Pembukaan Semula Sempadan Singapura Mungkin Bermula Secara Kecil Dan Selektif


Bagi pembukaan semula mana-mana sempadannya, Singapura mungkin akan bermula secara kecil dan selektif, demikian menurut Menteri Kesihatan republik itu Gan Kim Yong.
Gan berkata syarat-syarat pengasingan dan ujian akan diteruskan bagi melindungi republik itu daripada kes import baharu yang membawa kepada penyebaran dalam komuniti.
Beliau berkata demikian dalam Kenyataan Kementerian di Parlimen mengenai kemas kini kedua respons kerajaan secara keseluruhan kepada COVID-19 di sini hari ini.
Gan berkata pelbagai faktor atau indikator akan diteliti dalam mempertimbang pembukaan sempadan yang merupakan sebahagian langkah pemutus rantaian COVID-19 lebih ketat.
“Kami perlu membuat penilaian situasi secara global dan bagi setiap negara, untuk memaklumkan sejauh mana dan pendekatan dalam pembukaan semula sempadan kami.
“Kami akan mengkaji kadar jangkitan di negara lain dan langkah yang mereka ambil bagi membendung penularan wabak itu,” katanya.
Singapura melaporkan kes import pertamanya pada 23 Jan dan daripada jumlah keseluruhan kes yang dicatat setakat Ahad iaitu sebanyak 18,205, Singapura mengenal pasti 579 atau hanya 3.18 peratus sebagai kes import.
Gan berkata angka itu adalah penting namun ia bukan satu-satunya yang dipertimbang sebelum menamatkan langkah pemutus rantaian.
“Kami perlu yakin bahawa jangkitan komuniti secara tempatan telah dapat dibendung atau amat rendah. Kes komuniti hendaklah secara ideal jatuh ke tahap sifar atau satu digit setiap hari, dengan jumlah kes tidak berkaitan yang amat sedikit, dan bukan hanya bagi tempoh sehari sebaliknya berlanjutan bagi jangka masa tertentu.
“Meskipun kami dapat memastikan kes komuniti tempatan berada pada tahap rendah biarpun berdepan jumlah kes yang tinggi dalam kalangan pekerja migran, adalah penting bagi mengurangkan kes pekerja migran dari semasa ke semasa walaupun ia akan memakan masa yang lebih lama,” katanya.
Jika tidak, Singapura akan terus berdepan risiko limpahan jangkitan dari asrama pekerja asing ke dalam kalangan penduduk secara lebih meluas, katanya.
Mengemas kini kadar jangkita dalam kalangan petugas penjagaan kesihatan, Gan berkata berdasarkan siasatan setakat ini, tidak wujud kaitan epidemiologi bahawa mereka dijangkiti ketika bertugas menjaga pesakit.
Setakat 26 April, Gan berkata terdapat 66 kes jangkitan COVID-19 yang disahkan dalam kalangan petugas penjagaan kesihatan dengan 46 kes membabitkan kontak langsung dengan pesakit.
Beberapa rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada 66 kes yang dijangkiti dalam kalangan petugas penjagaan kesihatan di sini.
Merujuk kajian Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NCID) baru-baru ini, Gan berkata ia tidak mengesan sebarang jangkitan masa lampau dalam kalangan sampel petugas penjagaan kesihatan.
“Bagaimanapun, kita tidak boleh leka,” kata menteri itu.
Sumber: BERNAMA
The post Pembukaan Semula Sempadan: Singapura Mungkin Bermula Secara Kecil Dan Selektif appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/04/pembukaan-semula-sempadan-singapura-mungkin-bermula-secara-kecil-dan-selektif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Aktiviti Dilarang Dalam Sop Pembukaan Semula Ekonomi

Senarai Aktiviti Dilarang Dalam Sop Pembukaan Semula Ekonomi

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 348 hits
Senarai aktiviti yang dilarang 1 Hiburan dan riadah Panggung wayang Pusat karoake Taman tema Muzium Busking 2 Perayaan perarakan dan perhimpunan Perarakan keagamaan Aktiviti agama berjemaah di masjid rumah ibadat Sambutan hari ulang tahun p...
Pembukaan Semula Sekolah Dinilai Dalam Tempoh Empat Minggu Ini

Pembukaan Semula Sekolah Dinilai Dalam Tempoh Empat Minggu Ini

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 399 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membuka semula sektor sosial termasuk sekolah selepas menilai situasi semasa dalam tempoh dua sehingga empat minggu ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk...
Menteri Sukan Uk Sokong Epl Disambung Semula Secepat Mungkin

Menteri Sukan Uk Sokong Epl Disambung Semula Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 216 hits
Menteri Kebudayaan Media dan Sukan United Kingdom Oliver Dowden berkata beliau telah membuat perbincangan dengan Liga Perdana Inggeris mengenai sasaran untuk menyambung semula aksi bola sepak di atas padang secepat mungkin Bercakap dalam se...
Malaysia Selidik Cadangan Pembukaan Semula Kedai Gunting Rambut Selepas Munculnya Kluster Baru Di Jepun Dan As

Malaysia Selidik Cadangan Pembukaan Semula Kedai Gunting Rambut Selepas Munculnya Kluster Baru Di Jepun Dan As

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 368 hits
PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kesihatan Dato Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah mengatakan bahawa kerajaan tidak membenarkan kedai gunting rambut dibuka kerana terdapat kumpulan yang terkena jangkitan selepas memotong rambut Kejadian seperti itu t...
Sop Pembukaan Semula Sektor Ekonomi Prime Minister S Office Of Malaysia

Sop Pembukaan Semula Sektor Ekonomi Prime Minister S Office Of Malaysia

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 529 hits
Mulai 4 Mei 2020 Kerajaan Malaysia akan membuka semula ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah langkah yang diambil oleh per...
Sop Pembukaan Semula Ekonomi Mulai 4hb Mei 2020

Sop Pembukaan Semula Ekonomi Mulai 4hb Mei 2020

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 644 hits
Mulai 4 Mei 2020 Kerajaan Malaysia akan membuka semula ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah langkah yang diambil oleh per...
Sop Pembukaan Semula Masjid Surau Telah Dipersembah Kepada Agong

Sop Pembukaan Semula Masjid Surau Telah Dipersembah Kepada Agong

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 296 hits
Banyak juga perkara yang perlu diteliti dan disiapkan sebelum membuka semula Masjid dan Surau yang ditutup sejak 18 March 2020 berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr...
Sop Pembukaan Semula Ekonomi Aktiviti Yang Tak Dibenarkan

Sop Pembukaan Semula Ekonomi Aktiviti Yang Tak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 513 hits
1 Mulai 4 Mei 2020 Kerajaan Malaysia akan membuka semula ekonomi negara dengan membenarkan industri dan aktiviti perniagaan untuk beroperasi secara menyeluruh 2 Kebenaran ini tertakluk kepada persediaan dan langkah langkah yang diambil oleh...
Orang Ramai Dibenar Bergerak Lebih 10km Bermula Hari Ini

Orang Ramai Dibenar Bergerak Lebih 10km Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Orang ramai dibenar untuk bergerak melebihi radius 10 kilometer di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang berkuat kuasa hari ini Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakub berkata peraturan melarang orang ramai untuk bergerak ...
Polis Bentong Buka Kertas Siasatan Aktiviti Memasak Di Stesen Minyak Di Genting Highlands

Uitm Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera Kpt

Akaun Fleksibel Tidak Layak Pengeluaran Ini Sebabnya Cara Atasi

Selamat Hari Guru 2024 Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani

Lirik Lagu Takyah Sonaone

Haziq Rosebi Zuraida Chord

Bantuan Sara Diri Mahasiswa Penuntut Negeri Perak

Unlocking Insights Leveraging The Indonesia Brand Database For Brand Research



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Umur 21 Terlibat Dalam Mesyuarat Penajaan Ukm

Bergenang Air Mata

Hadiah Hari Guru

Deep Bowl Glass Pipes A Versatile Choice For Smoking Concentrates

Beyond The Headlines Unveiling The Hidden Gems Of Sports Statistics

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion