Pemberi Rasuah Dan Persoalan Bangsa


 

Sehari dua ini ramai yang memperkatakan tentang dominasi kaum tertentu sebagai pemberi rasuah. Satu dapatan kajian dijadikan asas kepada tanggapan ini. Statistik berkaitan dapatan kajian ini juga turut dilihat berlegar di pelbagai platform media sosial. Isu ini agak sensitif, kontroversi dan mungkin boleh menjadi punca perselisihan jika tidak dibincang secara berhati-hati.
Justeru, saya ingin mengulas isu ini berasaskan trend majoriti kaum Melayu berada di dalam sektor awam manakala bukan Melayu/bukan Bumiputera mendominasi sektor korporat dan bisnes. Trend ini secara tidak langsung memberi jawapan kepada persoalan kenapa banyak pihak yang memberi rasuah dalam kalangan bukan Melayu yakni taikun-taikun korporat manakala yang menerima pula dalam kalangan penjawat awam yang majoritinya berbangsa Melayu. Ahli korporat mempunyai kemampuan ekonomi dan kewangan yang besar namun mereka tidak mempunyai kuasa menetapkan polisi dan peraturan. Pihak yang menetapkan dan melaksanakan polisi adalah para birokrat dan penjawat awam yang majoritinya daripada kalangan kaum Melayu dan Bumiputera.
Taikun korporat kadangkala terpaksa atau tiada pilihan melainkan memberi rasuah demi “survival” perniagaan mereka manakala penjawat awam yang menerima rasuah adalah kerana kurang nilai integriti, ingin cepat kaya, rasa tidak cukup dengan gaji rendah, ingin hidup mewah dan lain-lain. Dapatan kajian ini pada saya tidak salah kerana ia hasil kajian. Ia tidak seharusnya dianggap rasis kerana tindakan memberi dan menerima rasuah tidak berkait dengan sifat semula jadi sesuatu bangsa tetapi disebabkan sikap individu itu sendiri.
Sikap buruk mana-mana individu tidak seharusnya dilihat sebagai cerminan kepada keseluruhan kumpulan etniknya. Setiap manusia, walau apapun bangsanya lahir secara fitrah dan suci daripada kesilapan dan dosa. Namun, manusia menjadi jahat apabila gagal mengawal sikap dan etikanya. Ia tiada kaitan dengan fitrah bangsanya. Dalam Islam kedua-kedua pemberi dan penerima rasuah dilaknat Allah. Sebagai Muslim, didikan perlu diberikan sedari awal akan bahayanya jenayah rasuah yang dilarang keras oleh agama. Begitu juga kepada bukan Muslim, kesedaran bahaya rasuah juga perlu diterapkan kepada masyarakat sedari awal usia.
Tuntasnya, isu kaum pemberi atau kaum penerima tidak seharusnya menghilangkan fokus utama dalam memerangi rasuah. Rasuah berlaku kerana ada pihak yang memberi dan ada pihak yang menerima. Seperti kata pepatah, “it takes two to tango” atau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bila ada permintaan maka ada lah penawaran, atau bila ada penawaran maka akan ada jugalah permintaan. Siapapun yang memulakan bukan isunya kerana apa yang pasti rasuah tidak akan berlaku jika salah satu atau kedua pihak mengatakan tidak kepada rasuah.
Selain pendidikan, undang-undang berkaitan rasuah juga perlu diperkemaskan. Jangan hanya fokuskan pendakwaan dan hukuman kepada pihak yang menerima tetapi juga kepada yang memberi. Pelaksanaan peruntukan liabiliti korporat membabitkan organisasi komersial di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 yang mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2020 contohnya suatu langkah yang baik bagi memastikan individu mewakili entiti korporat turut dibawa ke muka pengadilan jika terlibat dengan aktiviti rasuah.
Semoga suatu hari nanti negara kita akan bebas daripada rasuah. Kalaupun tidak bebas secara total, setidak-tidaknya kadar kes rasuah dapat dikurangkan. Adalah penting untuk kita rakyat Malaysia bersama-sama menyumbang tenaga membersihkan negara daripada najis rasuah walau di sudut mana kita berada. - FMT
Nisar Mohammad Ahmad adalah pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/pemberi-rasuah-dan-persoalan-bangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Dikelilingi Golongan Pemberi Rasuah Dr Zuhdi

Ph Dikelilingi Golongan Pemberi Rasuah Dr Zuhdi

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 207 hits
1 Artikel yang ditulis baru baru ini oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tentang Hapuskan Pemberi Rasuah benar benar membuatkan golongan pemberi rasuah seperti cacing kepanasan Seperti yang dijangkakan bukan sahaja golongan p
Kajian Mendapati 88 Peratus Pemberi Rasuah Adalah Bukan Melayu Dr Zuhdi

Kajian Mendapati 88 Peratus Pemberi Rasuah Adalah Bukan Melayu Dr Zuhdi

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 141 hits
KAJIAN MENDAPATI 88 PERATUS PEMBERI RASUAH ADALAH BUKAN MELAYUOleh Dr Zuhdi Marzuki1 Satu kajian peringkat PhD di sebuah universiti tempatan mendapati 88 peratus daripada pemberi rasuah yang didapati bersalah antara tahun 2010 hingga tahun ...
Hadiah Ulang Tahun Negara Ke 65 Orang Kayangan Masuk Penjara Kerana Rasuah

Hadiah Ulang Tahun Negara Ke 65 Orang Kayangan Masuk Penjara Kerana Rasuah

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 197 hits
A KADIR JASINEnam puluh lima tahun lalu saya tenangkan Almarhum nenek saya yang Jepun tidak akan datang semula apabila Inggeris meninggalkan Malaya Nenek gembira negara akan merdeka walaupun dia tidak tahu apa apa mengenainya selain orang p...
Kes Rasuah Projek Solar Pendakwaan Bantah Permohonan Rosmah Agar Hakim Tarik Diri

Kes Rasuah Projek Solar Pendakwaan Bantah Permohonan Rosmah Agar Hakim Tarik Diri

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 217 hits
freemalaysiatoday com September 1 2022 12 00 PMPendakwa raya ad hoc Gopal Sri Ram berkata penghakiman bocor yang dirujuk oleh Rosmah Mansor dalam permohonannya bukan penghakiman bertulis KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan hari ini membantah perm...
Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Bersalah Ketiga Tiga Pertuduhan

Kes Rasuah Projek Solar Rosmah Bersalah Ketiga Tiga Pertuduhan

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 156 hits
KUALA LUMPUR 1 Sept Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah atas ketiga tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1 25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak Hakim Mohamed ...
Keputusan Kes Rasuah Rosmah Bersalah Atau Dibebaskan Diketahui Esok

Keputusan Kes Rasuah Rosmah Bersalah Atau Dibebaskan Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 195 hits
Rosmah menghadapi satu pertuduhan meminta RM187 5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6 5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin Gambar failKUALA LUMPUR Selepas hampir empat tahun per...
Zahid Hamidi Selesai Beri Keterangan Selepas 17 Hari Bela Diri Kes Rasuah

Zahid Hamidi Selesai Beri Keterangan Selepas 17 Hari Bela Diri Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 536 hits
ismaweb netKes rasuah membabitkan puluhan juta ringgit dana YAB yang dihadapinyaKUALA LUMPUR 2 Safar 1444H Selasa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini selesai memberikan keterangan setelah 17 hari membela diri terhadap kes rasuah memba...
Kes Rasuah Solar Rosmah Dipenjara 10 Tahun Denda Rm970 Juta

Kes Rasuah Solar Rosmah Dipenjara 10 Tahun Denda Rm970 Juta

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 155 hits
Kes rasuah solar Rosmah dipenjara 10 tahun denda RM970 jutaFirdaus AzilSeptember 1 2022Kegagalan membayar denda tersebut akan mengakibatkan Rosmah dipenjara sepuluh tahun bagi setiap pertuduhan dan perlu dijalankan secara berturutan fotoREU...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri