Peminjam Yang Terjejas Mahukan Lanjutan Moratorium Digesa Berurusan Dengan Bank Mulai Jumaat Ini


PUTRAJAYA, 5 Ogos – Peminjam individu yang masih terjejas akibat pandemik COVID-19 dan mahu kemudahan moratorium mereka dilanjutkan, perlu segera berurusan dengan bank masing-masing mulai Jumaat ini dan mengelak daripada melakukannya di saat-saat akhir.
Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah berkata ini penting memandangkan langkah terbabit bukan lagi secara automotik.
“Permohonan lanjutan moratorium itu harus dilakukan segera oleh peminjam kerana ia bukan lagi automatik seperti dahulu.
“Kita juga tidak mahu mereka (peminjam) buat permohonan di saat-saat akhir. Jika datang pada hujung September, kita risau dari segi kemampuan bank-bank untuk mengurus permohonan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke-15 dan pelancaran siri Webinar Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI)-PERKEM 2020 di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Mohd Shahar berkata permohonan di saat-saat akhir juga berkemungkinan memberi kesan apabila mereka perlu mula membayar balik pinjaman pada Oktober sebaik berakhirnya tempoh moratorium pada 30 September.
“Proses permohonan ini memakan masa. Jika mereka lewat (membuat permohbonan) maka Oktober nanti mereka perlu mula membayar.
“Ini pastinya memberi kesan terutamanya bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, belum mendapat kerja atau mengalami pengurangan pendapatan,” katanya.
Mohd Shahar berkata nilai moratorium bayaran balik pinjaman yang diberi setakat 24 Julai lepas adalah berjumlah RM62.8 bilion yang melibatkan kira-kira 7.7 juta peminjam yang mana 243,000 adalah perusahaan kecil dan sederhana.
Sementara itu, mengulas penganjuran program hari ini, Pengerusi LEGASI Datuk Jefridin Atan berkata implikasi pandemik COVID-19 telah mendorong kepada inovasi dan penganjuran siri webinar menggunakan aplikasi Zoom dan Facebook secara ‘live.’
Menurutnya, sebanyak lima webinar LEGASI-PERKEM dirancang tahun ini yang melibatkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Unit Perancang Ekonomi, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF).
“PERKEM mampu dan mempunyai potensi untuk menjadi platform intelektual dan input penggubalan polisi dengan mengambil aspirasi kejayaan (penganjuran) Forum Ekonomi Dunia di Davos, Forum Boao untuk Asia di Hainan, China dan juga WIEF,” katanya yang juga Pegawai Khas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
— BERNAMA
The post Peminjam Yang Terjejas & Mahukan Lanjutan Moratorium Digesa Berurusan Dengan Bank Mulai Jumaat Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/08/05/peminjam-yang-terjejas-mahukan-lanjutan-moratorium-digesa-berurusan-dengan-bank-mulai-jumaat-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Permohonan Lanjutan Moratorium Bank Maybank Bank Cimb Public Bank Bank Rakyat Bank Islam

Cara Permohonan Lanjutan Moratorium Bank Maybank Bank Cimb Public Bank Bank Rakyat Bank Islam

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 790 hits
CARA PERMOHONAN LANJUTAN MORATORIUM BANK MAYBANK BANK CIMB PUBLIC BANK BANK RAKYAT BANK ISLAM Sebelum mula membuat permohonan lanjutan moratorium baca tentang BANK MAYBANK Maybank menyediakan tiga pilihan mudah untuk pelanggan memohon Pakej...
Lanjutan Moratorium Bantuan Bank Bersasar Cara Permohonan Semakan Kelayakan

Lanjutan Moratorium Bantuan Bank Bersasar Cara Permohonan Semakan Kelayakan

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 887 hits
LANJUTAN MORATORIUM BANTUAN BANK BERSASAR CARA PERMOHONAN SEMAKAN KELAYAKAN Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar yang lebih berfokus khusus untuk golongan yang benar benar memerlukan iaitu Pertama bagi individu yang kehilangan peke...
Cara Lengkap Lanjutan Moratorium Oleh Cimb

Cara Lengkap Lanjutan Moratorium Oleh Cimb

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 1482 hits
CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd melalui penggunaan analisis data akan mengenal pasti individu yang berpotensi terjejas dan secara proaktif akan berhubung dengan pelanggan ini bagi program bantuan pembayaran balik pascamoratorium yan...
Lanjutan Moratorium Ptptn

Lanjutan Moratorium Ptptn

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 700 hits
LANJUTAN MORATORIUM PTPTN Langkah kerajaan melanjutkan moratorium bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional membuktikan kerajaan komited membantu semua lapisan masyarakat Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkat...
Pm Jawab Lanjutan Moratorium Petang Ini

Pm Jawab Lanjutan Moratorium Petang Ini

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 349 hits
PETALING JAYA Persoalan mengenai moratorium bayaran pinjaman bank di sebalik gesaan pelbagai pihak yang mahu ia dilanjutkan bakal terjawab 3 petang hari ini Pengumuman oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan disiarkan secara langsung men...
Pm Moratorium Bantuan Bank Bersasar Di Lanjutkan Tiga Bulan Lagi

Pm Moratorium Bantuan Bank Bersasar Di Lanjutkan Tiga Bulan Lagi

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 402 hits
PUTRAJAYA Kerajaan melanjutkan moratorium dan bantuan bank bersasar selama tiga bulan khusus untuk golongan yang benar benar memerlukan dan masih terjejas akibat penularan pandemik Covid 19 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata k...
Moratorium Kepada Peminjam Ptptn Sehingga Disember Menteri Kpt

Moratorium Kepada Peminjam Ptptn Sehingga Disember Menteri Kpt

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 606 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh moratorium kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional sehingga Disember Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad berkata penangguhan ini akan melibatkan anggaran jumla...
Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain Majlis Penuh Syahdu Di Rinjani Majestic

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Smartphone Hotpicks On Lazada S 12 12 2025

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

Lazada S Christmas Promotion


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cepat Habis Jika Begini

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan

Pertarungan Sengit Di Separuh Akhir Fifae World Cup 2025 Efootball Mobile Menunjukkan Kehebatan

Ejen Hartanah Dedah Tanah Belakang Rembayung Dijual Dengan Harga Rm1 9 Juta Boleh Untung Jika Buat Bisnes Parkir

Hampir 700 Lubang Benam Muncul Di Turkiye Akibat Kemarau Ekstrem

Polis Siasat Video Tular Treler Bawa Helikopter