Pemerintahan Tersingkat Malaysia Turun Naik Kerajaan Ph




Tumbangnya pentadbiran Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini merupakan kerajaan paling singkat sejak negara mencapai kemerdekaan, namun pentadbirannya selama 21 bulan mungkin salah satu peristiwa paling penting dalam sejarah politik Malaysia.
Selain rekodnya sebagai kerajaan persekutuan pertama yang gagal menyempurnakan mandat 5 tahun, terdapat rekod lain, termasuk pelantikan wanita pertama sebagai timbalan perdana menteri.
Umur undi minimum
Terdapat sokongan sebulat suara dari ahli politik semua parti berhubung langkah PH menurunkan usia pengundian dari 21 kepada 18 tahun, memberi peluang kepada berjuta-juta rakyat memilih kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
Dianggarkan sejumlah 7.8 juta pengundi tambahan akan mengundi pada pilihan raya umum pada 2023.
Udara bersih
Larangan merokok di kawasan awam, terutama di restoran terbuka oleh kerajaan PH adalah antara dasar yang disambut baik aktivis masyarakat dan kesihatan.
Tangkapan berprofil tinggi
Antara janji yang dipenuhi PH adalah penahanan bekas pemimpin kerajaan. Dua bekas pemimpin tertinggi, Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi, kini berdepan beberapa kesalahan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan berbilion ringgit.
Kuasa PM
Kuasa perdana menteri diteliti pembangkang dan kumpulan masyarakat sivil. Dalam usaha menunjukkan komitmennya mereformasi pejabat tertinggi, PH melarang perdana menteri memegang portfolio Kabinet lain – bertentangan dengan pentadbiran lalu di mana PM juga mengetuai Kementerian Kewangan.
Kebebasan media
Sementara portal bebas atas talian berkembang di bawah kerajaan Barisan Nasional, akhbar arus perdana kelihatan lebih lantang dalam penulisan artikel yang mengkritik pemimpin kerajaan.
Terdapat akses yang lebih besar kepada majlis rasmi kerajaan untuk akhbar online, di mana pemberita dibenarkan mengemukakan soalan “pedas” kepada pemimpin.
Pusingan U
Kegagalan PH berkisar tentang ketidakupayaannya memenuhi janji pilihan raya, termasuk janji ia akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas berkuasa. Ini termasuk menghapuskan undang-undang drakonian dan hutang pinjaman pelajaran serta hutang yang ditanggung peneroka Felda. PH juga memungkiri janjinya dengan membenarkan pelantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan, agensi dan majlis tempatan.
Masalah PR?
Salah satu kelemahan terbesar PH adalah keupayaannya menangani krisis.
Langkahnya memperkenalkan Jawi dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia dilanda kekeliruan, menghasilkan kenyataan saling bertentangan dari pemimpin kerajaan dan menteri. Ia berlaku di tengah-tengah tekanan untuk mempercepat pembaharuan dalam bidang pendidikan. Kontroversi itu berakhir dengan peletakan jawatan Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan, di mana jawatannya diambil Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir Mohamad mengkritik konflik India Kashmir, mendorong kepada gesaan boikot produk Malaysia.
Kenyataan Mahathir berhubung konflik India Kashmir serta isu domestik lain juga mencetuskan gesaan memboikot produk Malaysia, ketika Malaysia sedang mempromosikan minyak kelapa sawit di tengah-tengah boikot negara Barat.
Kerajaan juga dikritik kerana tidak menyerahkan penceramah kontroversi India, Dr Zakir Naik walaupun New Delhi berulang kali membuat permintaan.
Jualan aset
Bekas perdana menteri Najib muncul sebagai pengkritik paling berani terhadap langkah kerajaan PH menjual aset yang dimiliki institusi kerajaan, terutamanya Khazanah Nasional.
Ini termasuk pembelian 16% saham IHH Healthcare untuk pelaburan RM8.4 bilion oleh Mitsui yang berpangkalan di Jepun. Najib mendakwa nilai aset Khazanah menurun kepada RM73 bilion tahun lalu berbanding RM116 bilion pada 2 tahun sebelum itu.
Bercanggah polisi
Pemimpin kerajaan PH juga gagal bertindak berhubung isu utama. Contoh yang paling menyerlah ialah Lynas Malaysia. Terdapat percanggahan pendapat yang jelas dalam kalangan anggota Kabinet mengenai sama ada loji nadir bumi harus dibenarkan meneruskan operasi kerana kebimbangan terhadap sisa berbahaya. Ia menerima sambungan lesen operasi selama 3 tahun selepas kerajaan persekutuan tumbang minggu lalu.
Daripada perbalahan mengenai perkara dasar untuk menekan Mahathir memberi laluan kepada presiden PKR, Anwar, musuh PH melihat ini sebagai peluang untuk mereka membuat kemunculan semula, walaupun ia bermakna mereka terpaksa bekerjasama dengan musuh.
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/03/03/pemerintahan-tersingkat-malaysia-turun-naik-kerajaan-ph/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pemerintahan-tersingkat-malaysia-turun-naik-kerajaan-ph

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Naik Pentas Pakai Baju Shell Big Boss Shell Malaysia Turun Padang Amp Titip Hadiah

Naik Pentas Pakai Baju Shell Big Boss Shell Malaysia Turun Padang Amp Titip Hadiah

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 1261 hits
Semalam tular di media sosial mengenai seorang remaja yang dikenali sebagai Amir dengan bangganya diumumkan antara pelajar yang memperolehi keputusan SPM dengan mengenggam 5A Lebih menarik perhatian remaja ini dilihat naik ke pentas untuk m...
Kadir Kerajaan Perpaduan Jadikan Malaysia Lebih Demokratik

Kadir Kerajaan Perpaduan Jadikan Malaysia Lebih Demokratik

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 354 hits
Datuk A Kadir Jasin berkata kerajaan perpaduan boleh menjadikan Malaysia lebih demokratik Foto BernamaKUALA LUMPUR 28 Feb Kerajaan perpaduan yang dicadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bermaksud perdana menteri sementara mahu menjadi dik...
Benarkan Harga Minyak Turun Kerana Kerajaan Pn

Benarkan Harga Minyak Turun Kerana Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 375 hits
Pada hari Jumaat 6hb Mac yang lalu Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan mengumumkan penurunan secara drastik harga runcit petrol RON95 RON97 dan juga Diesel Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada hari tersebut mengumumkan harga...
Hidu Perubahan Bakal Berlaku Agamawan Malaysia Titip Pesan Buat Kerajaan Baru

Hidu Perubahan Bakal Berlaku Agamawan Malaysia Titip Pesan Buat Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 509 hits
Hari ini sebuk perkatakan mengenai peralihan kuasa dalam kerajaan Pakatan Harapan ketika ini dan tambahan lagi dengan kejutan beberapa parti sibuk mengadakan mesyuarat di beberapa lokasi Malah disaat ini satu Malaysia masih lagi berteka tek...
Perkembangan Terkini Politik Malaysia Pembentukan Kerajaan Baru 2020

Perkembangan Terkini Politik Malaysia Pembentukan Kerajaan Baru 2020

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 733 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 29 Februari 2020 jam 05 22 PM Malaysia telah digemparkan lg dgn berita terkini mengenai politik
Selamatkan Malaysia Tamatkan Pemerintahan Rasis Ekstremis Radikal

Selamatkan Malaysia Tamatkan Pemerintahan Rasis Ekstremis Radikal

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 234 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Tak timbul isu kerajaan pintu depan atau belakang asal ikut PerlembagaanBANGI Desas desus berhubung kemungkinan pengaturan semula landskap politik negara dilihat sebagai satu perkembangan positif dengan harapan perub...
Ringkasan Apa Yang Telah Berlaku Kepada Kerajaan Malaysia Sekarang

Ringkasan Apa Yang Telah Berlaku Kepada Kerajaan Malaysia Sekarang

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 448 hits
Foto Bernama Berlaku mesyuarat tertutup gabungan Muafakat Nasional bersama beberapa pemimpin PH di Sheraton Hotel Menjadi tanda tanya kepada seluruh pemimpin kerajaan tentang apa yang telah berlaku Dikatakan terdapat usaha untuk menubuhkan ...
Berita Terkini Kerajaan Baru Malaysia 2020

Berita Terkini Kerajaan Baru Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 1376 hits
SOURCE appeared first on Berita terkini Kerajaan Baru Malaysia 2020 selepas Tun Mahathir jumpa Ahong Sebenarnya apa yang berlaku dikala tampak tenang di Malaysia pada hujung minggu yang lalu rakyat Malaysia sibuk dengan keluarga masing masi...
Kerajaan Malaysia Celaka Patut Di Naikan Taraf Laluan Khas Kenderaan Berat Di Lebuhraya

Kerajaan Malaysia Celaka Patut Di Naikan Taraf Laluan Khas Kenderaan Berat Di Lebuhraya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 302 hits
Saya sebagai rakyat malaysia yang berkerturunan thai memberi cadangan saya kepada kerajaan malaysia celaka ini supaya lebuhraya patut di naikan taraf laluan khas untuk kenderaan berat seperti lori bas dan jentera berat boleh melalui laluan ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan