Pemikiran Bahaya Presiden Pas Kepada Umat Islam


 
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini memberi pesanan khusus kepada bakal jemaah haji dan umrah dengan mengingatkan mereka terhadap kewajipan mengundi dalam pilihan raya.
Ia dibuat tidak sampai lima minggu selepas PRU ke-15, dan menjelang pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) di beberapa negeri yang tidak dibubarkan baru-baru ini.
Memulakan catatannya dengan memetik ayat al-Quran mengenai amaran seksaan terhadap orang Islam yang enggan “berjuang” serta kemungkinan mereka akan digantikan dengan kaum yang lain, Abdul Hadi berkata Rasulullah SAW mendahulukan asas memelihara agama dengan menjadikan ia satu kewajipan.
“Apabila Islam dalam keadaan bahaya, maka hukum jihad yang asalnya fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain dan hendaklah diutamakan.
“Sehinggakan, para huffaz (penghafaz al-Quran) dalam kalangan para sahabat ramai yang gugur syahid apabila berlaku peristiwa riddah (murtad) yang mengepung Islam ketika wafatnya Rasulullah SAW,” katanya hari ini.
Ahli parlimen Marang itu juga memetik pandangan ulama India, Maulana Abu al-Hasan Ali al-Nadawi yang menyatakan umat Islam menghadapi suasana kemurtadan ekoran “serangan pemikiran zaman penjajah yang menjatuhkan kerajaan Islam yang berdaulat melindungi agama Islam, dakwah dan umatnya.”
Justeru, kata Abdul Hadi, perjuangan “mengembalikan semula kuasa Islam” mesti diletakkan sebagai keutamaan.
Menjelaskan pandangannya lebih lanjut, bekas duta khas bertaraf menteri itu memetik pula surat ulama hadis, Abdullah al-Mubarak kepada sahabatnya, Fudhail ‘Iyadh yang ketika itu berada di Mekah.
Abdul Hadi antara lain memetik kandungan surat Abdullah itu dengan kata-kata: “Wahai orang yang sedang beribadat di dua Tanah Haram (Mekah dan Madinah), ketahuilah engkau hanya bermain-main dalam ibadat itu” dan “Orang yang pipinya berlumuran air mata khusyuk beribadat. Ketahuilah bahawa leher kami berlumuran darah berjuang.”
Abdul Hadi juga memetik beberapa nama ulama Nusantara untuk menguatkan hujahnya. Antara nama yang dipetik ialah Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dan Syeikh Daud al-Fatani.
Tambah Abdul Hadi, negara umat Islam dimerdekakan oleh penjajah dengan fahaman politik dipisahkan daripada agama dan ideologi sekularisme itu disuburkan dalam pemikiran Muslim yang “jahil agama” walaupun kuat beribadat.
“Pada masa yang sama, mereka merosakkan agama dan menyerah diri kepada musuh Islam,” katanya.
Tambah bekas menteri besar Terengganu itu lagi, Islam mendahulukan pendekatan damai, justeru melalui amalan demokrasi diterima oleh ulama dan pemimpin Islam walaupun ia terpaksa dihadapi dengan “banyak halangan dan tipu daya”.
Menurut Abdul Hadi, pendekatan damai melalui konsep demokrasi wajib diambil peluang oleh setiap oran Islam secara fardu ain kerana pilihan raya dan mengundi merupakan jalan mendapatkan kuasa pemerintahan Islam.
“Kira-kira 98 peratus orang bukan Islam dari seluruh negara dan pelusuk dunia yang jauh dikerah untuk mara mengundi bagi mendapatkan kuasa dalam tanah air kita ini dengan menyokong DAP dan kumpulannya yang menjadi wadah perjuangannya, walaupun mereka mengeluarkan belanja sendiri.
“Malangnya, orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60 peratus. (Ini) menunjukkan orang Islam yang tidak menunaikan kewajipan mengundi walaupun alasannya kerana ibadat haji dan umrah, malah ada yang menunggu upah duit dan sebagainya.
“Keadaan ini (dibimbangi) mereka itu melakukan dosa besar kerana telah melanggar perintah Allah SWT yang dinyatakan oleh Rasulullah,” katanya sambil memetik ayat 15 dan 16 surah al-Anfal.
Ayat itu bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang mara menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur). Sesiapa yang membelakangi mereka (mundur) pada waktu itu, kecuali berbelok untuk (menyiasat dalam) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan daripada Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahanam. Dan amat buruklah tempat kembalinya.
Kata Abdul Hadi, jika tugas “memenangkan dan mempertahankan Islam” secara jalan damai melalui mengundi pun tidak ditunaikan oleh jemaah umrah dan bakal haji, maka kesan akibat tindakan mereka itu pasti akan lebih parah.
Malaysia mengadakan PRU ke-15 pada 19 Nov lalu. Bagaimanapun tidak seperti selalu, bukan semua negeri membubarkan dewan undangan negeri (DUN) masing-masing.
Selain pemilihan di peringkat kawasan parlimen di seluruh negara, hanya Perlis, Pahang dan Perak membubarkan DUN mereka.
Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu dijangka membubarkan DUN masing-masing pada suku pertama tahun depan. Ia memungkinkan PRN dijalankan semasa musim haji 2023.
Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor sudah mengadakan PRN sebelum ini, masing-masing pada 26 Sept 2020, 20 Nov 2021, 20 Dis 2021 dan 12 Mac 2022.
Umat Islam yang terpilih mengerjakan haji pada musim akan datang dijangka mula berangkat ke Tanah Suci pada hujung Mei tahun depan.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/12/pemikiran-bahaya-presiden-pas-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Motif Kenyataan Adu Domba Bukan Melayu Bukan Islam Presiden Pas

Apa Motif Kenyataan Adu Domba Bukan Melayu Bukan Islam Presiden Pas

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 122 hits
K PRAGALATHKenyataan adu domba Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang kebelakangan ini seolah olah mahu mengekalkan suhu panas politik negara biar pun Pilihan Raya Umum ke 15 telah lebih sebulan berlalu Seorang penganalisa politik profesor p...
Pendakwah Saran Umat Islam Belajar Mandarin Kembali Kepada Asya Irah

Pendakwah Saran Umat Islam Belajar Mandarin Kembali Kepada Asya Irah

papar berkaitan - pada 12/12/2022 - jumlah : 172 hits
malaysiakini comJika Anwar Ibrahim ingin dikenang sebagai tokoh perpaduan perdana menteri wajar mengenal pasti isu isu yang menjadi punca perbalahan sesama umat Islam dan antara kaum Pendakwah bebas Engku Ahmad Fadzil Engku Ali berkata anta...
Orang Ramai Sekolahkan Presiden Pas

Orang Ramai Sekolahkan Presiden Pas

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 101 hits
FAZLI RADZIOrang ramai dilihat tampil sekolahkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang susulan dakwaan Presiden Pas antara lain kononnya wujud kumpulan penyokong pembentukan kerajaan ketika ini yang berpaksi kepada perjuangan ideologi pragmatik yang ...
Pengkisahan Kronologi Penuh Krisis Kepimpinan Negara Selepas Pru14 Sehingga Pru15 Oleh Presiden Pas

Pengkisahan Kronologi Penuh Krisis Kepimpinan Negara Selepas Pru14 Sehingga Pru15 Oleh Presiden Pas

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 134 hits
Presiden PAS Tan Sri Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menceritakan secara penuh kronologi satu per satu bermula daripada peristiwa sejurus sebelum perletakan jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke 7 Bermula dari kejatuhan ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin