Pemilihan Pkr Calon Mpp Merayu Agar Kempen Pemilihan Bermaruah




 



HarapandailyMay 20, 2025

Seorang calon Majlis Pimpinan Pusat PKR Sivamalar Genapathy merayu secara tulus kepada pemimpin dan penyokong PKR agar kempen pemilihan berlangsung secara bermaruah atas dasar perpaduan.

Berikut adalah rayuannya:

Sebagai seorang pimpinan akar umbi parti yang membesar dengan semangat perjuangan Keadilan dan sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat, saya menulis dengan hati yang berat. Saya tidak boleh berdiam diri melihat luka yang semakin parah dalam keluarga besar kita, hanya kerana persaingan merebut jawatan

Pemilihan kali ini, yang seharusnya menjadi medan merayakan demokrasi dalaman, telah bertukar menjadi gelanggang serangan peribadi. Pencalonan dua tokoh besar ,saudari Nurul Izzah Anwar dan saudara Rafizi Ramli , telah menghangatkan suasana, dan malangnya, emosi yang memuncak telah mencetuskan kata-kata yang melukai hati.

Saya percaya, dan kita semua percaya, bahawa perbezaan pandangan tidak harus memusnahkan persaudaraan. Kita bukan musuh. Kita adalah pejuang yang mengharungi badai reformasi bersama. Kita adalah satu keluarga.

Parti ini lahir daripada darah dan air mata mereka yang mendambakan keadilan. Ia dibina atas dasar kasihkan rakyat, bukan kerana tamak kuasa. Kita berjuang bukan untuk menjatuhkan sesama sendiri, tetapi untuk membangunkan negara ini dengan nilai – nilai yang kita pegang erat: kejujuran, maruah, dan kasih sayang terhadap sesama insan.

Saya merayu bukan sebagai calon, tetapi sebagai saudara seperjuangan , hentikanlah cercaan, janganlah kita buka aib di khalayak. Rakyat sedang memerhati. Hati mereka hancur melihat pemimpin yang selama ini mereka hormati bertelagah secara terbuka. Mereka mengharapkan kita menjadi cahaya, bukan menambah kelam dalam politik negara. Satu masa dahulu, kita bersama lah yang menukar lanskap politik Malaysia. Kita mengajar pimpinan parti lain bagaimana untuk kempen secara matang. Kempen melalui manifesto yang kita tawarkan bukan serangan peribadi. Kini tokoh-tokoh yang mengajar saya pula kini tidak mengamalkan apa yang diajar kepada saya.

Datuk Seri Saifuddin, Datuk Seri Rafizi, Nurul Izzah, Dr Fuziah Salleh, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, mereka semua adalah permata dan tulang belakang dalam perjuangan kita. Menghentam salah seorang dari mereka sama seperti memecahkan kaca jendela rumah kita sendiri.

Saya tahu, kita semua sayangkan parti ini. Maka jagalah ia seperti kita menjaga keluarga sendiri. Dalam pemilihan ini, tiada siapa yang patut dipinggirkan. Kita harus mara ke depan dengan tangan yang saling menggenggam, bukan saling menolak.

Marilah kita kembalikan roh Keadilan , roh yang menyatukan kita dahulu. Kita bukan sekadar sebuah parti; kita adalah harapan yang masih hidup dalam hati rakyat Malaysia. Jangan biarkan perpecahan meranapkan impian yang telah kita bina bersama.

Saya sendiri kalah di pemilihan cabang, saya mengambil hikmah dan kekalahan tersebut sebagai satu dorongan untuk memperkukuh perjuangan ini. Saya menghadapi saat yang cukup mencabar dan menegangkan hati, namun saya tetap bangkit dan meneruskan perjuangan semula dengan semangat dan komitmen yang lebih utuh.

Jika ada yang percaya terdapat kelemahan dalam sistem, ingat bahawa akan ada pilihan parti lagi dalam tiga tahun, yang hanya kira-kira seribu hari lagi. Kita sentiasa boleh menangani kelemahan itu dalam pemilihan akan datang. Tetapi kerosakan yang disebabkan oleh ketidakharmonian dalam parti dan serangan peribadi tidak dapat diperbaiki dengan mudah

Dengan sepenuh jiwa, saya merayu: marilah kita kembali kepada asas perjuangan. Bersatulah, dan buktikan bahawa Keadilan masih utuh, masih kuat, dan masih menjadi sinar buat masa depan negara tercinta.

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/pemilihan-pkr-calon-mpp-merayu-agar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Bukan Hanya Untuk Pru 16 Tetapi Parti Perlu Cari Jalan Agar Pkr Terus Hidup Dan Menjadi Lebih Kukuh

Pemilihan Bukan Hanya Untuk Pru 16 Tetapi Parti Perlu Cari Jalan Agar Pkr Terus Hidup Dan Menjadi Lebih Kukuh

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 153 hits
KUANTAN Pemilihan pimpinan pusat Parti Keadilan Rakyat bukan semata mata untuk pilihan raya umum akan datang tetapi supaya parti itu mampu terus hidup dan menjadi lebih kukuh Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah A
Ahli Amanah Dinasihat Tidak Campuri Proses Pemilihan Pkr

Ahli Amanah Dinasihat Tidak Campuri Proses Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 17/5/2025 - jumlah : 128 hits
HarapandailyMay 17 2025Ahli Parti Amanah Negara dinasihatkan agar tidak membuat sebarang komen atau pandangan secara terbuka berkaitan Pemilihan PKR 2025 yang sedang berlangsung Setiausaha Agungnya Muhammad Faiz Fadzil berkata larangan itu ...
Anwar Minta Pkr Beri Ruang Sehingga Temui Calon Kp Sprm Lagi Berani

Anwar Minta Pkr Beri Ruang Sehingga Temui Calon Kp Sprm Lagi Berani

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 137 hits
Anwar Ibrahim yang juga perdana menteri berkata beliau maklum teguran berhubung Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki Presiden PKR Anwar Ibrahim minta partinya beri ruang dan sokongan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada masa ini JOHOR B...
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

papar berkaitan - pada 18/5/2025 - jumlah : 228 hits
Pemuda PKR merayu agar Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mempertimbangkan semula keputusannya untuk tidak merasmikan Kongres Nasional sayap Pemuda dan Wanita PKR yang dijadualkan pada 22 Mei ini Menurut Ketua Pemuda PKR Adam Adli mereka su...
Pada Awalnya Biro Politik Pkr Setuju Tiada Pemilihan Tahun Ini

Pada Awalnya Biro Politik Pkr Setuju Tiada Pemilihan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 141 hits
Rafizi Ramli mendakwa perancangan asal mengadakan pemilihan selepas PRU diubah untuk membawa bakat baharu Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa bahawa biro politik parti itu pada asalnya telah bersetuju untuk tidak mengadakan pemiliha...
Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

Pemilihan Pkr Tak Puas Hati Lepas Kalah Rafizi Ramli Nak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 194 hits
Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli dilaporkan telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan susulan rasa tidak puas hati terhadap proses pemilihan parti yang dianggap bermasalah Menurut laporan Mala...
Pemilihan Pkr Rafizi Lancar Jelajah Hiruk Bersama Pasukan

Pemilihan Pkr Rafizi Lancar Jelajah Hiruk Bersama Pasukan

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 155 hits
Pasukannya termasuk dua ahli Jemaah Menteri seorang menteri besar serta bekas exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad Chang Lih Kang Aminuddin Harun dan Rodziah Ismail antara pemimpin dalam pasukan Rafizi Ramli untuk pemilihan PKR PETALING JAYA R...
Fahmi Adam Adli Altimet Antara 20 Ahli Baharu Mpp Pkr

Fahmi Adam Adli Altimet Antara 20 Ahli Baharu Mpp Pkr

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 155 hits
KUALA LUMPUR 24 Mei 2025 Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim tersenarai antara 20 individu yang terpilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat bagi penggal 202
Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

Kalau Ada Dua Tempat Timbalan Presiden Pkr Dua Dua Saya Sokong Anwar Puji Calon Layak

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 169 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat supaya tidak memberi komen melampau terhadap calon yang bertanding dalam pemilihan parti sehingga boleh menyebabkan perpecahan Beliau berkata sem...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

From Startup To Unicorn Status

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

Drama Pasca Kau Pergi

Selesai Urusan Pasport


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How To Encourage Siblings To Play Together Nicely

Spend Time Dengan Cousin Kat Jumptopia Space Warriors Paradigm Mall Jb

Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up