Pembangunan Kampung Baru Ambil Secara Paksa Adalah Pilihan Terakhir



KERAJAAN mungkin mempertimbangkan pengambilan tanah Kampung Baru secara paksa mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 sekiranya ada segelintir pemilik yang berdegil untuk bekerjasama menjual lot mereka

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata, langkah itu mungkin adalah yang terakhir diambil demi keadilan pemilik tanah lain yang bersetuju menjual bahagian mereka

“Insya-Allah kita tak nak ambillah. Hanya satu keadaan saja yang memungkinkan iaitu katakanlah dalam satu-satu lot itu ada 10 penama dan tujuh daripadanya sudah bersetuju tetapi tiga lagi tidak bersetuju

“Ketujuh-tujuh penama sudah memujuk dan mengatakan ia adalah hak mereka untuk mendapat duit itu, tetapi terhalang disebabkan tiga penama tidak bersetuju

“Kita akan cuba pujuk juga lagi tetapi akhirnya kalau masih tidak dapat pujuk, kita kena tengoklah daripada sudut keadilan orang yang dah ada hak dia. Lagipun yang duduk di Kampung Baru bukan semuanya senang mungkin dia perlukan duit itu untuk hantar anak belajar luar negara dan sebagainya

“Jadi pada ketika itu mungkin kita terpaksa pertimbangkan (pengambilan secara paksa mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960), tetapi seboleh-bolehnya kita mahu supaya orang Kampung Baru bersatu hati bersama membangunkan kawasan itu,” katanya


Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Grand Final Karnival Sukan Parlimen Wilayah Persekutuan Tahun 2019 di Putrajaya, hari ini

Kelmarin pada Sidang Media Khas Pengumuman Hala Tuju dan Tawaran Kerajaan Kepada Pemilik Tanah Kampung Baru Khalid berkata, kerajaan membuat tawaran terakhir kepada pemilik tanah Kampung Baru iaitu harga baharu sebanyak RM1,000 setiap kaki persegi untuk pembangunan semula kawasan berkenaan

Daripada harga itu, RM850 akan dibayar berdasarkan pilihan pulangan oleh pemilik tanah

Pemilik diberi empat pilihan iaitu pulangan tunai; pulangan unit siap; kombinasi pulangan tunai dan unit siap; dan pulangan pemegang saham dalam Syarikat Tujuan Khas (SPV)

Dalam pada itu, Khalid sudah mengarahkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru turun pada bertemu semua pemilik tanah membabitkan 830 lot semuanya

Katanya, perjumpaan berskala kecil adalah lebih baik kerana penjelasan dapat diberikan dengan lebih berkesan berbanding kumpulan besar

“Kalau kita dapat jumpa setiap satu pemilik lot, kita jelaskan secara berkumpulan kecil sebab bila semua kumpulan besar, kemudian dalam media seperti media sosial inilah macam-macam yang mereka tembak, orang pun tak tahu betul atau tak

“Jadi kalau kita jumpa dalam secara kumpulan kecil Insya-Allah kita boleh jelaskan dan saya rasa tiada siapa boleh menafikan bahawa ini tawaran yang terbaik yang pernah dikemukakan dalam sejarah bagi pemilik tanah Kampung Baru

“Saya rasa mereka semua pun akan bersama selepas mendengar penjelasan daripada pihak berkenaan,” katanya

Selain itu, Khalid berkata, pihaknya juga akan turun padang menerangkan peranan SPV secara terperinci

Katanya, pemilik akan diberi peluang mengetahui secara lebih lanjut mengenai SPV yang akan berperanan membeli tanah terbabit dengan pemilikan masih lagi ada iaitu sebanyak 15 peratus oleh pemilik asal

Sumber: Harian Metro

from Sehinggit Media News https://ift.tt/31Pbzy2
via IFTTT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2019/10/pembangunan-kampung-baru-ambil-secara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tawaran Terakhir Akan Diberikan Kepada Pemilik Dan Waris Kampung Baru

Tawaran Terakhir Akan Diberikan Kepada Pemilik Dan Waris Kampung Baru

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 295 hits
Sebelum ini hangat dibincangkan mengenai isu pembelian dan pembangunan Kampung Baru yang melihatkan pihak kerajaan menawarkan beberapa harga kepada penduduk di sana Jika dilihat kepada tawaran yang diberikan pihak kerajaan bersetuju untuk m...
Tawaran Akhir Kepada Penduduk Kampung Baru Minggu Depan

Tawaran Akhir Kepada Penduduk Kampung Baru Minggu Depan

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 298 hits
OCTOBER 14 2019KUALA LUMPUR Kerajaan akan membuat tawaran baharu kepada pemilik tanah Kampung Baru bagi menyelesaikan kemelut pelan pembangunan kampung itu kata Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad Tawaran berkenaan yang bakal diumumkan mingg...
Opera 54 Untuk Android Hadir Dengan Pilihan Tema Baru Sokongan Bitcoin

Opera 54 Untuk Android Hadir Dengan Pilihan Tema Baru Sokongan Bitcoin

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 223 hits
Opera hari ini telah melancarkan kemaskini untuk pelayar web mudah alih Android mereka sekaligus menyertakan sejumlah ciri ciri baru bersama dengannya Menjadi fokus utama untuk pengenalan pelayar web mudah alih baru ini adalah pengenalan pi...
Ambil Tanah Kg Baru Secara Paksa Kerajaan Tidak Ada Hak Ismail Sabri

Ambil Tanah Kg Baru Secara Paksa Kerajaan Tidak Ada Hak Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 216 hits
Saya tidak tahu Menteri Wilayah nak guna undang undang bawah mana kerajaan tidak ada hak untuk mengambil tanah di Kampung Baru untuk tujuan komersial salah di sisi undang undang ujar Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Jelas be...
Tawaran Kampung Baru Hanya Wayang Kerajaan Datuk Jo

Tawaran Kampung Baru Hanya Wayang Kerajaan Datuk Jo

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 366 hits
Tawaran pembelian tanah dengan harga RM1 000 bagi setiap kaki persegi di Kampung Baru adalah bersifat paksaan kepada pemilik tanah Menurut bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Johari Abdul Ghani pembangunan di Kampung Baru tidak boleh mempunya...
Pertahan Status Kampung Baru Selagi Ada Hayat Orang Melayu

Pertahan Status Kampung Baru Selagi Ada Hayat Orang Melayu

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 522 hits
Rizab Melayu yang menjadi status Kampung Baru mesti dipertahankan sampai bila bila selagi ada hayat orang Melayu di negara ini Tegas Datuk Seri Johari Abdul Ghani ini kerana title tanah Kampung Baru semasa diberi oleh Sultan Selangor pada 1...
Modus Baru Transaksi Narkoba Di Kampung Ambon Geser Ke Kali Bedeng

Modus Baru Transaksi Narkoba Di Kampung Ambon Geser Ke Kali Bedeng

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 322 hits
Erick mengatakan pola tersebut dia temukan dalam sepekan pencarian para tersangka yang diketahui menyuplai narkoba jenis sabu dan psikotropika jenis Happy Five
Aud Usd Vs Usd Cad Vs Nzd Usd Vs Usdx Harian Mata Wang Mentah Analisis Komprehensif Mengenai Pilihan Pembangunan

Aud Usd Vs Usd Cad Vs Nzd Usd Vs Usdx Harian Mata Wang Mentah Analisis Komprehensif Mengenai Pilihan Pembangunan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 349 hits
Minor Mata wang Mentah analisis komprehensif mengenai pilihan pembangunan untuk pergerakan pasangan mata wang AUD USD vs USD CAD vs NZD USD vs USDX dari 16 Oktober 2019 pada skala operasi Minor Indeks Dolar ASPergerakan indeks dolar USDX da...
Kampung Baru Sukar Bagi Kerajaan Tawar Harga Tinggi Pm

Kampung Baru Sukar Bagi Kerajaan Tawar Harga Tinggi Pm

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 230 hits
Sukar bagi kerajaan untuk menawarkan harga tinggi kepada pemilik tanah di Kampung Baru bagi memastikan orang Melayu dapat membeli semula hartanah berkenaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan jika kerajaan menawarkan pembelia...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization