Pemimpin Bijak Kukuhkan Organisasi



Kepimpinan adalah suatu kuasa menghubungkan pemimpin (ketua) dengan pengikut (pekerja) dan mendorong pengikut supaya menggunakan tenaga secara tersusun menuju objektif yang dirumus secara kolektif.

Kepemimpinan memberi perwatakan dan menerima perwatakan daripada media, persekitaran dan iklim di tempat ia berfungsi bagi menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke arah ditentukan melalui dorongan yang tidak memaksa.

Dalam Islam, kepemimpinan adalah satu proses dinamik, tidak statik dan mempunyai objektif sendiri iaitu satu kaedah pengarahan dan pembentukan manusia berasaskan keimanan kepada Allah SWT.

Kepemimpinan dalam pengurusan adalah suatu amanah dan tunggak kejayaannya ialah penghasilan anggota organisasi berakhlak, diikuti pembentukan tamadun Islam seluruhnya (holistic).

Kepemimpinan adalah suatu yang amat diperlukan dalam pengurusan Islam supaya di dalam suatu kumpulan atau organisasi itu ada pihak yang mengarah dan mengatur urusan. Ia juga dilakukan bagi mengelak penggunaan pendapat sendiri yang boleh merosakkan kepentingan ramai.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abi Said al-Khudi menyatakan dalam sabdanya bermaksud: “Jika tiga orang keluar bermusafir hendaklah salah seorang daripada mereka dilantik menjadi ketua”.

Berdasarkan hadis itu menunjukkan jika Rasulullah memerintahkan supaya dilantik ketua bagi kumpulan terdiri daripada tiga orang, sudah tentu amat diperlukan dalam konteks pengurusan organisasi yang mempunyai warga organisasi yang ramai bagi melaksanakan segala fungsi dan peranannya supaya selaras dengan tuntutan Islam.

Fungsi kepemimpinan dalam sesuatu organisasi adalah penting kerana ia membabitkan skop pembabitan peranan kepimpinan secara keseluruhan. Antara fungsi kepemimpinan dalam sesuatu organisasi, jabatan atau syarikat dapat dinyatakan seperti berikut:

Membentuk dan membimbing ahli ke arah kejayaan dunia akhirat. Menyatukan kumpulan dengan bertindak sebagai pakar rujuk, orang tengah, penasihat, kawan, pendengar yang sabar dan seumpamanya. 

Mewujudkan suasana selesa kepada orang yang dipimpin termasuk memberikan dorongan berdasarkan ganjaran atau hukuman dan teguran. Merancang, menyelia dan menilai prestasi setiap tugasan yang diberikan kepada warga organisasi.

Memudahkan perhubungan di kalangan anggota organisasi dengan berkemahiran mengenai teknik komunikasi sama ada antara perseorangan, kumpulan kecil atau kumpulan besar.

Memastikan setiap perancangan organisasi berjalan baik dan sentiasa mengambil berat mengenai latihan dalam pelbagai bidang kemahiran diperlukan pekerja.

Dalam pada itu, pemimpin organisasi perlu mempunyai kewibawaan untuk menjalankan tugas dengan cemerlang. Ia dapat dilakukan dengan mengamalkan unsur kepemimpinan dan pengurusan berikut, Berani mengatakan tidak boleh ketika keadaan yang memerlukan. Menghentikan sesuatu aktiviti apabila didapati merugikan atau bercanggah dengan hukum Islam.

Mementingkan kebajikan dan keperluan orang ramai daripada keperluan peribadi. Bijak mengurus masa dengan ada keseimbangan di antara tanggungjawab dalam organisasi, rumah tangga dan masyarakat.

Mengambil perhatian kepada hubungan kemanusiaan dengan mewujudkan suasana persaudaraan di dalam dan luar organisasi. Memilih kakitangan dengan rapi dan mengambil kira keperluan organisasi dan tuntutan Allah SWT.

Sentiasa mengambil berat pembentukan peribadi, kemahiran dan kreativiti anggota organisasi. Mementingkan apa yang dapat dilakukan dengan sempurna dari memikirkan halangan dan sekatan dihadapi. 

Menghebahkan perkara baik dan positif dan menyembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain. Mengambil kira kemaslahatan organisasi secara menyeluruh. Mempunyai kaedah dan sistem pengawasan dan penilaian yang baik.

Menjaga rahsia atau perkara sulit organisasi daripada pengetahuan umum. Menggalakkan kecemerlangan, tetapi tidak mengharapkan keunggulan daripada anggota organisasi. Mengenal pasti keutamaan dan dapat mengagihkan tugas menurut keutamaan berdasarkan kebolehan dan kemampuan individu yang diamanahkan.

Memberi penghargaan dengan jujur untuk setiap tugasan dari orang yang dipimpin yang dijalankan dengan sempurna. Pengikut atau ahli organisasi pula perlu mematuhi dan menghormati kepemimpinan organisasi dalam arahan dan peraturannya kerana kerana simbol kekuatan organisasi ada pada kepimpinan dan ia seharusnya dipatuhi dengan sepenuhnya.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang berkuasa) daripada kalangan kamu,” - Surah al-Nisa, ayat 59.  

Kepatuhan atau kesetiaan anggota organisasi kepada kepemimpinan amat penting. Tanpa kesetiaan, organisasi tidak berfungsi dengan baik. Adalah menjadi tanggungjawab yang dipimpin mentaati dan mengikuti arahan diberikan selagi sesuatu kepemimpinan itu menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tidak menyuruh atau melakukan perbuatan atau arahan yang melanggar hukum Islam. 

Ketaatan kepada pemimpin tidak terhad kepada perkara yang disukainya saja, tetapi menyeluruh sama ada perkara itu disukai atau dibenci.

Adalah menjadi kewajipan pemimpin mendengar segala teguran itu dengan sikap terbuka, berlapang dada tanpa menyimpan rasa dendam terhadap mana-mana orang bawahannya, kerana mereka juga selaku pengikut atau ahli organisasi perlu memainkan peranan dalam soal kepemimpinan, bertanggungjawab, bangga dengan organisasi, mempunyai semangat pengorbanan tinggi, berbudi pekerti dan beretika mulia.

Seseorang pemimpin atau pengurus sesebuah organisasi yang cukup berwibawa tidak mungkin dapat memimpin dengan berkesan seandainya ada sekumpulan pengikut atau ahli organisasi yang sentiasa mempunyai pandangan negatif, tidak mempunyai matlamat sealiran dengan pemimpin dan tidak pernah bersetuju dengan pandangan dan pemikirannya.

Adalah jelas, keberkesanan kepemimpinan sesebuah organisasi bergantung kepada beberapa faktor, diri pemimpin itu sendiri, situasi dalam organisasi dan faktor yang mempengaruhi kelakuan dan peranan ahli organisasi. Gaya kepemimpinan yang dipraktikkan ketua mungkin berkesan di dalam sesuatu keadaan dan tidak berkesan di dalam sesuatu keadaan lain.

Menyedari bahawa manusia, masyarakat, kumpulan dan alam persekitaran adalah unsur dinamik dan mengalami perubahan. Oleh itu, sebarang bentuk kepemimpinan seharusnya bersifat dinamik.

Kepemimpinan yang berkesan sewajarnya peka dan sensitif dengan segala perubahan dalam persekitaran dan seterusnya melengkapkan diri dengan segala ilmu yang dapat membantu untuk mengurus dan menyesuaikan diri dengan segala situasi dan persoalan yang dihadapi di samping mewarnakan diri dengan perhiasan ketakwaan, keilmuan, hikmah dan kebijaksanaan di dalam mentadbir sesuatu organisasi atau syarikat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/dvw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Malaysia Baru Tidak Sepatutnya Sama Kemaruk Dengan Bintang Pingat Dan Gelaran

Pemimpin Malaysia Baru Tidak Sepatutnya Sama Kemaruk Dengan Bintang Pingat Dan Gelaran

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 407 hits
Berikutan beberapa menteri timbalan menteri dan exco kerajaan negeri yang baru memegang jawatan dalam kerajaan selepas Pakatan Harapan menang dalam pilihanraya umum lalu didapati menerima pingat dan bintang sempena hari ulang tahun kelahira...
Guan Eng Persoal Pemimpin Dap Terima Gelaran Datuk

Guan Eng Persoal Pemimpin Dap Terima Gelaran Datuk

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 310 hits
TAIPING Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng membuat teguran secara terbuka kepada beberapa pemimpin parti itu yang menerima darjah bintang dan pingat kebesaran daripada Melaka serta Sabah baru baru ini Beliau yang juga Menteri Kewangan berkat...
Video Meremang Bulu Roma Mendengar Ceramah Pemimpin Islam Kota Palu Pasca Tsunami

Video Meremang Bulu Roma Mendengar Ceramah Pemimpin Islam Kota Palu Pasca Tsunami

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 413 hits
Hapuskan maksiat kembalilah kepada IslamPerhimpunan penduduk Palu mengenangkan kejadian gempabumi tsunami yg baru melanda Dengar apa kata pemimpin Islam ini Meremang bulu romaPerhimpunan penduduk Palu mengenangkan kejadian gempabumi tsunami...
Di Mana Pemimpin Ph Yang Janji Untuk Hapuskan Tol Sembunyi Najib

Di Mana Pemimpin Ph Yang Janji Untuk Hapuskan Tol Sembunyi Najib

papar berkaitan - pada 13/10/2018 - jumlah : 351 hits
Dulu sebelum jadi Kerajaan janji hapus tol Siap kata kerajaan cuma perlu berapa ringgit je untuk buat sedemikian Putar belit setiap hari padahal dia yang beri konsesi berat sebelah Tapi Kerajaan BN dan saya Najib Razak yang dipersalahkan wa...
Pm Tiba Di Bali Untuk Perhimpunan Pemimpin Asean

Pm Tiba Di Bali Untuk Perhimpunan Pemimpin Asean

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 360 hits
Dr Mahathir dan isteri Dr Siti Hasmah tiba bagi menghadiri Perhimpunan Pemimpin ASEAN di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Foto BERNAMABALI Indonesia Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Bali Khamis untuk menghadiri Perhim...
Kecoh Di Melaka Pemimpin Ph Mohon Maaf

Kecoh Di Melaka Pemimpin Ph Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 369 hits
Kerajaan Melaka mengakui insiden salah seorang exco negeri mereka yang bertengkar dengan orang awam menjejaskan nama baik Pakatan Harapan negeri Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata HARAPAN baru membentuk kerajaan negeri sejak beberapa ...
Momen Momen Saat Jokowi Diakui Para Pemimpin Dunia

Momen Momen Saat Jokowi Diakui Para Pemimpin Dunia

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 232 hits
Tak hanya dalam memimpin Indonesia pidato Jokowi dalam berbagai kesempatan juga mendapat pujian para pemimpin dunia Berikut ini beberapa petikan pujian dari para pemimpin dunia tentang Jokowi
Cikgu Latiff Contoh Pemimpin Berhati Rakyat

Cikgu Latiff Contoh Pemimpin Berhati Rakyat

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 421 hits
Apabila sebut nama YB Haji A Latiff bin Awang mungkin ramai yang beranggapan beliau seorang yang sombong dan tidak mesra itu mungkin telahan bagi mereka yang tidak mengenali beliau Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Latiff ini m...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza