Pemberian 50 000 Komputer Riba Tablet Cerdik Kepada Pelajar


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Pemberian 50,000 Komputer Riba/Tablet CERDIK Kepada Pelajar yang dijangkakan akan bermula pada penghujung Mei ini. Setakat ini, 13,000 peranti telah diedarkan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di beberapa buah negeri.
Lebih daripada 1,000 pelajar telahpun menerima peranti mereka, dan berdasarkan kapasiti rantaian bekalan semasa, CERDIK menyasarkan sekurang-kurangnya 50,000 pelajar akan menerima peranti mereka pada akhir bulan Mei ini.
Pengedaran baki 100,000 peranti lagi dijangka selesai pada akhir bulan September 2021. Program perintis ini dibiayai penuh oleh GLC/GLIC dan penderma korporat, di mana setiap pihak perlu melalui proses kawal selia masing-masing.
Kesemua peranti telah disahkan yang terkini dengan kapasiti yang mencukupi untuk penaikan taraf perisian (software upgrades) bagi menyokong pembelajaran akademik di sekolah selama sekurang-kurangnya tiga tahun. Selain itu, pengesahan kualiti, fungsi dan
keselamatan setiap alat juga perlu dipastikan untuk mencegah atau meminimumkan sebarang isu atau gangguan dalam pembelajaran kelak.
Baca Juga: Subsidi Pembelian Telefon RM300 atau Peraduan Dana RM1 Juta Harapan
Apa itu CERDIK? CERDIK merupakan inisiatif perintis tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 bertujuan untuk menyediakan akses digital yang terdiri daripada komputer riba, tablet, dan sambungan data bernilai RM150 juta kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah.
CERDIK adalah inisiatif jangka panjang untuk membolehkan pembelajaran digital, sekarang dan pada masa hadapan. CERDIK bukanlah inisiatif pendermaan peranti sekali untuk jangka pendek.
Objektif CERDIK? CERDIK bertujuan untuk merapatkan jurang pembelajaran digital untuk kira-kira 150,000 murid di sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia dan mempelopori model pembelajaran digital untuk penggunaan masa hadapan. Berikut merupakan empat objektif utama CERDIK:
Untuk menyediakan peranti, akses dan sambungan data kepada murid sekolah yang terpinggir. Untuk membolehkan murid memperolehi pembelajaran dalam talian semasa penutupan sekolah dan juga pengalaman pembelajaran digital untuk masa hadapan apabila sekolah dibuka semula. Untuk merapatkan jurang pembelajaran antara mereka yang mampu membeli peranti digital dengan mereka yang tidak berkemampuan. Mempelopori model pembelajaran digital oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk penggunaan masa hadapan. Di Manakah CERDIK Dilaksanakan? CERDIK akan meliputi semua negeri di Malaysia, dengan tumpuan diberikan kepada sekolah yang mempunyai bilangan murid dari latar belakang B40 yang tinggi.
Kelayakan Penerima Komputer Riba/Tablet CERDIK Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengenal pasti murid daripada golongan B40 yang tidak mempunyai akses  kepada kemudahan peranti yang sesuai.
Penyediaan Data Internet Peranti (Komputer Riba/Tablet) akan dibekalkan dengan sambungan data mudah alih melalui kad SIM untuk tempoh minimum 12 bulan.
Maklumat dan Penerangan Lanjut Bagi mendapatkan maklumat dan penerangan lanjut, anda boleh ajukan menerusi:
e-mel: [email protected], atau laman sesawang: www.cerdik.org Semoga perkongsian Pemberian 50,000 Komputer Riba/Tablet CERDIK Kepada Pelajar ini dapat memberi informasi kepada para ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah khususnya golongan berpendapatan rendah. Diharapkan dengan pemberian bantuan peranti ini dapat menjadi pemudah cara terhadap pembelajaran persekolahan anak-anak.
Pemberian 50,000 Komputer Riba/Tablet CERDIK Kepada Pelajar
Noorazlin Abu Bakar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2021/04/pemberian-50000-komputer-riba-tablet-cerdik-kepada-pelajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Bakal Menerima 50 000 Peranti Cerdik Pada Pada Akhir Mei Ini

Pelajar Bakal Menerima 50 000 Peranti Cerdik Pada Pada Akhir Mei Ini

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 309 hits
CERDIK menyasarkan sekurang kurangnya 50 000 pelajar akan menerima peranti mereka pada akhir bulan Mei 2021 ini merupakan sebuah inisiatif jangka panjang yang menyediakan akses digital untuk pendidikan dan merangkumi 2 komponen utama iaitu ...
Inisiatif Cerdik Cara Permohonan Semakan Kelayakan Tarikh Pemberian Bantuan Laptop Dan Tablet Tahun 2021

Inisiatif Cerdik Cara Permohonan Semakan Kelayakan Tarikh Pemberian Bantuan Laptop Dan Tablet Tahun 2021

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 503 hits
Menerusi Belanjawan 2021 yang sebelum ini dibentangkan di Dewan Rakyat kerajaan telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM150 Juta ke dalam Tabung CERDIK oleh syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan bagi pemberian...
Lebih 13 000 Komputer Riba Diberikan Kepada Murid Sekolah Kata Menteri

Lebih 13 000 Komputer Riba Diberikan Kepada Murid Sekolah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 292 hits
Usaha pemberian komputer riba seperti yang dijanjikan dalam Belanjawan 2021 telah bermula dan akan diteruskan untuk baki unit selebihnya PdPR mula dijalankan sejak pandemik Covid 19 melanda negara menyebabkan peranti dan komputer menjadi ke...
Pdpr 2 0 Lepas Hari Raya Komputer Riba Sudah Sediakah

Pdpr 2 0 Lepas Hari Raya Komputer Riba Sudah Sediakah

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 430 hits
Program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah kali kedua akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri ini berikutan pengumuman Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin semalam Bagaimanapun Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan sangsi adak...
Pdpr Percepat Bantuan Komputer Riba Murid Insentif Khas Guru Gesa Ph

Pdpr Percepat Bantuan Komputer Riba Murid Insentif Khas Guru Gesa Ph

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 297 hits
April 27 2021 PETALING JAYA Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan menggesa kerajaan menyegerakan bantuan komputer riba kepada murid yang memerlukan dan memberi insentif khas kepada guru bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di ruma...
Bantuan Tunai One Off Rm2 000 Pelajar Ipt 2021

Bantuan Tunai One Off Rm2 000 Pelajar Ipt 2021

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 415 hits
Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT yang dikenali sebagai BUDI secara one off kepada anak kelahiran sabah yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi BANTUAN TUNAI PENDAFTARAN ...
Hamid Bidas Menteri Tak Cerdik Minta Longgarkan Sekatan Jalan Raya

Hamid Bidas Menteri Tak Cerdik Minta Longgarkan Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 272 hits
MalaysiakiniDalam sidang media terakhirnya sebagai ketua polis negara Abdul Hamid Bador membidas menteri tidak cerdik yang menggesa sekatan jalan raya yang diadakan berikutan perintah kawalan pergerakan dilonggarkan Abdul Hamid berkata berl...
50k Students To Receive Cerdik Devices By End May 2021

50k Students To Receive Cerdik Devices By End May 2021

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 354 hits
CERDIK a GLC driven CSR pilot initiative to provide digital access to education via accessibility of devices and data connectivity is targeting for at least 50 000 students to receive their devices by end May with the balance of 100 000 dev...
Maszlee Wants Student Laptop Deliveries Expedited Cerdik Says 13k Distributed

Maszlee Wants Student Laptop Deliveries Expedited Cerdik Says 13k Distributed

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 344 hits
Former education minister Maszlee Malik has called on the government to expedite the delivery of 150 000 laptops to students as promised under Budget 2021 He said this is because as schools in some districts were placed under the enhanced m...
Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


11 Tahun Tergendala Pm Anwar Mahu Pembinaan Sekolah Sukan Perlis Disegerakan

Muhyiddin Yassin Risau Kerjasama Bn Amp Ph Makin Diterima Rakyat Asyraf Wajdi

Senarai Hotel Di Lorong Malaysia Ho Chi Minh Vietnam

Shahirah Natasha Pasang Chord

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage