Jadi untuk tidak melengahkan masa lagi, MYiDEAKiNi perlu terangkan apakah produk google yang paling powerfull dan percuma untuk menaikkan ranking perniagaan anda berada di halaman utama google. Adakah anda mempunyai perniagaan? Pernahkan anda mendengar produk GOOGLE MY BUSINESS dalam pemasaran perniagaan anda secara online? Adakah anda pernah mendaftar akaun ini dan menggunakannya? Oleh yang demikian, MYiDEAKiNi akan terangkan secara ringkas produk google ini supaya perkongsian akan di manfaatkan bersama.
Sebelum MYiDEAKiNi terangkan dengan lebih lanjut lagi, cuba anda ke browser google chrome dan taipkan kata kunci "HOTEL KUCING MURAH" dan keputusannya sangat awesome, bukan? Jadi teruskan membaca artikel ini sehingga habis.
Local PerniagaanProduk atau JenamaPerusahaan, Organisasi, ataupun InstitusiSeniHiburanOlahragaDan lain-lainUntuk membuat Google My Business, anda diwajibkan untuk memiliki akaun Google. Selain itu, anda juga mesti memiliki lokasi perniagaan yang jelas, sehingga memudahkan Google untuk menemukan lokasi perniagaan anda. Bagaimana cara membuat Google My Business? Membuat Google My Business sangatlah mudah dan senang sahaja, anda cuma perlu memuatturun aplikasi ini ke telefon pintar.
##check## HomeMenu ini adalah paparan utama yang merangkumi views, carian dan aktiviti perniagaan anda dalam tempoh 1 bulan##check## CustomersMenu ini adalah ruangan komen dan review mengenai servis yang telah di gunakan oleh pelanggan anda. Jika anda mendapat review dan rating lebih tinggi daripada pelanggan anda, google akan meletakkan perniagaan anda di halaman pertama dalam carian. ##check## ProfileCiri-ciri diruangan ini mengandungi 4 menu utama iaitu Overview, photos. posts dan produk anda. Diruangan inilah anda boleh memasukkan semua informasi yang berkaitan dengan perniagaan anda.##check## MoreManakala ciri-ciri diruangan ini adalah berkaitan dengan akaun, Website, Manage Users, Help & Feedback dan Setting. Ruangan ini anda bolehlah godek sendiri untuk memahami dengan ciri-ciri yang ada.Trending Terkini! Penggunaan Aplikasi Touch & Go Ewallet Memudahkan Perjalanan Anda! Kenapa My Google Business?
Ramai pengguna akan memilih Google browser internet untuk mencari informasi yang berkenaan berbanding dengan browser internet yang lain. Jadi dengan adanya produk yang disediakan oleh pihak pengurusan google memudahkan pelanggan mencari anda. Ianya adalah produk PERCUMA dan tidak perlu dibayar. Jika anda membuat perniagaan dan mempunyai akaun google sedia ada, bolehlah menggunakan produk My Google Business ini. Alhamdulillah setakat ini, My Google Business banyak membantu MYiDEAKiNi dalam carian dan berada di halaman pertama google
Anda boleh lihat sendiri usaha MYiDEAKiNi untuk mendapatkan rating, review dan komen daripada pelanggan selepas menggunakan servis Hotel Kucing & Spa Kinrara, Zul & Azizi Boarding Pets. Tiada paksaan daripada pelanggan untuk memberi rating, review dan komen, sekadar untuk tahu layanan kami terhadap pelanggan.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |