Pemimpin Melayu Melalak Melayu Tertindas Tapi Hakikatnya


 




ISMET ULAM RAJA 





Ramai pemimpin Melayu hendakkan kita pasakkan minda. Katanya, kaum majoriti tertindas di Malaysia. Walau kita tuan tanah, kuasa ekonomi kita hilang. Diambil oleh “pendatang”.  


Walaupun selalu yang laung terpaling Melayu ini, sudah kaya raya 7 keturunan. Majorly bukan kerana membanting tulang. Tetapi kerana kontrak Kerajaan melalui proksi dan kroni. Untung Biliun2 mereka bilang. 


Secara rasmi, 10 orang terkaya di Malaysia, hanya seorang je Melayu dalamnya. 


Tetapi secara tidak rasmi, dalam senarai Pandora dan Panama Papers, harta Ismet Ulam Raja di luar negara, majoritinya Melayu yang punya, seketul dua sahaja lain bangsa. 


Buatkan kita terpikir. Patutlah ekuiti Melayu dalam Malaysia tak naik2. Hampa pi ikut Ismet rupanya. Dok melabur luar negara 😅 


********************


Bila depa kata Melayu tertindas di negara sendiri, tidak berharta lagi, I’m sure mereka tak kata kat diri sendiri. Mereka tujukan kepada kita, marhein yang di bawah sekali. Kita ini susah, makan pun payah. Maka perlu ada kami ini pejuang Melayu nak lindungi hampa! 


Tapi sebelum nak percaya, marilah kita tengok sejarah. 


Tanah Melayu ini secara total 446 tahun dijajah. Masa ini, kita hilang kuasa memerintah. 


83 tahun bawah British, fabrik sosial kita diganggu. Negeri Selat dan Bersekutu dipunggah dan diangkut hasilnya. Penduduk asal tak boleh buat apa. Dah jadi British yang punya. 


Bukan itu sahaja, dibawa influx pedagang dan peniaga. Dari India dan Cina. Buka kedai dan jual hasil bumi. Ada juga British dan Raja2 Melayu buat jadi rakan kongsi. Makanya apa yang terjadi? 


Ketika Merdeka, ekuiti atau pegangan harta dalam negara dikuasai bangsa asing. Kaum peribumi Melayu hanya pegang tak sampai 5%. Yang lain orang lain yang punya. Ya tika itu, kita hampir sudah hilang negara. 


Sampailah Merdeka dan lepas 13 Mei kita sedar. Nak duduk sama2, kek ekonomi pun kena saksama. 


Itulah yang menjadi dasar yang membawa kepada DEB. 


Dasar Bumiputera paling berjaya adalah ketika zaman Tun Razak. Beliau buat FELDA, MARA dan RISDA. Maka ramai Melayu jadi tuan tanah, pedagang dan peniaga. Zaman Tun M yang pentingkan biasiswa luar negara, buatkan ramai Melayu menjadi profesional. 


Makanya kalau tengok data yang ada, banding sejak merdeka, ada peningkatan keterlibatan Melayu dalam semua sudut dalam ekonomi. 


Namun kita punya seize mentality, sebab kita hilang negara sendiri punya lama, kita buat polisi yang menindas orang pula. Kita dahulukan kita. 


Ada orang kata tidak apa, depa yang lain boleh survive punya. Kita ni yang nak hilang negara. İni sudah jadi chip on our shoulder. Orang lain kita buat macam musuh pula. 


Sejujurnya, I think we are doing ok. Melayu makin mandiri, ada ekonomi sendiri. Berpendidikan lagi. Berbanding ketika lepas merdeka. Namun saya agree. Banyak lagi yang boleh dibaiki. 


**********************


Setengah pemimpin Melayu bising pasal ekuiti. Dari 5% ketika Merdeka ke 20% sekarang, tersasar dari target DEB. Itu mereka perlu tanya diri sendiri. 


Bilamana parti politiklah yang sebenarnya kuasai ekonomi. Dengan segala projek mega diberi kepada kroni dan jadi hasıl untuk parti. 


Dengan benarkan Alibaba bukan kepada bangsa sendiri. Dengan mereka mencari rakan kongsi dari lain bangsa. Depa pun masuk meniaga kontrak Kerajaan biliun2 dan ratus juta. 


Mereka pi salahkan marhein pula, malas dan kurang berjaya. Meniaga pun tak bijak mana. 


Kita pun boleh bertanya. Dengan berbilion hasil negara yang dicurahkan sekian lama. Untuk naikkan ekuiti peribumi, ke mana ia pergi sebenarnya? Adakah kocek kami atau kocek anda? 


Adakah salah kami pemalas dan tidak mahir. Atau pun anda yang kurang reti mentadbir? 


Dengan kes penyelewengan punya banyak, the proof is in the pudding. 


Saya letih dengar pemimpin Melayu kita mainkan sentimen bangsa. Mereka suka memandirkan kita. Agar kita pajak jiwa. Supaya mereka boleh buat apa saja. Yalahkan, Pentaksub takkan bersuara. 


Satu yang mereka takut sebenarnya. Bangsa yang boleh berfikir, kerana ketika itu segala pembodohan mereka akan berakhir. 


Moga Malaysia dikurniakan dengan lebih ramai pengundi bijak berbanding mereka yang dipajak otak. 


Salam hormat,
Liyana Marzuki






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/pemimpin-melayu-melalak-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Serba Daif Tapi Kemas Netizen Puji Adab Melayu Keluarga Ini

Rumah Serba Daif Tapi Kemas Netizen Puji Adab Melayu Keluarga Ini

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 294 hits
Kisah hidup sepasang warga emas yang serba daif namun penuh kasih sayang terhadap empat cucu orang kurang upaya benar benar menyentuh hati ramai Di sebalik kekangan usia dan kudrat si datuk tetap gigih mencari rezeki halal demi kelangsungan...
Resipi Sotong Masak Serai Berempah Simple Tapi Power

Resipi Sotong Masak Serai Berempah Simple Tapi Power

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 203 hits
Jika anda ada sotong dalam peti resipi Sotong Masak Serai Berempah ni wajib anda cuba Gabungan wangi serai pedas cili dan aroma daun limau purut menjadikan hidangan ini bukan saja membuka selera malah cara penyediaannya pun mudah Hasilnya m...
Anak Bukan Malas Dalam Kelas Tapi Tak Nampak 55 Murid Tahun 1 Ada Masalah Penglihatan

Anak Bukan Malas Dalam Kelas Tapi Tak Nampak 55 Murid Tahun 1 Ada Masalah Penglihatan

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 378 hits
Mama Papa bila anak kita kelihatan tak beri tumpuan di sekolah sering menyalin nota salah atau tidak catch up dalam kelas pasti terlintas di fikiran Anak aku ni malas ke Tak fokus langsung Tapi tahukah Mama Papa rupa rupanya ramai anak yang...
Tablet Terbaik Bawah Rm500 Di Malaysia 2025 Bajet Tapi Power

Tablet Terbaik Bawah Rm500 Di Malaysia 2025 Bajet Tapi Power

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 595 hits
Tablet Terbaik Bawah RM500 di Malaysia 2025 Bajet Tapi Power Tak semua orang perlukan tablet mahal Jika anda sedang cari tablet murah bawah RM500 untuk kegunaan asas seperti kelas online YouTube atau kerja ringan artikel ini untuk anda Kami...
Bukan Saja Kalah Teruk Tapi Papa Dan Daughter Akan Hilang Deposit

Bukan Saja Kalah Teruk Tapi Papa Dan Daughter Akan Hilang Deposit

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 180 hits
Klik di sini My Comments Sorry bagi awak lah tapi perbincangan ini sangat low quality tak ada intellectual content Tak ada formuler apa pun The tukang tanya soalan cakap pasal rumah kena aman dulu or something like that Ok brader saya ada s...
Jarang Nak Makan Mee Goreng Tapi Bila Makan Nikmatnya

Jarang Nak Makan Mee Goreng Tapi Bila Makan Nikmatnya

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 375 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Bukan selalu pun makan mee goreng Selalunya roti nasi lemak atau kuih muih jadi pilihan sarapan CCL Pagi tadi turun makan di Cafe Menu pagi ni ada mee goreng Lama dah tak makan mee goreng sebenarnya tapi ...
Kami Cuma Nak Teruskan Hidup Tapi Hidup Mereka Tamat Dalam Sebuah Iswara

Kami Cuma Nak Teruskan Hidup Tapi Hidup Mereka Tamat Dalam Sebuah Iswara

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 219 hits
Bayangkan hidup serba sederhana hanya berniaga roti canai demi sesuap nasi dengan satu harapan untuk membesarkan anak anak dalam kasih sayang seadanya Tapi siapa sangka sekelip mata segalanya hilang Itulah kisah penuh pilu Allahyarham Nurul...
Hak Menulis Di Media Sosial

Mariam Meenachi

Hari Malaysia Sara One Off

Minum Petang Di Toastma Kopitiam

Eukcg 2025 Semak Kelayakan Daftar Pin Kata Laluan

Izin Untuk Menangis

Motif Cemburu Disyaki Punca Pembunuhan Kejam Di Guar Chempedak

Amira Othman Sah Isteri Fattah Amin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Buat Sarikata Melayu Kat Netflix Ni

Pegaga Dan Khasiatnya

Berhujung Minggu Di Malaysia

Startup Challenges Founders Face

Dadih Keladi

Hiburan Mungkin Dia Terlalu Rindu Fattah Amin Kongsi Momen Disebalik Fatima Enggan Berenggang Ketika Majlis Nikah