Pembantu Kepada Menteri Minta 30 Peratus Peruntukan Sebagai Komisen



(Malaysia Gazette) – Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) yang menerima peruntukan kerajaan melalui wakil rakyat dilaporkan perlu menyerahkan 30 peratus daripada jumlah yang diterima sebagai ‘komisen’ kepada seorang lelaki yang mendakwa diri sebagai pembantu kepada menteri.
Sinchew Daily melaporkan, seorang wakil rakyat di Muar, Johor telah menyediakan peruntukan kepada SRJKC untuk tujuan pembelian peralatan, tetapi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pembantunya meminta untuk diberikan 30 peratus daripada peruntukan asal sebagai ‘komisen’ dan ‘rebat’.
PIhak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Muar bagaimanapun menafikan lelaki itu sebagai pembantu kepada menteri.
Walau bagaimanapun, pendedahan pihak sekolah mengundang reaksi daripada lembaga-lembaga pengurusan sekolah yang kesal bahawa amalan penyelewengan kerajaan terdahulu masih berterusan.
Difahamkan, kejadian melibatkan beberapa buah SRJKC dan juga sebuah sekolah menengah  itu telah mengundang rasa tidak puas hati lembaga pengurusan dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan SRJKC Muar, Chen Da Cheng mengesahkan perkara itu kepada Sinchew Daily.
Katanya, isu berkenaan sudah dipanjangkan kepada Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat.
“Lembaga pengurusan sekolah mengadu bahawa peruntukan untuk tujuan pembelian peralatan dikenakan potongan ‘komisen’ 30 peratus. Keadaan seperti ini sepatutnya tidak berlaku,” katanya.
Menurut sumber, sesetengah sekolah memilih berdiam diri dan sudah menerima peralatan yang dijanjikan.
Dalam satu kes melibatkan sekolah yang menerima peruntukan sebanyak RM20,000, ‘pembantu’ wakil rakyat menawarkan peralatan bernilai RM14,000 kepada sekolah manakala bakinya dijadikan ‘komisen’.
Permintaan ketua PIBG untuk menerima peruntukan penuh RM20,000 dalam bentuk tunai supaya pihak sekolah membeli sendiri peralatan yang diperlukan juga ditolak lelaki tersebut yang mahu peruntukan diberi dalam bentuk peralatan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/03/pembantu-kepada-menteri-minta-30-peratus-peruntukan-sebagai-komisen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peruntukan Srjkc Pembantu Menteri Minta 30 Komisen

Peruntukan Srjkc Pembantu Menteri Minta 30 Komisen

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 319 hits
Pembantu kepada Menteri minta 30 peratus peruntukan sebagai komisen Sekolah rendah jenis kebangsaan Cina yang menerima peruntukan kerajaan melalui wakil rakyat dilaporkan perlu menyerahkan 30 peratus daripada jumlah yang diterima sebagai ko...
Dap Yang Tentukan Kedudukan Saya Sebagai Perdana Menteri Dr Mahathir

Dap Yang Tentukan Kedudukan Saya Sebagai Perdana Menteri Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 437 hits
KUALA TERENGGANU Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui DAP memainkan peranan penting dalam menentukan segala perkara dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan termasuk berkaitan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Dr Mahathir berkata ...
Menteri Kewangan Serah Cek Peruntukan Rm25 Juta Untuk Sekolah Pondok

Menteri Kewangan Serah Cek Peruntukan Rm25 Juta Untuk Sekolah Pondok

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 367 hits
Pada 9 Januari 2019Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menyerahkan cek berjumlah RM25 juta kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Rawa untuk disalurkan ke 228 sekolah pondok dan sekolah agama rakyat yang berdaftar Perunt...
Eloklah Waytha Moorty Letak Jawatan Sebagai Menteri Kadir Jasin

Eloklah Waytha Moorty Letak Jawatan Sebagai Menteri Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu P Waytha Moorthy perlu berundur sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana hilang kelayakan menjaga perpaduan nasional Desakan itu dibuat penulis blog The Scribe Datuk A Kadir ...
Siapa Pilihan Azmin Sebagai Timbalan Jika Beliau Menjadi Perdana Menteri

Siapa Pilihan Azmin Sebagai Timbalan Jika Beliau Menjadi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 645 hits
Di sebalik satu demi satu Ahli Parlimen UMNO bertindak keluar parti di mana sehingga ini jumlahnya sudah mencecah 16 orang dalam waktu yang sama disahkan seramai 36 Ahli Parlimen BN juga telah menandatangani akujanji menyokong kepimpinan Tu...
Rm77 Juta Di Peruntukan Lunas Bayaran Felda Tertunggak

Rm77 Juta Di Peruntukan Lunas Bayaran Felda Tertunggak

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 214 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan khas berjumlah RM77 juta bagi membantu peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan melunaskan bayaran bayaran tertunggak pada tahun semasa Menterinya Lim Guan Eng berkata peruntukan ters...
Dah Sengkek Sangat Ker Kerajaan Sarawak Potong Rumput Pun Tunggu Peruntukan Federal

Dah Sengkek Sangat Ker Kerajaan Sarawak Potong Rumput Pun Tunggu Peruntukan Federal

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 355 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen hari ini membidas Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan Lo Khere Chiang yang disifatkan gagal menjalankan tugas dan hanya tahu memberi alasan Merujuk kepada isu rumput yang tidak dipotong di...
Lelaki Ini Kuburkan Diri Sendiri Untuk Dilahirkan Semula Sebagai Tuhan

Lelaki Ini Kuburkan Diri Sendiri Untuk Dilahirkan Semula Sebagai Tuhan

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 464 hits
Seorang lelaki dari India diselamatkan oleh polis tempatan selepas menguburkan dirinya selama kira kira 8 jam Apabila disoal siasat beliau berkata tindakan itu dilakukan untuk dilahirkan semula sebagai Tuhan Kejadian ini bermula ketika Deer...
Buy Linkedin Premium At 90 Off Business Premium And Career Premium Available

Nasi Goreng Bawang Putih Dan Perjuangan Sumud Flotilla

Contoh Pempengaruh Tone Deaf Pentingkan Wang Ada Gerakan Boikot Ameera Khan Rizalman

Jawablah Di Akhirat Nanti Datuk Aaron Aziz Kesal Video Boikot Diputar Belit Individu Tidak Bertanggungjawab

Built To Grind The New Independent X Biltwell Inc Lane Splitter Helmet

Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a

Irresistible Instant Pot Indian Beef Curry Recipe

Hiburan Rasa Insaf Tengok Perjuangan Mereka Elly Mazlein Akui Keputusan Bertudung Terinspirasi Dari Misi Flotilla Gaza


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sukarelawan Diseksa Dipukul Kena Buat Commando Rest

27 Aktivis Gsf Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air

Arvian Dwi Feat Tri Suaka Melepas Lajang Chord

Small Bribes May Seem Harmless But Can Burn Down Nations Warns Kl Macc Chief

Malaysia S Heritage Food Needs More Than Nostalgia It Needs Sustainable Policy Investment

Five States To Experience Thunderstorms Heavy Rain And Strong Winds On Oct 6