Pemilihan Bersatu Separuh Calon Bakal Dilucut Keahlian


Lebih separuh daripada keseluruhan 404 calon yang bertanding bagi beberapa jawatan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini berdepan dengan tindakan dilucutkan keahlian serta-merta pada minggu hadapan.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata, tindakan tegas itu diambil kerana mereka didapati terlibat dengan kumpulan ‘Blackout’ yang merupakan gerakan menjatuhkan parti dengan menjadi penyokong kuat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, pengumuman itu dijangka dibuat Lembaga Disiplin Bersatu selepas mesyuarat MPT Bersatu pada Selasa ini, sekali dengan keputusan perlucutan keahlian secara automatik ratusan ahli parti itu di peringkat akar umbi.
“Selesai mesyuarat MPT Bersatu itu nanti, terdapat senarai nama ahli yang akan dilucutkan keahlian secara automatik tanpa perlu melalui perbicaraan Lembaga Disiplin parti.
“Jumlah senarai nama berkenaan mencecah ratusan orang, bahkan lebih separuh daripada mereka yang dikenal pasti terlibat dengan puak ‘Blackout’ itu turut menjadi calon bagi bertanding jawatan tertinggi parti termasuk sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi.
“Dengan terlucutnya keahlian mereka, maka status pencalonan mereka pada pemilihan parti juga akan tergugur secara automatik,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Berdasarkan semakan senarai nama calon layak bertanding dalam pemilihan Bersatu yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) kelmarin, sejumlah 404 pemimpin dijangka merebut kesemua jawatan tertinggi parti termasuk sayap parti seperti Armada dan Srikandi.
Sementara itu, Muhammad Faiz berkata, Lembaga Disiplin parti mempunyai asas untuk memecat semua ahli yang terlibat dengan kumpulan ‘Blackout’ secara automatik tanpa melalui perbicaraan terlebih dahulu.
Ini kerana, katanya, Jawatankuasa Khas Sementara Tindakan Disiplin parti sudah membantu menyediakan kesemua laporan berserta bukti lengkap pelanggaran disiplin ahli-ahli berkenaan untuk diserahkan kepada Lembaga Disiplin parti.
“Jawatankuasa khas sementara itu sememangnya ditugaskan untuk membantu Lembaga Disiplin parti sejak bermulanya kontroversi perlucutan keahlian serta-merta Dr Mahathir bersama lima pemimpin utama parti itu pada awal bulan lalu kerana menyokong blok pembangkang.
“Sepatutnya pengumuman itu dilakukan hari ini (semalam) tetapi keputusan itu akhirnya ditunda kerana ramai ahli MPT mahukan perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat parti terlebih dahulu,” katanya.
Muhammad Faiz turut mendedahkan Jawatankuasa Khas Sementara Tindakan Disiplin parti sudah mengenal pasti lebih ramai ahli akar umbi yang terbabit dengan ‘Blackout’ namun tindakan disiplin tidak dapat diambil terhadap mereka kerana kekurangan bukti sahih.
Di sebalik perkembangan mengejutkan itu, Muhammad Faiz berkata, beliau masih yakin lebih 300,000 ahli akar umbi parti itu masih menyokong kepimpinan Muhyiddin sebagai Presiden dan Pemangku Pengerusi parti itu bagi mengemudi Bersatu ke arah lebih baik.
“Dakwaan mengatakan ramai ahli akar umbi Bersatu akan meninggalkan parti untuk menyokong fraksi Dr Mahathir tidak betul, sebaliknya perkara itu sekadar digembar-gembur oleh kebanyakan cybertrooper parti yang fanatik kepada Dr Mahathir.
“Kelompok cybertrooper ini memang diakui banyak mengawal grup halaman rasmi parti sebelum ini, tetapi hakikat sebenar adalah majoriti ahli biasa parti ramai yang pro Muhyiddin,” katanya.
Sinar
The post Pemilihan Bersatu: Separuh calon bakal dilucut keahlian appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/19/pemilihan-bersatu-separuh-calon-bakal-dilucut-keahlian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Slim Umno Akan Letak Calon Yakin Pas Dan Bersatu Bagi Laluan

Prk Slim Umno Akan Letak Calon Yakin Pas Dan Bersatu Bagi Laluan

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 313 hits
Umno yakin rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional akan memberi laluan kepada BN untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Slim Anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata kerusi berkenaan secara tradisinya milik Umno d...
Gugur Calon Blackout Tanding Pemilihan Tak Sah Kata Tun M

Gugur Calon Blackout Tanding Pemilihan Tak Sah Kata Tun M

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 355 hits
Pengguguran calon daripada kumpulan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Blackout yang bertanding pada pemilihan parti dibuat tanpa mengikut perlembagaan parti itu kata bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata pengguguran it...
Gong Yoo Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam Siri Netflix Squid Game

Gong Yoo Bakal Buat Kemunculan Istimewa Dalam Siri Netflix Squid Game

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 531 hits
Rindunya nak tengok Gong Yoo beraksi di hadapan kaca televisyen Selepas meninggalkan penonton seronok dengan drama popular Goblin lelaki itu masih lagi belum memilih drama baru untuk diterajui Bagi mengubati rindu peminat agensi naungan Gon...
Pkr Bakal Rebah

Pkr Bakal Rebah

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 257 hits
Menunggu untuk rebah ke bumi Itulah satu ungkapan tepat bagi sebuah parti yang suatu ketika dulu begitu gah dengan laungan reformasi Namun kini ianya sepi bahkan lebih teruk menunggu masa untuk tersungkur selepas semakin ramai pemimpin dan ...
12 Finalis Ratu Hijabista Diperkenalkan Bakal Lahirkan Ikon Wanita Moden Berhijab

12 Finalis Ratu Hijabista Diperkenalkan Bakal Lahirkan Ikon Wanita Moden Berhijab

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 318 hits
Pertama seumpamanya di Malaysia Astro menerusi kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan Nu Ideaktiv Sdn Bhd bakal menganjurkan pertandingan realiti Ratu Hijabista bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh me...
Nvidia Mungkin Membeli Arm Dan Ia Bakal Menggegar Industri

Nvidia Mungkin Membeli Arm Dan Ia Bakal Menggegar Industri

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 381 hits
Nvidia dilaporkan mengadakan perbincangan mengenai pengambilalihan ARM Kesepakatan akan menjadikan Nvidia sebagai pusat kuasa di dunia pengkomputeran Seperti yang telah diketahui semenjak kebangkitan kebangkitan Ryzen 7 Intel dan Nvidia mul...
Presiden Pks Sebut Bakal Usung Idris Di Pilkada Depok Diduetkan Dengan Kader

Presiden Pks Sebut Bakal Usung Idris Di Pilkada Depok Diduetkan Dengan Kader

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 228 hits
Presiden PKS Sohibul Iman mengatakan pihaknya akan mengusung petahana Mohammad Idris di Pilkada Depok Namun kepastiannya akan diumumkan oleh DPD PKS Depok
Zahid Tiba Di Sabah Kerajaan Baru Bakal Terbentuk

Zahid Tiba Di Sabah Kerajaan Baru Bakal Terbentuk

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 342 hits
Sumber politik Sabah baru baru ini memberitahu bahawa kerajaan baru di Sabah bakal terbentuk pada hujung minggu ini Baca di sini Zahid telah selamat mendarat di Kota Kinabalu sebentar tadi dan disambut oleh Ketua Umno Sabah Bung Mokhtar dan...
Degil Tidak Mahu Pakai Pelitup Muka Ini Yang Bakal Anda Hadapi

Degil Tidak Mahu Pakai Pelitup Muka Ini Yang Bakal Anda Hadapi

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 841 hits
Foto FacebookOrang ramai boleh didenda RM1 000 di bawah Akta 342 sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan katanya pada sidang media perk...
Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told

Ai And Ethics Can Help Stop Online Harassment

Hati Hati Inilah Dosa Besar Takhbib Merusak Hubungan Suami Istri Yang Wajib Anda Tahu

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Indonesia Begins Cloud Seeding To Fight Riau Fires As Haze Drifts Into Malaysia

Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mitsui Outlet Park Klia Sepang Meraikan Ulangtahun Ke 10 Dengan Bergaya

10 000 Pengunjung Memeriahkan Konsert Ulang Tahun Ke 20 Mr D I Y Yang Penuh Gemerlapan

Petua Rawatan Tradisional Untuk Sawan

Totiq Batch 4 Bermula Dari Peserta Ke Urusetia

Beruntungnya Jadi Kaki Masjid

Cara Buat Jeruk Kulit Cempedak Atau Mandai Paling Sedap Goreng Tumis