Pemimpin Yang Ajak Kerja Dengan Saya Bukan Untuk Saya


 
Kata mendiang Lee Kuan Yew: “Whoever governs Singapore must have that iron in him.” Betul peringatan itu. Sebenarnya untuk memimpin mana-mana negara pun pemimpin mesti ada keberanian dan ketegasan.
Abdullah Ahmad Badawi juga punya keberanian dan ketegasan. Punya ‘iron in him’ meskipun bersikap lemah lembut. Tetapi ramai yang hanya melihat kelembutan lantas melempar pelbagai tohmahan.
Abdullah berani berdepan ketika cabaran yang dihadapi amat sengit. Lihat sahaja turun naiknya dalam politik. Abdullah bangkit semula daripada kegelapan dan kemurungan, ketika orang yang dianggap kawan menjauhkan diri.
Imbau pemilihan Umno 1987. Abdullah bersama Team B pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, menentang Team A yang dipimpin Mahathir Mohamad. Apabila Team A menang, Abdullah dipecat daripada jawatan menteri pertahanan oleh Mahathir, perdana menteri waktu itu. Pada hal Abdullah menang jawatan naib presiden walaupun pasukannya kalah. Keperitan tidak menghalang perjuangan.
Pada pemilihan Umno 1993 Abdullah tewas jawatan naib presiden tetapi terus setia kepada parti. Menempuh pelbagai ranjau dan duri beliau akhirnya mencapai tampuk kepimpinan tertinggi parti sekali gus kerajaan. Itu pada hemat saya daya tahan dan semangat kental.
Sebagai perdana menteri banyak perubahan yang Abdullah bawa tetapi bak kata wartawan, Jahabar Sadiq: “He did well. But not enough for critics and detractors who thought his reach never went beyond his grasp.”
Malah ada pada kalangan kita sendiri yang komplen reform yang Pak Lah bawa tidak cukup. Ini didorong mandat besar yang diberikan kepada beliau pada PRU 2004 — prestasi yang cukup hebat dan tidak pernah dicapai oleh perdana menteri lain.
Jelas tuduhan bahawa Pak Lah tak berani bawa perubahan adalah tidak benar, malah Pak Lah membatalkan cadangan jambatan bengkok dengan Singapura kerana punyai perancangan sendiri. Umum tahu tindakan itu menimbulkan kemarahan Mahathir. Apa pun perubahan yang dibawa dan tidak sempat dilaksanakan tidak disenangi oleh apa yang disifatkan sebagai ‘deep state’ dan juga dalam kalangan Umno sendiri.
Wartawan veteran, Kadir Jasin, menyifatkan Pak Lah sebagai ‘orang baik’. Bagaimanapun, kata Kadir, malangnya dalam politik dan pemerintahan orang baik boleh dimanipulasikan oleh orang yang bercita-cita tinggi dan ada agenda peribadi.
“Maka demikian pemerintahan Almarhum (Abdullah) dilarikan atau hijacked oleh operator Tingkat 4 dan akhirnya dihukum dengan berat oleh pengundi dalam PRU 2008,” kata Kadir.
Sedikit sebanyak ada benarnya pandangan beliau. Pun begitu Kadir tidak menghurai lanjut dan tidak juga menamakan siapa ‘operator Tingkat 4’ yang dimaksudkan, walaupun ramai boleh mengagak.
Manakala PRU 2008 pula umum tahu BN kekal memerintah tetapi hilang majoriti 2/3 di Parlimen, serta tewas di Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor di samping Kelantan yang ditadbir PAS sejak 1990.
BN khususnya Umno menyalahkan Pak Lah. Antara yang paling lantang mengkritik ialah Mahathir. Tidak perlu saya mengulangi kata-kata kasar dan kesat yang dilemparkan semasa menyerang Pak Lah. Menyebelahi Mahathir ialah Muhyiddin Yassin dalam gerakan singkir Pak Lah.
Kata Kalimullah Hassan, kawan baik Pak Lah: “Saya masih ingat Pak Lah yang sememangnya suka Muhyiddin beritahu saya perkara ini. Pak Lah kata ‘saya tak sangka Muhyiddin boleh buat semua ini. I am crushed’.”
Bagi Pak Lah apa yang ditunjukkan Muhyiddin ialah ‘disloyalty’. The gentleman that he is Pak Lah tidak menggunakan istilah ‘khianat’ mahupun ‘tikam belakang’. Kekecewaan Pak Lah diluahkan juga dalam biography “Being Abdullah Ahmad Badawi”.
Ditekan oleh Mahathir, Muhyiddin dan juga Umno sendiri, Pak Lah tenang. Timbul ungkapan yang dicipta bekas timbalan presiden Umno, Musa Hitam, demi mempertahankan Pak Lah — elegant silence. Maksudnya Pak Lah cukup berhemat dalam tidak memberi respon.
Bagaimanapun Pak Lah berundur juga pada 2 April 2009. Kata Zaid Ibrahim, yang pernah menjadi menteri dalam pentadibran Abdullah: “Pak Lah was pushed out of power because he wanted to drain the swamp and weaken the deep state. But he was kind and gentle. Had he been more combative things could have turned out differently.”
Benar Pak Lah ditolak, dipaksa lepaskan kuasa, dan bukan combative — tidak mahu berperang. “Saya tidak mahu melihat Umno dan BN berpecah belah”. Itu sebabnya seperti yang dihuraikan semasa berucap selepas mesyuarat khas BN pada 8 Oktober 2008 berhubung peletakan jawatan sebagai presiden Umno dan perdana menteri.
Kata Pak Lah lagi: “Saya ingin menyerahkan kepada bakal pengganti saya Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu untuk berhadapan dengan sebarang cabaran ekonomi global; Malaysia yang tidak mengira atau memandang miskin atau kaya, tua atau muda, di bandar atau di desa, utara atau selatan apatah lagi kaum atau agama; melainkan perpaduan dan keharmonian.”
Sedih dikatakan saya tidak menyertai ratusan rakyat Malaysia pada pengebumian Pak Lah semalam. Saya panjatkan doa memohon Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Abdullah Ahmad Badawi dan menempatkannya dalam kalangan solihin.
Al-Fatihah.
 - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/04/pemimpin-yang-ajak-kerja-dengan-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

papar berkaitan - pada 13/4/2025 - jumlah : 262 hits
Ramai orang kini mencari cara untuk jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah Sama ada suri rumah pelajar atau sesiapa sahaja yang mahu tambah pendapatan Hal ini kerana kerja dari rumah adalah pilihan fleksibel dan berbaloi Berikut adalah 20...
Anwar Kerajaan Persekutuan Setuju Mulakan Kerja Awalan Bagi Lima Projek Yang Jadi Keutamaan Di Pahang

Anwar Kerajaan Persekutuan Setuju Mulakan Kerja Awalan Bagi Lima Projek Yang Jadi Keutamaan Di Pahang

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 158 hits
KUANTAN Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan cadangan untuk memulakan kerja awalan bagi lima projek yang menjadi keutamaan di Pahang kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Beliau berkata projek terbabit melibatkan pembinaan persimpa...
Transformasi Baru Canva Buat Kerja Kamu Jadi Lebih Menarik

Transformasi Baru Canva Buat Kerja Kamu Jadi Lebih Menarik

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 132 hits
Grab baru saja meluncurkan rangkaian perkhidmatan baru yang inovatif bertemakan Untuk Setiap Anda dalam pelancaran GrabX pertamanya Memahami bahawa pengguna aplikasi Grab mempunyai pelbagai sisi dan banyak yang perlu dilakukan dalam sehari ...
Tips Santai Untuk Mengatasi Tekanan Kerja Dan Kehidupan

Tips Santai Untuk Mengatasi Tekanan Kerja Dan Kehidupan

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 136 hits
Kehidupan moden sering kali menimbulkan tekanan yang tinggi terutamanya dalam dunia kerja Namun penting untuk menguruskan tekanan tersebut agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih sejahtera Berikut adalah beberapa tips santai yang boleh ...
Cuba Fikir Ini Kerja Siapa

Cuba Fikir Ini Kerja Siapa

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 102 hits
BENDERA MALAYSIA TANPA BULAN SABIT INI KERJA SIAPA Tulisan semua bahasa cina ni kerja satu china ke dan akhbar SIN CHEW DAILY bertanggungjawab KEMENTERIAN DALAM NEGERI BERTINDAK Jalur Gemilang tanpa bulan sabit tidak boleh diterima AgongINI...
5 Tips Cari Kerja Remote Work From Home

5 Tips Cari Kerja Remote Work From Home

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 212 hits
Kerja dari rumah bukan lagi satu trend sementara sekarang dah jadi gaya hidup Ramai orang mula cari peluang kerja remote untuk fleksibiliti jimat masa dan boleh bekerja dari mana mana saja Tapi macam mana nak mula Kalau korang tengah cari k...
Habis Graduates Univ Klu Kluk Klang Nak Cari Kerja Dengan Siapa

Habis Graduates Univ Klu Kluk Klang Nak Cari Kerja Dengan Siapa

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 127 hits
RULE NO 1 NO NAMESWhistleblower in KKK scandal allegedly held captive at campusUnconfirmed reports claim Univ is restricting movement of students who exposed controversial KKK classroom presentationPublished on 17 Apr 2025 claims of campus ...
Saya Kerja Di Kecemasan Saya Yang Ditolak Ke Red Zone Serangan Jantung Dr Fatin Ketika Hamil

Saya Kerja Di Kecemasan Saya Yang Ditolak Ke Red Zone Serangan Jantung Dr Fatin Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 95 hits
Kehamilan sepatutnya jadi masa yang paling membahagiakan buat seorang wanita Tapi untuk Dr Fatin Liyana ia bertukar menjadi mimpi ngeri ketika hamil anak sulungnya satu pengalaman yang hampir meragut nyawa dan mungkin membahayakan kandungan...
Kerja Pm Bukan Bertakbir

Kerja Pm Bukan Bertakbir

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 87 hits
Aku di dalam sebuah video yang perdengarkan suara PMX bertakbir Jahatnya video tersebut kelajuan rakaman itu untuk jadikan ia kedengaran sumbang Sebelum itu aku ada terbaca komen yang mengutuk suara PMX bertakbir Dibandingkan dengan pula Ka...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia