Pembinaan Jambatan Bailey Akan Disegerakan




BAGAN DATUK: Jambatan Bailey akan dibina segera bagi menggantikan laluan yang terputus hubungan ekoran mendapan dan tanah runtuh susulan banjir yang berlaku di seluruh negara ketika ini.
Ia termasuk Jalan Gua Musang-Jeli di Kilometer 35 berdekatan Kampung Jerek menuju Jelawang yang ditutup kepada semua kenderaan berikutan berlaku mendapan tanah sepanjang 15 meter, semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembinaan jambatan Bailey itu akan dilaksanakan segera dalam tempoh 48 jam.
Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada penilaian struktur tanah terlebih dahulu bagi memastikan ia mampu menampung pembinaan infrastruktur tersebut.
“Terdapat beberapa jalan yang terputus hubungan dan kita memutuskan supaya jalan-jalan yang runtuh dibina dengan jambatan Bailey.
“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) mempunyai stok yang mencukupi untuk pembinaan jambatan Bailey di lokasi-lokasi yang terjejas.
“Dalam tempoh 48 jam, kita akan terus gerakkan aset ke kawasan yang terlibat. Ini pernah dilakukan apabila jambatan Bailey dibina dalam tempoh 72 jam bagi menghubungkan Segamat dan Rompin,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian program ‘One Stop Center’ Sejahtera Sosial Negeri Perak Daerah Bagan Datuk di Politeknik Bagan Datuk, di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, pihaknya telah mengenal pasti tujuh lokasi di seluruh negara yang terputus jalan hubungan akibat banjir.
Katanya, lokasi-lokasi tersebut juga dicadang untuk pembinaan jambatan Bailey namun ia turut bergantung kepada penilaian struktur tanah.
“Saya akan meminta kerjasama Kor Jurutera Diraja dan pihak JKR negeri serta daerah untuk membuat tindakan segera kerana terdapat keperluan untuk menghantar bantuan dan juga proses menyelamat selain jangka panjang bagi kegunaan lalu lintas,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, jambatan kekal akan dibina bagi menggantikan jambatan Bailey terutama jambatan kampung di kawasan jalan perhubungan desa.
“Kita tidak mahu apa yang pernah berlaku pada 2014 dahulu berulang di mana kesiapsiagaan ketika itu berada di peringkat yang agak rendah.
“10 tahun kemudian (tahun ini), kita sudah lakukan kesiapsiagaan di peringkat awal dengan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memberikan data seminggu lebih awal sebelum luruan dan taburan hujan itu bertambah.
“Tindakan pemindahan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) juga dilakukan lebih awal,” katanya.
Setakat pukul 5 petang ini, seramai 145, 897 mangsa daripada 43,701 keluarga terjejas banjir dipindahkan ke 673 PPS di sembilan negeri. – UTUSAN
 




Source link
The post Pembinaan Jambatan Bailey akan disegerakan appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/pembinaan-jambatan-bailey-akan-disegerakan-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Dan Agensi Penyelamat Sedang Mengesan Seorang Lelaki Yang Dikhuatiri Lemas Selepas Terjatuh Dari Jambatan Jertih

Polis Dan Agensi Penyelamat Sedang Mengesan Seorang Lelaki Yang Dikhuatiri Lemas Selepas Terjatuh Dari Jambatan Jertih

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 195 hits
Sinar HarianPolis dan agensi penyelamat sedang mengesan seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan Jertih Foto PDRMBESUT Polis dan agensi penyelamat sedang mengesan seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terja...
Jiran Tak Benar Guna Laluan Keluarga Bina Jambatan

Jiran Tak Benar Guna Laluan Keluarga Bina Jambatan

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 192 hits
AgensiJAMBATAN dibina keluarga Sunardi dengan wang simpanan mereka FOTO AgensiJakarta Sebuah keluarga di Jawa Tengah Indonesia baru baru ini nekad membina jambatan selepas satu satunya jalan ke rumah mereka dihalang oleh jiran yang juga pem...
Zahid Orders 7 Bailey Bridges To Be Built Within 48 Hours

Zahid Orders 7 Bailey Bridges To Be Built Within 48 Hours

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 166 hits
A modular steel Bailey bridge being built in Baling Kedah in 2022 after a water surge destroyed the old bridge cutting off several villages BAGAN DATUK Bailey bridges must be built within 48 hours in seven locations cut off by the monsoon f...
Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 187 hits
KOSMO SEBUAH kereta terjatuh dari jambatan setinggi 9 14 meter Foto PTINEW DELHI Tiga lelaki terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terjatuh dari sebuah jambatan setinggi 9 14 meter yang belum siap sepenuhnya selepas menggunakan aplikasi Si...
Kelantan Jambatan Runtuh Dibadai Arus Banjir Penduduk Tak Dapat Keluar Beli Barang Keperluan

Kelantan Jambatan Runtuh Dibadai Arus Banjir Penduduk Tak Dapat Keluar Beli Barang Keperluan

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 185 hits
Hazira Ahmad Zaidibhnews bh com myJambatan menghubungkan Kampung Temalir dan Kampung Temalir Lama di Kuala Krai Kelantan runtuh susulan hujan lebat dan arus deras Sungai Pahi Foto ihsan penduduk KUALA KRAI Jambatan menghubungkan Kampung Tem...
Tiga Pekerja Maut Gudang Runtuh Syarikat Pembinaan Didenda Rm50 000

Tiga Pekerja Maut Gudang Runtuh Syarikat Pembinaan Didenda Rm50 000

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 191 hits
Zuhainy Zulkiffliam hmetro com myBalik Pulau Syarikat pembinaan didenda RM50 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana gagal bagi memastikan kewajipannya keselamatan kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja Dalam kenyataan har...
Projek Pembinaan Mrt3 Hanya Dijangka Bermula Pada 2027 Ceo Mrt

Projek Pembinaan Mrt3 Hanya Dijangka Bermula Pada 2027 Ceo Mrt

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 167 hits
Pembinaan di tapak projek Transit Aliran Massa 3 hanya dijangka bermula pada 2027 iaitu setelah Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd menyelesaikan proses pemerolehan tanah Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim berk
Kelantan Duit Rm37 4 Dah Dapat Pembinaan Kb Sentral Tak Mula Lagi

Kelantan Duit Rm37 4 Dah Dapat Pembinaan Kb Sentral Tak Mula Lagi

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 151 hits
RM37 4 juta dah disalur tapi pembinaan KB Sentral tak mula lagi SITI NUR ZAWANIProjek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu bernilai RM64 juta yang dijanji akan disiapkan pada penghujung 2025 telah bertukar tarikh kepada 2027 Jika dikira...
Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Selamat Hari Ibu Buat Emak Saya Semua Emak Di Dunia

Anwar Rebukes Divisive Leaders In Sabah Who Stoke Conflict With Putrajaya

Pelbagaikan Kegunaan Khemah

Filem Gayong

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Makan Di Gerai Tip Top Ikan Bakar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul

Mengurus Emosi Melalui 10 Surah Terakhir

Zahid Says Umno S Partnership In Unity Government Is About Stability Not Submission To Dap

Advice To Senior Citizens

Khaled In Turin To Inspect Work On Maritime Aircraft