Pemerintahan Dan Agama Kembar Tak Boleh Dipisahkan


harakahdaily.net
February 12, 2025

Kerana itu garis panduan agama mesti dilaksanakan


KUALA TERENGGANU: Kepentingan pemerintahan dalam mendaulatkan syariat Islam adalah tuntutan yang tidak boleh disangkal bagi memastikan kepentingan umat Islam dan agama lain terus terpelihara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, kekuasaan yang dimiliki perlu dimanfaatkan bagi menegakkan garis panduan Islam dalam kehidupan masyarakat.

“Apalah gunanya jika mempunyai kuasa, tetapi untuk meletakkan garis panduan terhadap orang Islam itu sendiri pun tak mampu.

“Maka usah dikesali jika suatu hari nanti ikatan solat akan dirungkai seperti yang disebut oleh Nabi SAW, sehinggakan, umat Islam harus meminta ‘keizinan’ untuk melaksanakannya.

“Kerana dengan Islam sahajalah yang dapat menyatukan seluruh bangsa dan agama yang telah dibuktikan dalam lipatan sejarah dunia yang panjang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengaitkan kepentingan pemerintahan Islam dengan sejarah Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil Aqsa di Palestin, dua lokasi suci yang menjadi rebutan kuasa sejak berzaman.

“Tercatat di dalam sejarah bahawa kedua-dua tempat tersebut mempunyai ceritera tersendiri dan berbeza. Tempat yang menjadi rebutan kuasa dan pemerintahan sejak berzaman.

“Masjidil Aqsa secara khususnya mula dimasuki oleh umat Islam dalam peperangan di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Thalut berlawan dengan Jalut yang akhirnya berjaya dikalahkan oleh tentera Islam.

“Setelah itu diangkat Nabi Daud AS menjadi raja yang memerintah bumi Palestin dengan Islam yang disyariatkan oleh Allah SWT. Begitulah seterusnya selepas itu bersilih ganti tampuk pemerintahan tersebut sehingga ke hari ini,” katanya.

Mengulas lanjut Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu itu berkata, sejarah telah membuktikan bahawa bumi Palestin menjadi rebutan kuasa, sehingga memperlihatkan sisi gelap umat dan bangsa yang menguasainya.

“Apabila Yahudi dan Nasrani menguasai bumi tersebut, mereka telah melakukan kerosakan serta tidak membenarkan agama lain untuk beribadat sehingga rumah-rumah ibadat agama lain dirobohkan.

“Setelah Islam datang dan membuka tanah tersebut, maka Islam membenarkan semua agama melakukan penyembahan masing-masing tanpa diganggu-gugat keharmonian dan perpaduan sejagat.

“Hal ini menggambarkan pertalian penting antara pemerintahan dalam sesebuah masyarakat dengan akidah dan kepercayaan mereka,” katanya.

Fadhli turut mengingatkan berkenaan sabda Rasulullah SAW yang memberi amaran bahawa prinsip-prinsip Islam akan dirungkai satu persatu, bermula dengan kekuasaan dan berakhir dengan solat.

“Ikatan-ikatan (prinsip) Islam akan terungkai satu persatu, setiap kali satu ikatan dirungkai orang-orang bergantungan pada ikatan selanjutnya. Yang pertama akan dirungkai adalah Al-Hukm (kekuasaan atau pemerintahan) dan yang terakhir adalah solat,” sabda baginda.

Beliau memetik kata-kata Imam Al-Ghazali yang menyatakan bahawa pemerintahan dan agama adalah ibarat kembar, di mana agama menjadi asas dan pemerintah bertindak sebagai penjaga.

“Raja dan agama ibarat kembar. Maka agama itu asal (asas) dan raja itu penjaga. Dan apa-apa yang tiada asal baginya nescaya akan hancur. Dan apa-apa yang tiada penjaga baginya nescaya akan hilang (binasa).

“Oleh itu, kepentingan menguasai pemerintahan yang mendaulatkan syariat Islam adalah sebahagian daripada tuntutan dan kewajipan yang tidak boleh disangkal lagi.

“Ianya bagi memastikan kepentingan Islam dan umat Islam terus terpelihara termasuklah agama-agama yang lain,” katanya. 
– HARAKAHDAILY 12/2/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/pemerintahan-dan-agama-kembar-tak-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Agama Mana Yang Boleh Sahkan

Majlis Agama Mana Yang Boleh Sahkan

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 174 hits
Rougf Ab Man Mohon PENCHERAHAN majlis Fatwa mana yang mengesahkanAndai Sikap Ulama yang ingin memecah belah kan Ummah Makanya adalah wajar Menolak kefahaman Mubafiqin Nauzubillah min zaliq Qhalla Bawak mai tunjuk hadisCukup dengan kita SEDA...
Mereka Saja Yang Paham Agama Orang Lain Tak Paham Tu Lah Pas Mereka Buat Tak Apa Orang Lain Tak Boleh

Mereka Saja Yang Paham Agama Orang Lain Tak Paham Tu Lah Pas Mereka Buat Tak Apa Orang Lain Tak Boleh

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 160 hits
Kalau tak mainkan isu agama memanglah yang boleh dibawa oleh lebai Sebab otak mereka tu semua kelabu dan Dalam kes bagi muslim untuk sertai acara orang bukan Islam PMX telah beri Garis panduan boleh ada tapi tak sampai menjadi dasar Cukup s...
Simpan Buat Apa Belambak Lagi Anak Muda Boleh Bekerja Di Jabatan Agama

Simpan Buat Apa Belambak Lagi Anak Muda Boleh Bekerja Di Jabatan Agama

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 143 hits
RMS Walaun ramai dalam Jabatan Agama kena bersihkan semua anasir perosak dalam semua institusi Islam di peringkat pusat dan negeri
Ramai Tak Tahu Daun Ini Boleh Bantu Stabilkan Gula Kolesterol Balam Badan

Ramai Tak Tahu Daun Ini Boleh Bantu Stabilkan Gula Kolesterol Balam Badan

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 257 hits
Kesihatan adalah aset paling berharga dalam hidup Ramai yang hanya mula mengambil berat tentang kesihatan selepas mengalami masalah seperti kolesterol tinggi diabetes gout dan sakit sendi Antara punca utama penyakit ini adalah gaya hidup ti...
Pembantu Rumah Kikis Harta Majikan Hingga Boleh Beli Kereta

Pembantu Rumah Kikis Harta Majikan Hingga Boleh Beli Kereta

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 165 hits
AgensiJakarta Seorang pembantu rumah Indonesia mengikis harta majikannya selama bertahun hingga mampu membeli kereta dan dihadiahkan kepada rakan sejenayahnya Wanita itu juga didakwa mengirimkan wang kepada keluarganya hasil jenayah terbabi...
Nak Jadi Pm Tepi Boleh Saja

Nak Jadi Pm Tepi Boleh Saja

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 183 hits
Nur Ryasya Penganalisa ini sedang menempah jalan ke neraka
Hiburan Boleh Ke Ammar Nazhan Dikenakan Tindakan Bila Balik Malaysia Ini Penjelasan Peguam Pdrm Boleh Siasat Kalau

Hiburan Boleh Ke Ammar Nazhan Dikenakan Tindakan Bila Balik Malaysia Ini Penjelasan Peguam Pdrm Boleh Siasat Kalau

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 214 hits
Peguam Muhammad Aidil Akmal Sharidan menjelaskan bahawa Youtuber Ammar Nazhan dan kumpulannya masih boleh disiasat di Malaysia meskipun kes memalsukan kehilangan rakannya itu berlaku di negara jiran Menurutnya kumpulan terbabit boleh disias...
Minum Cuka Epal Boleh Kurus Fakta Atau Mitos

Minum Cuka Epal Boleh Kurus Fakta Atau Mitos

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 264 hits
Penulis Choong Yee Heng Nur Farah Ezza Binti Mohammad Iskandar Zahara Binti Abdul Manaf Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Akhir akhir ini cuka epal atau Apple Cider Vinegar telah menjadi semakin popular sebagai minuman ...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selepas Setahun Elfira Loy Kongsi Catatan Persediaan Ibadah Haji

Ziarah Dan Solat Di As Salaam Masjid Okachimachi

Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru