Pembukaan Jdx Presto Concept Store Pada 12 12 Oleh Puc Dan Smuzcity




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian. Baru-baru ini aku berpeluang ke majlis pelancaran dan pembukaan JDX Presto Concept Store di Quill City Mall KL.  JDX Presto Concept Store merupakan sebuah  gedung konsep tanpa tunai terbesar di ASEAN meraikan pembukaan rasminya di Quill City Mall KL hari ini, melambangkan usaha sama antara PUC dan Smuzcity dalam mewujudkan landskap peruncitan tanpa tunai di Malaysia. Jom baca lebih lanjut mengenai JDX Presto Concept Store ini dan aku sempat mengambil beberapa gambar untuk dikongsikan dengan anda

Pembukaan JDX Presto Concept Store pada 12.12 dirasmikan oleh Naib Presiden Kanan Quill City Mall KL, Justin Liew (L-1), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Kumpulan Syarikat Quill, Koong Wai Seng (L-3), Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PUC Berhad, Cheong Chia Chou (L-5), Pengurus Kanan Divisi Bisnes Antarabangsa Bahagian Rantaian Bekalan & Logistik daripada JD Logistics, Gary Sun (L-6), Y.M. Tengku Dato’ Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M. Tengku Azman Shah Alhaj (L-7), Pemangku Pengerusi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), YBhg. Dato’ Mathialakan Chelliah (R-6), Pengasas of Smuzcity Berhad, Kent Lee (R-5),Pengarah Eksekutif Kumpulan bagi Kumpulan Syarikat Quill, Dato’ Ar. Michael Ong (R-3)
JDX Presto Concept Store
JDX Presto Concept Store, gedung konsep tanpa tunai terbesar di ASEAN, meraikan pembukaan rasminya di Quill City Mall KL pada 12 Disember 2019. Kerjasama antara PUC Berhad (“PUC”) dengan Smuzcity Berhad (“Smuzcity”) dalam melancarkan gedung Dalam Talian ke Luar Talian (“O2O”) yang pertama mereka itu melambangkan usaha bersama dalam mewujudkan landskap peruncitan tanpa tunai di Malaysia. 

Berkeluasan sejumlah 50,000 kaki persegi di Aras 3 (Lot 63, 63B dan 72) Quill City Mall KL yang terletak di lokasi strategik, JDX Presto Concept Store menampilkan pelbagai label dan jenama produk yang merangkumi barangan Elektrikal, Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Kelengkapan Rumah, Fesyen dan Makanan & Minuman. Penawaran-penawaran yang berjumlah sebanyak 3,000 Unit Penyimpanan Stok (SKU) ini melibatkan produk daripada J.Zao, serta produk-produk laris dari China dan rantau ASEAN. 
Membeli-belah di gedung berkenaan adalah mudah. Pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR produk pilihan mereka dengan menggunakan aplikasi Presto dan menikmati pengalaman pembayaran mudah melalui eDompet bernama PrestoPay yang terdapat dalam aplikasi berkenaan. Pelanggan kemudiannya dapat memilih sama ada pemungutan barangan daripada gedung atau penghantaran ke pintu rumah untuk kemudahan menerusi sokongan JD Logistics, afiliasi logistik kepada peruncit terbesar China, JD.com.  

Para pelanggan boleh berehat daripada aktiviti membeli-belah mereka dengan menikmati sajian ringan daripada Peti Sejuk Tanpa Kendalian Manusia (JDX Presto Unmanned Fridge) yang berada dalam kafe gedung dan dikuasai dengan teknologi AI dan RFID. Peti Sejuk ini merupakan ciptaan makmal inovasi logistik kepada JD Logistics, JDX. Dengan mengimbas paparan kod QR melalui aplikasi Presto, pelanggan berupaya membuka peti sejuk tersebut dan memilih produk kegemaran mereka. Pembayaran akan ditolak daripada PrestoPay apabila pintu peti sejuk ditutup. 
Seiring dengan pelan kerajaan untuk mencapai masyarakat tanpa tunai di Malaysia, PUC telah mendukung usaha kewangan digital sepenuhnya menerusi usaha-usaha seperti penerapan PrestoPay dan pengenalan kemudahan pembiayaan mikro PrestoPay Credit Financing ke dalam ekosistem berkenaan. Di JDX Presto Concept Store, setiap transaksi tidak melibatkan tunai dan disempurnakan dengan lancar. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PUC Berhad, CHEONG Chia Chou berkata, “Kami dengan bangga telah melancarkan Presto dua tahun lalu dan sejak itu, pasukan kami telah berusaha keras untuk memperkaya Presto dengan pelbagai penawaran digital secara berperingkat-peringkat. Dengan pembukaan rasmi gedung O2O pertama kami, hari ini sememangnya merupakan satu pencapaian penting dalam pengembaraan selama ini. Kami amat teruja untuk menyediakan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menerokai produk dan teknologi inovasi JDX menerusi PrestoMall dan menyempurnakan pengembaraan beli-belah dengan mengunjungi JDX Presto Concept Store atau sebaliknya kerana kami mempercayai bahawa pengalaman bersepadu ini adalah penting bagi pelanggan untuk merasai produk berkaitan bagi membolehkan mereka membuat pilihan, terutamanya kepada golongan yang kurang atau tidak pernah membuat sebarang pembelian dalam talian.”
Cheong menambah, “Simbol Presto diwakili oleh arnab. Pilihan arnab sebagai watak utama disebabkan oleh sifat yang mudah disayangi, kepekaan, keupayaan untuk mengemudi melalui cabaran dan kepantasan melompat, menggambarkan kecenderungan jenama Presto terhadap pertumbuhan. Menerusi pelancaran gedung O2O pertama kami, pelanggan boleh bertemu dan mengambil gambar bersama Presto, menggandakan pengalaman membeli-belah dengan unsur-unsur keseronokan dan interaktif. Barangan bertema Presto juga boleh didapati daripada gedung ini bagi pengemar Presto.”

Pengasas Smuzcity, Kent Lee Kian Yan berkongsi pendapat, “Kami amat berbangga untuk menggunakan teknologi JDX bagi menggandakan kesenangan tanpa tunai kepada pembeli Malaysia melalui aplikasi super tempatan yang bernama Presto.”
“Pernahkah anda membayangkan diri anda membeli barangan di pusat beli-belah tanpa membawa dompet anda? Kini, dengan hanya sebuah telefon pintar di tangan, perjalanan membeli-belah anda boleh bermula. Bersama PUC, kami berdedikasi untuk menambahkan sentuhan inovasi dalam landskap peruncitan, memberikan definisi baharu dan membentukkan pengalaman beli-belah O2O yang unik kepada rakyat Malaysia,” tambah Lee.  
Rakan tuan rumah rasmi, Pengarah Eksekutif Kumpulan bagi Kumpulan Syarikat Quill, Dato’ Ar. Michael Ong berkata, “Pusat beli-belah kami memberikan sokongan sepenuh kepada usaha pembayaran digital yang memanfaatkan kedua-dua pelanggan dan peniaga. Pada Mei lalu, Presto telah menganjurkan Bazar Raya Tanpa Tunai pertama mereka di Quill City Mall KL untuk menggalakkan dan mendidik pengguna untuk membuat pembayaran barangan keperluan Hari Raya mereka tanpa melibatkan wang tunai. Usaha itu telah berjaya dan kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada pengembaraan mereka dalam dunia peruncitan.” 

Naib Presiden Kanan Quill City Mall KL, Justin Liew menambah, “Dengan peralihan Quill City Mall KL ke arah era ‘phygital’, JDX Presto Concept Store yang bertumpu pada infrastruktur teknologi berasaskan pengguna yang melicinkan interaksi antara pengguna dan jenama, amat seiring dengan langkah kami. Oleh sebab itu, kami amat teruja untuk berganding bahu dengan kedua-dua pihak dalam usaha-usaha yang menarik, seperti mengembangkan jenama tempatan ke platform antarabangsa.” 
Bersempena pembukaan rasmi JDX Presto Concept Store, 300 orang pelanggan pertama dapat membuat pembelian barangan SKU terpilih pada harga RM12.12 sahaja, terhad hanya satu item bagi setiap pelanggan. Orang ramai boleh beratur mulai pukul 8 pagi dan pintu akan dibuka kepada orang ramai pada pukul 11 pagi, 12 Disember ini. Melanjutkan sambutan sehingga 15 Disember 2019, pelanggan boleh mencari dan mengimbas kod QR yang terdapat di dalam gedung dan pusat beli-belah untuk memperoleh PrestoPay Credits, yang boleh terus berbelanja dalam gedung dan servis yang terdapat dalam Presto. 




Lima pelanggan yang membelanjakan nilai minimum RM50 dalam gedung tersebut dari 12 Disember 2019 hingga 31 Disember 2019 akan berpeluang untuk memenangi sepasang tiket masuk ke Taman Tema Disneyland Hong Kong masing-masing.  
Jangan lepaskan peluang ke Quill City Mall KL dan menikmati pengalaman beli-belah penuh keunikan pada hari ini! 
Aplikasi Presto boleh dimuat turun menerusi Apple Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut berkenaan Presto, sila layari https://www.prestouniverse.com/presto.
Sekian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/12/pembukaan-jdx-presto-concept-store-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Bawa Duit Untuk Membeli Belah Di Jdx Presto Concept Store Tapi Kenapa

Tak Perlu Bawa Duit Untuk Membeli Belah Di Jdx Presto Concept Store Tapi Kenapa

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 400 hits
Ramai sedia maklum bahawa dompet digital atau e wallet ini bukan perkara baru di Malaysia namun pernah anda dengar kedai yang 100 hanya The post appeared first on
Soimah Dibilang Jelek Dan Aneh Oleh Fans Jennie Blackpink Warganet Ramai Kasih Pembelaan

Soimah Dibilang Jelek Dan Aneh Oleh Fans Jennie Blackpink Warganet Ramai Kasih Pembelaan

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 229 hits
Namanya jadi trending Twitter Soimah justru disebut sebagai artis yang bertalenta oleh warganet Serba bisa
Memfitnah Anwar Dibenarkan Oleh Undang2

Memfitnah Anwar Dibenarkan Oleh Undang2

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 415 hits
Zunar adalah Mantan Ketua editor Suara Keadilan sejak selepas Raja Petra Oleh ZunarMei 2005 seorang rakyat Palestin Jamal Abder Rahman hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim Jamal Amro menjalankan...
Rujukan Dan Jadual Ujian Psikometrik Bulan Disember 2019 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Rujukan Dan Jadual Ujian Psikometrik Bulan Disember 2019 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 400 hits
Anda dipanggil menduduki Ujian Psikometrik Bulan Disember 2019 ini Tahniah jika anda dipanggil untuk ujian ini tetapi apa persediaan yang
Erick Thohir Menyedihkan Penyelundupan Harley Dilakukan Secara Sistematis Oleh Bumn

Erick Thohir Menyedihkan Penyelundupan Harley Dilakukan Secara Sistematis Oleh Bumn

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 234 hits
Menteri BUMN itu mengatakan bahwa dirinya dan Menteri Keuangan Sri Mulyani Indrawati sangat sedih dan terpukul atas peristiwa motor Harley yang diduga selundupan tersebut
Iklan Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis Oleh Daporqlate

Iklan Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis Oleh Daporqlate

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 637 hits
IKLAN Sambal Tempoyak Petai Ikan Bilis oleh DaporQlate Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh AMARAN Artikel ini tiada kaitan dengan tips penjagaan sicomel ianya adalah artikel berbayar dari DaporQlate untuk mempromosi produk makanan ya...
Circle Kecil Hati Tenang Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Kagum

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

10 Aktiviti Outdoor Di Gopeng Perak

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Seeing Green A Hi Vis 74 Rickman Cr900 Selling At Mecum

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


The Mins Kota Damansara

Masalah Gut Cuba Jus Celery Epal Timun Dan Lemon Untuk Kelegaan Segera

Car Solid Perfume Fragrance

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Welcome 2025 Nak Tenang

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security