Pemberi Maklumat Skandal Sabah Tak Goyah Meski Identitinya Kini Sudah Terdedah


 
Dalam perkembangan terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberitakan akan memanggil seorang pemberi maklumat hari ini bagi memberi keterangan berhubung video yang mengaitkan seorang pemimpin di Sabah dengan skandal rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dipetik sebagai berkata, langkah itu bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan terhadap pemimpin tersebut berdasarkan bukti baharu yang diterima daripada keterangan pemberi maklumat berkenaan.
“Tidak ada isu SPRM cuba melambat-lambatkan atau cuba untuk melindungi mana-mana pihak dalam kes ini.
“Tugas SPRM hanya menyiasat dan bukan sebagai pembuat keputusan,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu, Sabah.
Sementara itu, seorang ahli perniagaan berusia 36 tahun yang merupakan pemberi maklumat dalam mendedahkan skandal rasuah Sabah yang didakwa melibatkan ahli politik Sabah berkata, beliau tidak goyah meskipun identitinya kini telah didedahkan.
Sebelum ini, dengan berbekalkan sebatang pen kamera yang dibeli dari Shopee pada harga RM75, beliau melakukan rakaman berkaitan skandal itu yang kini menggemparkan landskap politik negara.
Semalam, bekas KP SPRM, Latheefa Koya menyebut namanya sebagai “Albert” dan tidak menggunakan nama penuh untuk melindunginya.
Beberapa jam kemudian, Azam Baki mendedahkan nama keluarganya kepada media pada sidang media di Kota Kinabalu, Sabah.
Namun, bapa kepada dua anak itu tetap tidak terpengaruh, enggan memikirkan sama ada tindakan Azam Baki itu disengajakan atau tidak.
“Tidak penting,” katanya kepada Malaysiakini.
“Saya hanya sedikit bimbang terhadap keluarga saya. Saya menerima ugutan bunuh pada masa lalu. Bagaimana jika sesuatu berlaku, siapa yang akan bertanggungjawab?” soalnya.
Ahli perniagaan itu juga menuduh kerajaan Sabah melancarkan kempen media sosial berskala penuh terhadapnya sejak video itu muncul.
“Mereka telah mendedahkan nama saya, butiran peribadi malah menyenaraikan hartanah dan kenderaan yang saya miliki semuanya dalam usaha terdesak untuk memburukkan nama saya. Sesetengah maklumat adalah palsu.
“Mereka telah melemparkan pelbagai tuduhan, cuba mengalihkan tumpuan. Seolah-olah dengan menyerang saya entah bagaimana boleh menjustifkasi kedudukan mereka. Tetapi semua itu tidak penting.
“Saya bersedia untuk teruskan. Jadi lebih baik mereka bersedia juga,” tegasnya.
Antara lain, ahli perniagaan itu, yang dijadual memberikan kenyataannya kepada SPRM tengah hari ini, telah dituduh menjadi sebahagian daripada kartel yang ingin memonopoli perlombongan di negeri ini dan menggunakan kaedah penipuan untuk mencapai objektif ini.
Sejak November, beliau telah mengeluarkan sembilan video dan pelbagai tangkapan layar mesej WhatsApp. Video dan mesej terbaru membabitkan Speaker DUN Sabah, Kadzim Yahya.
Menurut ahli perniagaan itu, bahan-bahan ini, bersama-sama dengan bukti tambahan dalam simpanannya, membuktikan bahawa dia merasuah ahli parlimen Sabah sebagai pertukaran untuk lesen cari gali mineral.
“Saya mengharapkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, memandangkan saya telah mendedahkan salah satu skandal rasuah terbesar dalam sejarah Malaysia,” katanya.
“Sebaliknya, saya telah dihantar mesej yang jelas: tutup mulut,” katanya kepada Malaysiakini, sambil menmbangkitkan rayuannya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.
Ahli perniagaan itu mengakui risiko mencabar ahli politik berpengaruh, menyedari bahawa keadaan itu boleh dengan mudah menjejaskannya.
“Saya tahu risikonya. Saya menentang ahli politik yang berkuasa. Saya bersedia untuk sebarang kemungkinan.
“Peguam saya dan Latheefa telah memberitahu saya bahawa saya harus dilayan sebagai saksi pendakwaan kerana agensi penguatkuasaan biasanya mengejar ‘ikan yang lebih besar’,” tambahnya.
Pemberi maklumat itu juga mengakui sokongan Latheefa telah menguatkan tekadnya.
“Saya berterima kasih kepadanya dan Lawyers for Liberty (LFL) kerana menyokong saya,” katanya.
Semasa sidang medianya, Latheefa mendedahkan bahawa seorang individu berpangkat tinggi telah cuba menghalang pemberi maklumat daripada tampil ke hadapan.
Semalam, pengarah eksekutif LFL Zaid Malek menyerahkan rakaman video penuh yang belum diedit kepada SPRM.
Tindakan ini adalah sebagai tindak balas kepada kenyataan Azam bahawa video yang diterbitkan – di mana suara ahli perniagaan itu diubah untuk tidak mahu namanya disiarkan – telah diedit dan, oleh itu, tidak boleh diterima sebagai bukti.
Dalam temu bual sebelum ini dengan Malaysiakini, ahli perniagaan itu mengakui bahawa merasuah Adun itu adalah salah tetapi mendakwa dia telah tiada pilihan lain.
“Saya diberitahu ini adalah satu-satunya cara untuk m


enjalankan perniagaan di Sabah,” katanya.
Jelasnya, rakaman itu dibuat dalam keadaan terdesak selepas lesen cari gali mineralnya ditarik balik.
“Saya marah dan terdesak. Saya telah melaburkan sejumlah besar masa dan wang ke dalam proses penerokaan perlombongan,” katanya. – ShahbudinHusin 12Mac2025.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/03/pemberi-maklumat-skandal-sabah-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasuah Sabah Sprm Panggil Pemberi Maklumat Hari Ini

Rasuah Sabah Sprm Panggil Pemberi Maklumat Hari Ini

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 122 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil seorang pemberi maklumat hari ini bagi memberi keterangan berhubung video yang mengaitkan seorang pemimpin di Sabah dengan skandal rasuah Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata...
12 Hari Kahwin Dipukul Sampai Hidung Patah Meski Popular Kini Lee Minyoung Pernah Lalui Perkahwinan Tragis

12 Hari Kahwin Dipukul Sampai Hidung Patah Meski Popular Kini Lee Minyoung Pernah Lalui Perkahwinan Tragis

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 122 hits
Pernikahan impian pasangan selebriti berakhir dengan sengketa dan berakhir dalam tempoh kurang daripada dua minggu Artikel Berkaitan Dua tahun selepas bersama sama membintangi siri Precious Family pelakon Lee Min young dan Lee Chan berkahwi...
Jho Low Kini Ditahan Di Shanghai

Jho Low Kini Ditahan Di Shanghai

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 127 hits
Rais Yatim Terima berita Penyeleweng ini dah ditahan rumah di Shanghai Tahniah kepada yang menjayakan tindakan ini Langkah kedua ekstradait dia pulang ke KL Patut Interpol dah cekup dia lama dah 2014 dulu saya mohon Ketua Polis Negara guna ...
Hiburan Nasi Lemak Jatuh Takhta Kini Roti Tisu Jadi Pilihan Pelancong Menyala Roti Tisu Mamak

Hiburan Nasi Lemak Jatuh Takhta Kini Roti Tisu Jadi Pilihan Pelancong Menyala Roti Tisu Mamak

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 146 hits
Sedia maklum makanan di Malaysia yang sering menjadi pilihan pelancong adalah nasi lemak susulan mempunyai rasa yang menarik Pelancong pelancong teruja dapat makan roti tisu Namun begitu melalui platform X baru baru ini tular satu video mem...
Google Pixel 9a Dilancarkan Dilengkapi Macro Focus 7 Tahun Kemas Kini Os

Google Pixel 9a Dilancarkan Dilengkapi Macro Focus 7 Tahun Kemas Kini Os

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 167 hits
Google kini mengumumkan Pixel 9a telefon pintar kelas pertengahan yang mampu milik sebagai pelengkap kepada barisan utama Pixel 9 Menyentuh spesifikasi Pixel 9a menampilkan paparan OLED berukuran 6 3 inci dengan sokongan kadar segar semula ...
Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Berhampiran Kampung Cenderawasih Kini Mencecah Seluas 113 Hektar

Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Berhampiran Kampung Cenderawasih Kini Mencecah Seluas 113 Hektar

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 168 hits
KUANTAN Kebakaran hutan dan ladang nanas berhampiran Kampung Cenderawasih Pekan sejak 7 Mac lepas kini meningkat kepada 113 hektar berbanding 94 hektar pada Rabu kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Mohd Razam Taja Rah...
Semboyan Kini Sembunyi Aktivis Semboyan Yusuf Azmi Buat Hal Didakwa Curi Kenderaan

Semboyan Kini Sembunyi Aktivis Semboyan Yusuf Azmi Buat Hal Didakwa Curi Kenderaan

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 121 hits
HarapandailyMarch 14 2025Nama aktivis Semboyan Malaysia Yusuf Azmi menjadi kontroversi selepas didakwa menceroboh dan mencuri beberapa kenderaan milik sebuah syarikat kapal kurier MV Malaysia Star Menurut peguam kepada pemilik kapal Jeremy ...
Dia Dah Pergi Teruk Dikecam Rakan Baik Dedah Kim Soohyun Mengalami Masa Sukar Kini

Dia Dah Pergi Teruk Dikecam Rakan Baik Dedah Kim Soohyun Mengalami Masa Sukar Kini

papar berkaitan - pada 14/3/2025 - jumlah : 133 hits
Hanya memilih untuk berdiam diri seorang kenalan rapat akhirnya mendedahkan tentang keadaan Kim Soo hyun kini selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi Artikel Berkaitan Menurut laporan media seorang wakil dari agensi lelaki itu memberit...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Ketupat Goreng Untuk Sarapan Pagi

Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara