Pemimpin Umno Penghalang Najib Capai Impian Rakyat Rindu Zaman Saya Jadi Pm




Apabila Najib Razak secara terbuka menyatakan "Rakyat rindu zaman saya jadi PM", dengan mudah ia juga memberi maksud beliau ingin membuat kemunculan semula dalam politik.


Bermakna, keaktifan Najib turun padang dan bertemu rakyat kebelakangan ini tidak sekadar bertujuan untuk membantu UMNO dan BN kembali berkuasa semula, malah untuk menonjolkan dirinya kembali ke persada kuasa.


Jika bukan itu tujuannya, untuk apa Najib berkata, "Rakyat rindu zaman saya jadi PM"?


Tetapi, bolehkah Najib kembali jadi Perdana Menteri semula?


Ada yang berkata, kalau Tun Mahathir Mohamad boleh jadi Perdana Menteri buat kali kedua, apa kurangnya dengan Najib?


Dalam konteks ini, kedudukan Najib boleh dilihat dalam dua aspek yang berbeza.


Pertama, Tun Mahathir tidak menjadi Perdana Menteri buat kali kedua melalui UMNO, tapi melalui Bersatu yang ditubuhkannya yang kemudian bergabung dengan PKR, DAP dan Amanah dalam Pakatan Harapan.


Bermaksud, Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua dengan cara menentang dan menumbangkan UMNO.


Realitinya, Tun Mahathir sedar, beliau tidak mungkin kembali ke puncak kuasa melalui UMNO kerana pemimpin-pemimpin UMNO tidak mungkin membenarkan perkara itu berlaku.


Jangankan untuk kembali sebagai Perdana Menteri, untuk jadi perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO pun Tun Mahathir pernah ditolak mentah-mentah. 


Itulah sebabnya beliau memilih wadah baru untuk meneruskan perjuangan dan menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.


Begitu juga dengan Najib, tidak mungkin pemimpin-pemimpin UMNO sedia ada membenarkannya kembali ke puncak kuasa melalui parti itu.


Sama ada UMNO menang pilihanraya akan datang atau parti itu kembali menjadi kerajaan melalui cara lain seperti penggabungan kuasa atau sebagainya, mustahil nama Najib akan disenaraikan sebagai salah seorang pemimpin untuk memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.


Pemimpin UMNO sedia ada akan menghalang kemunculan Najib kerana mereka sendiri yang mahu atau kemaruk mengisi kedudukan tersebut.


Apalagi jika jawatan yang perlu diisi itu adalah kerusi Perdana Menteri, maka akan lebih kuatlah mereka menolak Najib daripada mendudukinya.


Semua pemimpin UMNO yang ada, sama ada yang berjawatan dalam parti atau tidak, pasti akan lebih bersungguh-sungguh berhujah untuk menolak Najib berbanding menerimanya. 


Kedua, Najib kini berdepan dengan puluhan pertuduhan di mahkamah yang mungkin proses perbicaraannya akan memakan masa bertahun-tahun lamanya.


Selagi proses itu berjalan, beliau dengan sendirinya akan terhalang daripada membuat kemunculan semula, malah tidak mustahil UMNO sendiri akan menggugurkannya untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang.


Jika bukan berkedudukan sebagai Ahli Parlimen, bagaimana Najib mahu mencapai tujuan, "Rakyat rindu zaman saya jadi PM" itu?


Lebih daripada itu, kiranya Najib dipenjara pula berdasarkan sabitan atas pertuduhan mahkamah terhadapnya, impian beliau untuk kembali itu boleh dikata akan musnah sama sekali. (ShahbudinHusin 14/01/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/pemimpin-umno-penghalang-najib-capai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Rindu Zaman Saya Jadi Pm Kata Najib

Rakyat Rindu Zaman Saya Jadi Pm Kata Najib

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 334 hits
Najib Razak berkata ramai rakyat menghubunginya mahukan beliau jadi perdana menteri sekali lagi Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin SAMBIL memuji rekod pencapaian Barisan Nasional Najib Razak berkata ramai rakyat mahukan beliau ...
100 Tahun Lagi Pun Ph Tidak Akan Tergugat Dengan Umno Yang Masih Mempertahan Najib Dan Zahid

100 Tahun Lagi Pun Ph Tidak Akan Tergugat Dengan Umno Yang Masih Mempertahan Najib Dan Zahid

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 353 hits
Selepas Mahathir adalah Anwar Seeloknya Muhyiddin memberi LALUAN kepada Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri Jika Anwar GAGAL mengganti Tun calon terdekat yang paling layak adalah Azmin dan Timbalan Perdana Menteri adalah Mukhriz Jika d...
Hisham Jamin Kepada Saya Akan Kekal Bersama Umno Najib

Hisham Jamin Kepada Saya Akan Kekal Bersama Umno Najib

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 337 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa sepupunya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien akan terus kekal setia bersama UMNO Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau telah bertemu sendiri dengan Hishammuddin beberapa hari lalu dan se...
Najib Kena Fikir Dendam Rakyat Kepadanya Jangan Buat Buat Lupa

Najib Kena Fikir Dendam Rakyat Kepadanya Jangan Buat Buat Lupa

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 387 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak berharap perbezaan pendapat antara beliau dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sampai tahap berkelahi dan berdendam Bekas perdana menteri itu berkata orang Melayu tidak patut mempunyai sikap sedemikian sebal...
Bph Migas Bbm Satu Harga Capai 131 Titik Dan Dinikmati 2 Juta Rakyat Indonesia

Bph Migas Bbm Satu Harga Capai 131 Titik Dan Dinikmati 2 Juta Rakyat Indonesia

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 303 hits
Kepala BPH Migas Fanshurullah Assa mengatakan pembangunan lembaga penyalur resmi program BBM satu harga melebihi target sebanyak 130 titik BBM satu harga dilaksanakan lembaga penyalur yang tersebar di 131 Kecamatan 90 Kabupaten dan 26 Provi...
Setpol Kit Siang Bantah Penahanan Pemimpin Umno Ikut Akta Hasutan

Setpol Kit Siang Bantah Penahanan Pemimpin Umno Ikut Akta Hasutan

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 336 hits
Roketkini com Peguam Syahredzan Johan membantah penahan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Lokman Adam mengikut Akta Hasutan Menurut Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang itu ada banyak akta lain boleh digunakan terh...
Semasa Bn Jadi Kerajaan Tiada Pemimpin Ph Yang Ditangkap Walau Keluarkan Pelbagai Tohmahan Najib

Semasa Bn Jadi Kerajaan Tiada Pemimpin Ph Yang Ditangkap Walau Keluarkan Pelbagai Tohmahan Najib

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 499 hits
KUALA LUMPUR 11 Jan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada zaman Barisan Nasional menjadi kerajaan dan semasa beliau Perdana Menteri pemimpin pemimpin Pakatan Harapan mengeluarkan pelbagai tohmahan tetapi tiada seorang yang ditangkap Kata ...
2019 Persiapan Rakyat Melawan Ancaman Pemimpin Berminda Penjajah

2019 Persiapan Rakyat Melawan Ancaman Pemimpin Berminda Penjajah

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 259 hits
24 Rabiulakhir 1440H Selasa Persatuan Belia Islam Nasional menyeru golongan muda terutama mahasiswa untuk membina tamadun kuat bagi mengatasi ancaman pihak yang cuba menggelapkan identiti Malaysia sebagai negara Islam Presidennya Azam Asri ...
Najib Kongsi Kesedihan Rakyat Tidak Dapat Diskaun 20 Untuk Penyelesaian Ptptn

Najib Kongsi Kesedihan Rakyat Tidak Dapat Diskaun 20 Untuk Penyelesaian Ptptn

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 265 hits
Hapuskan UMNO hapuskan PTPTN Saya ingat lagi laungan mereka Kini semua hilangkan diri Tinggal Simpang Renggam belum tapi tak lama lagi Beberapa minggu ini tiba tiba ada yang tinggalkan komen penghargaan di Twitter dan Facebook saya Dapat di...
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Inilah Alasan Mengapa Sesetengah Tingkap Hotel Tidak Boleh Dia Buka

Buasir Otak Tv Bayangkan Dalam Sampan Dikelilingi Buaya Be Like

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fuel Prices Remain Unchanged

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis