Pemilik Di Kg Baru Tak Mahu Lepaskan Tanah Mereka


PETALING JAYA: Biar apa pun cadangan kerajaan mengenai pembangunan semula Kampung Baru pada masa depan, sebahagian besar pemilik tanah di situ bertegas tidak mahu menjual lot mereka kepada mana-mana pihak, kata seorang wakil penduduk
Ahli Jemaah Malay Agricultural Settlement (MAS), Raden Salikun Mui, berkata hasil perbincangan dengan pemilik dan waris baru-baru ini mahu kerajaan menawarkan pajakan bagi suatu tempoh tertentu berbanding membeli terus lot harta mereka
“Pemilik mahu Kampung Baru dibangunkan tetapi kebanyakan mereka tidak setuju dengan rundingan sedia ada,” katanya kepada FMT. “Mereka tidak mahu tanah dipindah milik, sebaliknya mencadangkan supaya kerajaan memajak tanah mereka bagi tempoh 50 atau 60 tahun.”Isu pembangunan semula Kampung Baru kembali diperkatakan apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, minggu lalu berkata Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) diarah memaklumkan kepada pemilik mengenai perkembangan terkini pelan pembangunan Kampung Baru 2019
Raden Salikun Mui.Perkembangan ini selepas PKB memaklumkan pelan itu amat sukar dilaksanakan kerana hanya 61% pemilik bersetuju walaupun ditawarkan RM1,000 sekaki persegi, iaitu RM850 dalam bentuk tunai dan RM150 dalam bentuk saham di syarikat bertujuan khas. Menurut PKB, pelan pembangunan semula itu membabitkan kos anggaran pembelian tanah mencecah RM7.4 bilion, dan kos lain sehingga hampir RM10 bilion
Annuar tidak mahu pemilik tanah yang bersetuju berharap projek berkenaan diteruskan, dan berkata kerajaan akan merangka pelan baharu bagi pembangunan semula Kampung Baru, yang kini berusia hampir 120 tahun, membabitkan kira-kira 846 plot atau 89 hektar yang dimiliki oleh 5,374 pemilik atau waris
Dikenali sebagai Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru 2040 (PIPKB 2040), inisiatif yang disemak itu dijangka menyaksikan kawasan pembangunan dibahagikan kepada grid lebih kecil sebelum pembangunan lanjut diteruskan
Rancangan itu, mirip pelan induk yang diumumkan kerajaan pada 2015, bakal mengimbangi Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru 2020 (PTPKB 2020) yang dikemukakan pentadbiran lepas
Raden berkata ia selaras dengan apa yang disuarakan penduduk selama ini yang mahu kawasan berkenaan dibangunkan secara berperingkat
“MAS setuju jika Kampung Baru dibangunkan secara berfasa,” katanya, menyifatkan melaksana projek secara sekali gus “kerja gila”
Bagaimanapun, dalam keghairahan pelbagai pihak merencana pembangunan semula Kampung Baru, beliau mahu kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) selesaikan dahulu masalah yang sekian lama membelenggu penempatan itu
“Dari dulu hingga sekarang masalah kesesakan, jalan sempit, dan longkang tersumbat tidak pernah dipandang serius oleh pihak berwajib
“Sebelum teruskan projek pembangunan ini apa kata kerajaan, khususnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, selesaikan dulu masalah prasarana dan pusaka. Baru boleh canang nak bangunkan semula Kampung Baru.”Mengenai cadangan Fasa 1 PIPKB 2040, membabitkan pembangunan runcit di 4 atau 5 lot tanah runcit di Jalan Sultan Ismail hingga Jalan Campbell dan Dang Wangi, Raden berkata ia diterima baik penduduk setempat
“Mereka nak tengok dulu kejayaan projek fasa 1 ini. Jika ia berjaya, rundingan fasa seterusnya mungkin akan dipertimbangkan,” katanya
“Namun, projek ini lama lagi nak mula. Banyak lagi yang perlu diperhalusi dan dimuktamadkan,” katanya
Raden juga memaklumkan MAS, PKB, DBKL, dan kementerian akan duduk semeja dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju terbaharu pembangunan semula Kampung Baru
Berdasarkan carian FMT di beberapa laman jual beli hartanah, projek hartanah di sekitar Kampung Baru dijual pada harga antara RM1,400 hingga RM1,700 kaki persegi bergantung kepada jenis kediaman
Sementara itu, jurunilai hartanah berdaftar, Kit Au-Yong, berkata nilai hartanah di Kampung Baru tidak akan menyusut malah akan kekal berada paras sedia ada malah mampu melonjak lebih tinggi bergantung kepada pemaju atau projek
“Nilai tanah di Kampung Baru banyak dipengaruhi oleh dasar kerajaan. Namun, pada dasarnya nilai hartanah di sini tidak akan turun kerana ia sentiasa mempunyai permintaan lebih-lebih lagi perkampungan ini terletak di ‘lokasi emas’.”Namun, beliau berpendapat, kerajaan perlu terus mengadakan rundingan dengan pemegang amanah di kawasan terbabit jika benar-benar mahu memberi nilai tambah kepada kawasan sekitar
“Rundingan perlu diteruskan, berjaya atau tidak kita lihat nanti.”Pada dasarnya, Kampung Baru boleh dibangunkan dengan minimum 30,000 kaki persegi atau 0.68 ekar, berdasarkan kriteria yang ditetapkan kerajaan bahawa sesuatu kawasan itu mesti dibangunkan dengan nisbah plot 1:10
Secara umumnya, 1 lot Kampung Baru berkeluasan sekitar 4,000 hingga 5,000 kaki persegi sementara maksimum hingga 16,000 kaki persegi. Justeru, 1 projek memerlukan sekitar 4 atau 5 lot tanah bagi memenuhi syarat berkenaan. - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/09/pemilik-di-kg-baru-tak-mahu-lepaskan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanam Pokok Limau Kasturi Dalam Pasu Cucuk Saja Ranting Dalam Tanah Nanti Keluarkan Anak Pokok Baru

Tanam Pokok Limau Kasturi Dalam Pasu Cucuk Saja Ranting Dalam Tanah Nanti Keluarkan Anak Pokok Baru

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 267 hits
Pokok limau kasturi ini memang banyak kegunaannya baik untuk masakan atau minuman Jadi elok sangat kalau tanam paling tidak sepokok di rumah Cara nak tanam pun senang guna keratan batang dan boleh tanam dalam pasu saja Boleh ikut step by st...
Bangunan Atas Tanah Orang Isu Tahfiz Aaron Aziz Diroboh Pemilik Tampil Beri Penjelasan

Bangunan Atas Tanah Orang Isu Tahfiz Aaron Aziz Diroboh Pemilik Tampil Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 534 hits
Beberapa hari lepas pelakon popular Aaron Aziz ada berkongsi tentang bangunan tahfiz miliknya di Langkawi telah dirobohkan Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana Asrama anak anak semua haru...
Kampung Baru Mana Janji Umno Harga Tanah Rm3 000 Sekaki

Kampung Baru Mana Janji Umno Harga Tanah Rm3 000 Sekaki

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 373 hits
Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bahawa pelan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur tidak dapat diteruskan kerana 60 pemilik tanah tidak bersetuju menjual hak milik mereka merupakan satu alasan yang tidak bertanggun...
Mb 88 Peratus Pemilik Tanah Di Pahang Tidak Terbeban Dengan Perlaksanaan Cukai Baharu

Mb 88 Peratus Pemilik Tanah Di Pahang Tidak Terbeban Dengan Perlaksanaan Cukai Baharu

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 204 hits
KUANTAN Kira kira 88 peratus pemilik tanah di Pahang tidak terbeban dengan pelaksanaan cukai tanah baharu yang berkuat kuasa awal tahun lalu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kenaikan kadar cukai itu dibuat oleh kerajaan...
Penduduk Kg Baru Kecewa Kerajaan Tak Naik Harga Tanah Lebih Rm1 000

Penduduk Kg Baru Kecewa Kerajaan Tak Naik Harga Tanah Lebih Rm1 000

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 251 hits
Penduduk Kampong Bharu terkejut apabila kerajaan sekarang tidak boleh membeli tanah mereka lebih dari kadar RM1 000 sekaki persegi tidak seperti yang dihebohkan oleh beberapa pemimpinnya semasa mereka mengkritik tawaran pentadbiran Pakatan ...
Guan Eng Didakwa Atas Pelupusan 2 Tanah Milik Kerajaan Negeri

Guan Eng Didakwa Atas Pelupusan 2 Tanah Milik Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 261 hits
BUTTERWORTH Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208 8 juta dilupuskan kepada syarika...
Video Kes Buli Smk Kemahang Tanah Merah

Video Kes Buli Smk Kemahang Tanah Merah

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 700 hits
Video yang disebarkan oleh page Kelantan Kita dalam facebook memaparkan pelajar yang dibuli Pendapat kami kes ini berlaku di asrama Mungkin pelajar tersebut mahu rasa apakah perasaan polis menjemput Original video https www facebook com pag...
Putrajaya Digesa Tidak Jadikan Orang Asli Pekerja Di Tanah Sendiri

Putrajaya Digesa Tidak Jadikan Orang Asli Pekerja Di Tanah Sendiri

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 288 hits
Orang Asli berjuang mendapatkan tanah mereka di Perak PETALING JAYA Aktivis hak Orang Asli menggesa Putrajaya tidak membuat keputusan bagi anggota komuniti itu terutama tentang bagaimana dan di mana mereka harus mencari nafkah Tijah Yok Cho...
Skandal Tanah Dikaitkan Mb Perak Terkini Sprm Panggil Beberapa Saksi

Skandal Tanah Dikaitkan Mb Perak Terkini Sprm Panggil Beberapa Saksi

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 291 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah memanggil beberapa saksi bagi memberi keterangan berhubung laporan skandal pemberian tanah yang didakwa mempunyai unsur penyalahgunaan kuasa oleh Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Tanpa mendedahk...
Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Harga Kesihatan Memastikan Suplemen Makanan Dilindungi Di Malaysia

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Pm Perlu Terus Tekan Untuk Menaikkan Gaji Minima Ke Rm2000



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Kempen Mari Beli Lokal Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Antara Pilihan

Hantam Terus Frans Kritik Dr Haji Murariau Dosen Akademi Dakwah Di Riau

Bahagia Ibu Meninggal

Makan Nasi Kandar Di Pelita Gateaway Seremban