Peminatlah Yang Menjaga Dan Paling Memahami Saya Khai Bahar




PUTRAJAYA : Penyanyi, Khai Bahar, 29, mengakui beruntung kerana mempunyai kelab peminat yang sangat memahami selain sentiasa menjaga dirinya meskipun adakala sebagai manusia, dia juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
Menurut Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, dia tidak akan mampu untuk berada pada tahap kedudukan sekarang tanpa kehadiran para peminat yang teguh menyokong kerjaya seninya.
“Orang tanya apa petua jaga peminat, saya tak ada petua. Ini kerana, merekalah yang menjaga saya dan paling memahami saya.
“Biasalah kita kadang-kadang sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Susah atau rasa gembira, kami kongsi bersama.
“Saya sangat hormati semua peminat yang sentiasa menyokong dan sangat menyayangi mereka,”katanya.
Selain itu, kata Khai, setakat ini juga dia bersyukur kerana belum pernah berdepan dengan situasi peminat fanatik sehingga menganggu kehidupannya.
“Setakat ini tak ada yang berkelakuan fanatik. Mereka masih berkelakuan baik dan menjaga batas.
“Peminat pun ramai dalam kategori ibu-ibu dan yang muda-muda pun ramai dah kahwin. Ramai yang menyokong saya dari dulu sampai sekarang dan itu membuatkan saya rasa terharu,”katanya.
Khai berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Gempak Most Wanted Awards (GMWA 2023) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC), di sini, semalam.
Terdahulu, Khai dinobatkan sebagai pemenang kategori Muzik Video Tergempak GMWA 2023 untuk lagu berjudul Selagi Ku Ada duet bersama Nabila Razali.
Berkongsi mengenai kemenangan tersebut, kata Khai, dia bersyukur kerana masih diterima dalam industri dan itu menyuntik semangat untuknya terus menghasilkan karya lebih bermutu.
“Saya yakin kemenangan ini bukan kerana popular atau kerana diri dikenali tetapi kerana bakat yang saya ada dalam bidang nyanyian ini.
“Saya janji lepas ini akan terus hasilkan katya yang terbaik demi menghargai peminat-peminat saya yang sekian lama telah menyokong,”katanya.
Anugerah GMWA 2023 diadakan dengan tujuan mengiktiraf personaliti serta bakat-bakat pencipta kandungan digital terkemuka daripelbagai latar belakang.
Malam anugerah GMWA 2023 berlangsung pada 25 Februari 2024, secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand bermula jam 9 malam.
Acara ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+.
Acara kemuncak juga menampilkan konsep Y2K, dengan kehadiran artis-artis ternama dan personaliti media sosial.
Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’.
Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.




Source link
The post Peminatlah yang menjaga dan paling memahami saya – Khai Bahar appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/peminatlah-yang-menjaga-dan-paling-memahami-saya-khai-bahar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khai Bahar Terlupa Ibu Sudah Tiada Mamai Bangun Tidur Telefon Nombor Arwah

Khai Bahar Terlupa Ibu Sudah Tiada Mamai Bangun Tidur Telefon Nombor Arwah

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 185 hits
Semoga Khai Bahar terus kuat ya yang pernah rasa je pasti tahu rasa kosong dan kehilangan tu macam mana
Penduduk Kl Selangor Dapat Manfaat Paling Besar Dalam Urusan Tukar Tayar Sudah Tentu Mereka Boleh

Penduduk Kl Selangor Dapat Manfaat Paling Besar Dalam Urusan Tukar Tayar Sudah Tentu Mereka Boleh

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 291 hits
Orang KL Selangor paling untung kalau bab tukar tayar Mana taknya dorang boleh jimat puluh2 ringgit tau Order je tayar dekat shopee lepas tu bagi tau nak pasang dekat kedai yang mana Kalau dulu nak kena survey banyak kedai untuk dapatkan ha...
K Drama Paling Popular Kini Marry My Husband Bakal Dihasilkan Dalam Versi Jepun

K Drama Paling Popular Kini Marry My Husband Bakal Dihasilkan Dalam Versi Jepun

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 260 hits
Lain macam tau impak drama Marry My Husband ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 14 Februari orang dalam hiburan berkata bahawa drama yang sedang menjadi bualan kini iaitu Marry My Husband akan dihasilkan dalam versi Jepun Sebagai respon syarikat...
Indikator Teknikal Paling Popular Untuk Perdagangan Harian

Indikator Teknikal Paling Popular Untuk Perdagangan Harian

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 335 hits
Indikator Teknikal Paling Popular untuk Perdagangan HarianDalam dunia perdagangan harian yang luas dan dinamis memahami dan menggunakan indikator teknikal yang tepat sangat penting untuk kesuksesan Indikator indikator ini berfungsi sebagai ...
Lihatlah Rakyat Malaysia Inilah Skandal Paling Terkutuk Derma Untuk Palestin Pun Tergamak Disakau

Lihatlah Rakyat Malaysia Inilah Skandal Paling Terkutuk Derma Untuk Palestin Pun Tergamak Disakau

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 320 hits
APA PUNYA TAK MALU DUIT MINTA DERMA ATAS NAMA KESUSAHAN PENDERITAAN RAKYAT PALESTINE HANGPA BOLEH SAPU Pendakwaan kes pecah amanah tipu dan ubah wang haram berjumlah RM39 5 juta yang dikaitkan dengan mencuri tumpuan susulan keseluruhan 164 ...
57 Petugas Pemilu 2024 Meninggal Dunia Paling Banyak Anggota Kpps

57 Petugas Pemilu 2024 Meninggal Dunia Paling Banyak Anggota Kpps

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 187 hits
Kepala Biro Komunikasi dan Pelayanan Publik Kemenkes Siti Nadia Tarmizi merinci data petugas pemilu yang meninggal dunia
Banjir Rendam 34 Tps Di Jakarta Paling Banyak Kawasan Jakarta Barat

Banjir Rendam 34 Tps Di Jakarta Paling Banyak Kawasan Jakarta Barat

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 131 hits
Hujan lebat mengguyur DKI Jakarta menyebabkan puluhan TPS terdampak banjir
Sakit Perut Sebelah Kanan Punca 8 Paling Bahaya

Sakit Perut Sebelah Kanan Punca 8 Paling Bahaya

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 209 hits
Rasa sakit perut sebelah kanan boleh berlaku atas pelbagai sebab Kadang kadang sakit ini boleh menjadi tidak nyata sementara pada masa lain ia mungkin cukup teruk sehingga mengganggu rutin harian anda Artikel pada kali ini kami akan berkong...
Cara Kerja Ac Memahami Mekanisme Sistem Air Conditioner

Cara Kerja Ac Memahami Mekanisme Sistem Air Conditioner

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 329 hits
AC telah menjadi bagian integral dari kehidupan kita sehari hari memberikan kenyamanan dengan mengatur suhu dan tingkat kelembapan dalam ruangan Fungsi perangkat ini didasarkan pada prinsip termodinamika dan dinamika fluida Cara Kerja AC In...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini