo Baru Setelah Akuisisi

Kimberly Clark Softex Umumkan Logo Baru Setelah Akuisisi

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 227 hits
Logo baru Kimberly Clark Softex ini lambangkan dedikasi berkelanjutan terhadap konsumen Indonesia
Jepun Kesan Lebih 90 Kes Covid 19 Jenis Baru

Jepun Kesan Lebih 90 Kes Covid 19 Jenis Baru

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 243 hits
KONGSI ARTIKEL TOKYO Jepun pada Jumaat mengesahkan telah menemui jenis baru virus COVID 19 Sejauh ini 91 kes varian itu dilaporkan di daerah Kanto di bahagian timur manakala lagi dua kes dikesan di beberapa lapangan terbang negara
Sebijik Kakak Lara Awal Reveal Muka Baby Baru Comel Sangat Sangat

Sebijik Kakak Lara Awal Reveal Muka Baby Baru Comel Sangat Sangat

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 503 hits
Pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari telah mendedahkan wajah puteri keduanya secara EXCLUSIVE dalam episod istimewa rancangan SCHAWAL BABY BOOM di Astro Ria Ria HD Puteri keduanya selamat dilahirkan pada 12 Februari yang lalu di Princ...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Understand Your Target Audience

Sinopsis Filem Mantera


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Zahnita Wilson Akui Burnout Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga Tuntut Keadilan Di Mahkama

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Waspada Taktik Penipuan Yang Menawarkan Bantuan Tunai Rm300 Ke Dalam Mykad Melalui Pautan Palsu

Lawatan Negara Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden China Xi Jinping

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal