Pembentukan Kerajaan Baharu


 
Sesi menghadap: Agong jumpa serentak dengan pemimpin politik KUALA LUMPUR: Wakil-wakil pemimpin politik mula tiba di Istana Negara di sini, sekitar pukul 1.30 tengah hari tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Sesi sembah maklum itu dipercayai berhubung perbincangan mengenai pelantikan Perdana Menteri kesembilan akan dijalankan serentak oleh Al-Sultan Abdullah. Kenderaan dipercayai membawa Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man antara yang terawal tiba di pekarangan Istana Negara sekitar 1.23 tengah hari.Beberapa minit selepas itu, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula tiba. Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi tiba sekitar 1.54 tengah hari.Beliau sempat melambai tangan kepada pengamal media dari dalam kederaan yang dinaikinya. Tepat pukul 2 petang, beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) pula tiba, antaranya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.Manakala, Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusul selepas itu.Dalam perkembangan sama, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan kepada Astro AWANI, wakil parti itu turut dipanggil menghadap Seri Paduka Baginda. Bersatu, kata Ahmad Faizal, diwakili Setiausaaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.Selain itu, wakil Parti Warisan Sabah (Warisan) difahamkan diwakili Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.Sesi menghadap Agong oleh ketua-ketua parti bermula hari ini susulan Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Isnin. Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Isnin.Tindakan itu diambil selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional. Beliau yang juga Presiden Bersatu dilantik sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 ekoran krisis politik selepas keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan.Susulan peletakan jawatan itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik. Sumber : Astro Awani
  MP diarah calonkan PM secara bertulis sebelum 4 petang esok
Semua anggota Dewan Rakyat diarahkan supaya membuat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri seterusnya.
Ahli-ahli Parlimen mempunyai masa sehingga jam empat petang esok untuk mengemukakan akuan secara bertulis. 
Surat itu mesti disahkan sebagai benar.
Perkara itu dinyatakan melalui surat Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kepada semua anggota parlimen pagi ini, atas titah Yang di-Pertuan Agong.
"Adalah dimaklumkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam melaksanakan budi bicara baginda di bawah Perkara 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan perlu melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang di dalam hemat baginda mempunyai kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat sebagai perdana menteri.
"Pada pelaksanaan titah perintah Kebawa Duli Yag Maha Mulis Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya dengan ini memberi notis kepada yang berhormat untuk menyerahkan satu surat akuan yang menyatakan dengan terang dan jelas seorang ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan oleh yang berhormat untuk menjadi perdana menteri yang kesembilan," kata Azhar melalui notis tersebut.
Jelas notis itu lagi, walaupun surat akuan tersebut tidak mempunyai format yang tertentu, namun ia perlu mempunyai butiran-butiran berikut:
Identifikasi anggota parlimen secukupnya.Identifikasi yang secukupnya seorang sahaja ahli Dewan Rakyat yang yang diberikan kepercayaan, penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat.Tandatangan.Tandatangan atau cop rasmi saksi (sama ada seorang peguam bela atau peguam cara, pesuruhjaya sumpah, notari awam atau jawatan yang setanding bagi yang berhormat yang berada di luar negara) dan tarikh surat akuan."Serahan tangan adalah tidak dibenarkan memandangkan Istana Negara masih berada di dalam kawasan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 dan juga untuk mengelakkan penularan Covid-19 di Istana Negara," katanya.
Tegas Azhar, perlu dijelaskan mana-mana surat yang tidak mematuhi perkara-perkara di atas ataupun yang diterima lewat tidak akan diambil kira.
"Ahli-ahli parlimen diingatkan supaya menjaga kerahsiaan surat akuan tersebut sehingga Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengenai perkara ini," katanya dalam notis pemberitahuan yang dilihat Malaysiakini itu.
 Sumber : Malaysiakini




Jabatan Peguam Negara siar Warta Kerajaan pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sementara. 
 Warta itu memaklumkan fungsi Muhyiddin yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan Kerajaan Persekutuan dan perkara yang jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan menteri lain dalam Jemaah Menteri.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lagiberita.blogspot.com/2021/08/pembentukan-kerajaan-baharu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembentukan Kerajaan Baharu Siapa Pm Ke 9 Usahawira

Pembentukan Kerajaan Baharu Siapa Pm Ke 9 Usahawira

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 234 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Cadangan Persefahaman Rentas Parti Tidak Merujuk Pembentukan Kerajaan Baharu

Cadangan Persefahaman Rentas Parti Tidak Merujuk Pembentukan Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 264 hits
satuberita myBy August 15 2021Saifuddin berkata sebaliknya ia adalah kerajaan Perikatan Nasional yang mendapat dukungan daripada sebahagian Ahli Parlimen pembangkang bagi menyelesaikan isu isu tertentu GAMBAR Malay Mail TUJUH cadangan rangk...
Ahmad Maslan Yakin Kerajaan Baharu Lebih Menjaga Kepentingan Rakyat

Ahmad Maslan Yakin Kerajaan Baharu Lebih Menjaga Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 288 hits
Ahmad Maslan yakin Kerajaan Baharu lebih menjaga kepentingan rakyat Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan yakin kerajaan baharu yang dibina selepas ini berjaya menjaga dan memberi tumpuan kepada beberapa aspek untuk kepentingan raky...
Apa Tawaran Kerajaan Baharu Jika Pn Kembali Berkuasa Soal Tricia Yeoh

Apa Tawaran Kerajaan Baharu Jika Pn Kembali Berkuasa Soal Tricia Yeoh

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 248 hits
Astro AwaniTricia berkata beliau bimbang jika PN kembali memerintah keadaan akan kembali seperti sebelum ini Foto fail KUALA LUMPUR Sekiranya calon dari Perikatan Nasional memperolehi sokongan majoriti untuk dipilih sebagai Perdana Menteri ...
Kerajaan Baharu Bn Calonkan Ismail Sabri Sebagai Pm Usahawira

Kerajaan Baharu Bn Calonkan Ismail Sabri Sebagai Pm Usahawira

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 295 hits
Dalam perkembangan sama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dinamakan calon tunggal Perdana Menteri daripada Barisan Nasional BN Keputusan konsensus itu dicapai dalam Mesyuarat Ahli Parlimen BN yang berakhir lewat malam tadi SUBSCRIBE now Astro ...
Johari Kata Umno Mesti Tentukan Kerajaan Perpaduan Baharu

Johari Kata Umno Mesti Tentukan Kerajaan Perpaduan Baharu

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 276 hits
Dengan keadaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang kini tersepit dan mungkin meletakkan jawatannya ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Johari Ghani menyeru parti parti politik untuk membentuk satu kerajaan perpaduan baharu Hakikatnya ketika ...
Jika Jatuh Kerajaan Pn Pm Baharu Tidak Boleh Elak Uji Undi Percaya Di Parlimen Untuk Keabsahan

Jika Jatuh Kerajaan Pn Pm Baharu Tidak Boleh Elak Uji Undi Percaya Di Parlimen Untuk Keabsahan

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 292 hits
Parlimen Malaysia menjadi saksi kerakusan pemimpin politik untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional secara tidak bermaruah Bergegar sekarang ini pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional setelah diasak oleh lawan daripada blok pembangkan...
Kingmaker Kerajaan Baharu Akan Bergantung Kepada Konfigurasi Politik Semasa

Kingmaker Kerajaan Baharu Akan Bergantung Kepada Konfigurasi Politik Semasa

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 315 hits
Astro AwaniKata Mohd Azizuddin Muhyiddin masih menjadi Presiden Bersatu dan Pengerusi PN sekiranya beliau meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri Gambar fail BERNAMAKUALA LUMPUR Kingmaker kerajaan baharu akan bergantung kepada perubah...
Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

Totiq Dan Kanvas Bdq Tadabbur Yang Mengubah Cara Saya Melihat Al Quran

New Electricity Tariff Rates Will Malaysians Continue To Be Burdened

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan

Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pok Joe Tomyam Ikan Bakar

The Citilite Hotel

Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan

Rentak Dua Hati

Atasi Masalah Lalat Di Dapur Guna Air Rendaman Kulit Pisang

Monolog