Pembatalan Ordinan Darurat Ikut Peruntukan Undang Undang Perlembagaan Negara Pmo


AGENDA DAILY
Pejabat pentadbiran kerajaan Malaysia di Putrajaya.
Kerajaan berpendapat semua tindakan yang diambil berkaitan isu proklamasi darurat dan ordinan-ordinan yang akan dimansuhkan, dilakukan secara teratur selaras peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
Ini termasuk memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai keputusan Jemaah Menteri untuk tidak menasihati baginda membuat Proklamasi Darurat baharu setelah darurat sedia ada tamat pada 1 Ogos 2021.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini keputusan itu juga sudah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 12 tengah hari 27 Julai 2021 lalu.
“Pada sesi menghadap ini, Perdana Menteri telah sekali lagi memberikan nasihat Jemaah Menteri mengenai pembatalan ordinan-ordinan darurat tersebut serta membuat penjelasan atas kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat.
“Perdana Menteri juga telah menyembah maklum pandangan Kerajaan bahawa kesemua ordinan darurat tersebut tidak perlu diungkaikan oleh Parlimen memandangkan Jemaah Menteri telah pun menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkannya,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menjelaskan keputusan untuk tidak menasihati Yang di-Pertuan Agong berkaitan darurat itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada 21 Julai 2021. Mesyuarat itu juga diadakan sebagai persediaan menghadapi sesi Sidang Khas Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021.
PMO menerima deraf Ordinan Darurat (Pembatalan) 2021 yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara pada 22 Julai 2021 sebelum menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong pada 23 Julai 2021 bagi menyembah maklum nasihat Jemaah Menteri supaya ordinan darurat berkenaan dibatal dan memohon limpah perkenan baginda mengenainya.
“Pejabat ini mengambil maklum sebagaimana yang dizahirkan di dalam kenyataan media Istana Negara hari ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sedia maklum bahawa Seri Paduka Baginda Tuanku perlu menerima dan bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti yang terkandung dalam Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PMO berkata Yang di-Pertuan Agong pada 24 Julai 2021, telah menitahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Peguam Negara menghadap untuk memberikan penjelasan terperinci mengenai nasihat tersebut.
“Apabila Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula pada 26 Julai 2021, semua Ordinan Darurat telah dibentang (laid) di atas meja Dewan Rakyat selaras dengan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.
“Namun, Ahli-Ahli Parlimen pembangkang telah mendesak supaya Dewan Rakyat mengungkaikan ordinan darurat yang telah dimasyhurkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Susulan itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) sebagai Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang telah memaklumkan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat bahawa kerajaan, iaitu Jemaah Menteri, telah membuat keputusan untuk membatalkan ordinan-ordinan darurat berkenaan.
“Ini adalah suatu kenyataan fakta yang bertujuan memaklumkan kepada Dewan Rakyat keadaan sebenarnya secara telus,” kata kenyataan itu.
Perdana Menteri sekali lagi menekankan bahawa dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab beliau, adalah penting untuk beliau bertindak mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan Negara.
Justeru, beliau menasihatkan rakyat supaya sentiasa bertenang dan insya-Allah isu ini akan dapat diselesaikan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/pembatalan-ordinan-darurat-ikut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembatalan Ordinan Darurat Teratur Selaras Perlembagaan Pejabat Pm

Pembatalan Ordinan Darurat Teratur Selaras Perlembagaan Pejabat Pm

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 229 hits
bharian comOleh Julai 29 2021 7 23pmKompleks Pejabat Jabatan Perdana Menteri Putrajaya NSTP Hazreen MohamadKUALA LUMPUR Semua tindakan yang dilaksanakan kerajaan membabitkan pembatalan Ordinan Darurat dan pelaksanaan sidang khas Dewan Rakya...
Pembatalan Ordinan Darurat Macam Buat Di Pasar Malam Anwar

Pembatalan Ordinan Darurat Macam Buat Di Pasar Malam Anwar

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 222 hits
Malaysiakini Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengecam kerajaan yang menurutnya tidak mengikut prosedur dalam pembatalan semua peraturan ordinan darurat Anwar berkata peraturan ordinan tersebut diisytiharkan melalui Yang di Pertuan Agong dan...
Azalina Tidak Maklum Pembatalan Ordinan Darurat

Azalina Tidak Maklum Pembatalan Ordinan Darurat

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 518 hits
Azalina Tidak Maklum Pembatalan Ordinan Darurat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said mengaku beliau sendiri tertanya tanya mengenai pengumuman kerajaan Ordinan Darurat telah dibatalkan pada 21 Julai lalu Beliau...
Batal Ordinan Darurat Senyap Senyap Perundangan Negara Dalam Kedudukan Cacamarba Kata Zahid

Batal Ordinan Darurat Senyap Senyap Perundangan Negara Dalam Kedudukan Cacamarba Kata Zahid

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 199 hits
Batal ordinan darurat senyap senyap perundangan negara dalam kedudukan cacamarba kata Zahid Tindakan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin membatalkan ordinan darurat secara senyap senyap menyebabkan perundangan negara dalam kedudukan cacamarb...
Lima Hari Pembatalan Ordinan Darurat Dirahsiakan Kabinet Xxl Pm Mesti Letak Jawatan

Lima Hari Pembatalan Ordinan Darurat Dirahsiakan Kabinet Xxl Pm Mesti Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 198 hits
HASSAN ABDUL KARIMBeberapa kali saya telah bangun di Dewan Rakyat semalam untuk berucap tetapi tidak diberi peluang oleh Speaker dan juga Timbalan Speaker Saya ingin berucap ringkas sahaja iaitu tentang perkara Perdana Menteri dan Menteri M...
Salah Faham Pembatalan Ordinan Darurat

Salah Faham Pembatalan Ordinan Darurat

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 128 hits
Siapa yang tidak suka marahlah Tun Dr Mahathir dan DS Anwar Ibrahim yang memasukkan Klausa itu Suka atau tidak selagi peruntukan peruntukan itu ada ia mesti dipatuhi Maka marilah kita lihat apa yang dikatakan oleh Klausa itu jika Yang di Pe...
Agong Tak Perkenan Kerajaan Batal Ordinan Darurat Kata Istana Negara

Agong Tak Perkenan Kerajaan Batal Ordinan Darurat Kata Istana Negara

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 226 hits
Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat di Parlimen pada Isnin bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan baginda kata Datuk Penge...
Rentasan 937 Ydpa Sah Tidak Perkenan Pembatalan Ordinan Darurat Kini

Rentasan 937 Ydpa Sah Tidak Perkenan Pembatalan Ordinan Darurat Kini

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 190 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9371 KOS PENGURUSAN VAKSIN MELAMBUNG SIAPA KAUT UNTUNG 2 PONTENG SESI PARLIMEN ITU POLITIK ISLAM KAH 3 PENJUALAN VAKSIN JENAYAH TERHADAP KEMANUSIAAN 4 AHLI PARLIMEN DILARANG BUAT KERJA TAMBAHAN
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats