Pemansuhan Elaun Kritikal Pekerja Sektor Kesihatan Awam


Pemansuhan Elaun Kritikal Pekerja Sektor Kesihatan Awam | Pekerja sektor kesihatan awam menggesa kerajaan mengadakan perbincangan dahulu dengan mereka berhubung pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)

Gesaan itu disuarakan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Kesatuan Jururawat Malaysia (MNU) hari ini

Presiden MMA N Ganabaskaran berkata tiada perbincangan dengan pihaknya sebelum keputusan pemansuhan itu dibuat

“Tiada perbincangan..Apabila perkara yang melibatkan kumpulan profesional dari sektor perubatan, lebih adil jika berbincang dengan kami terlebih dahulu. Kami bukannya orang yang sukar untuk dibawa berbincang

“Banyak isu (berkaitan perubatan) yang dapat diselesaikan secara baik sebelum ini. Jadi perkara ini juga boleh diselesaikan dengan cara asma,” katanya yang ketika dihubungi Malaysiakini hari ini

Pemansuhan itu - yang akan memberi kesan kepada penjawat awam profesional seperti doktor, jururawat, jurutera yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan - diumumkan menerusi pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 20 Disember

Bayaran insentif perkhidmatan kritikal itu merupakan satu daripada sembilan elaun yang akan dihentikan pembayaran oleh kerajaan, termasuk elaun hiburan kepada setiausaha sulit, dan insentif kecekapan berbahasa Inggeris

Bagaimanapun, mereka yang sudah menerima elaun akan terus mendapat bayaran tersebut, termasuk pekerja kontrak yang kontraknya telah diperbaharui

Pemansuhan Elaun Kritikal Pekerja Sektor Kesihatan Awam
Menurut soalan lazim yang disertakan dalam pekeliling itu, BIPK mula diperkenalkan semasa Sistem Saraan Baru (SSB) pada tahun 1992 untuk penjawatan yang sukar dipenuhi, bagaimanapun tinjauan 2019 mendapati ia tidak lagi memenuhi kriteria tersebut

Ganabaskaran yang membantah pemansuhan elaun itu berkata, ia tidak sesuai dilaksanakan dalam keadaan kos sara hidup yang meningat sekarang, apatah lagi menurutnya antara tujuan insentif itu pada asalnya ialah untuk menambah baik pendapatan bulanan mereka

“Rasional di sebalik pemansuhan insentif ini susah untuk dihadam memandangkan sistem penjagaan kesihatan masih dalam keadaan kritikal untuk perkembangan negara kita dan pengurangan pendapatan akan membuatkan (keadaan menjadi) ketara

“Kami gesa supaya kerajaan mempertimbangkan semula dan melibatkan persatuan-persatuan (yang berkenaan) apabila membuat keputusan yang melibatkan ‘periuk nasi’ penjawat awam," katanya lagi

Sementara itu, Presiden MNU Nor Hayati Abd Rashid menggesa JPA menimbang semula keputusan itu dan mengembalikan elaun kepada bakal jururawat yang akan mula berkhidmat tahun depan

"...Saya yakin pintu kerajaan sentiasa terbuka untuk perbincangan, seperti sebelum ini di mana kami telah terlibat dalam banyak perbincangan dengan jabatan kerajaan," katanya ketika dihubungi

Pada masa ini, jururawat di hospital kerajaan dengan kelulusan diploma atau lebih tinggi menerima elaun bulanan sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada gaji asas

Nor Hayati yang merupakan ketua jururawat di Hospital Teluk Intan, berkata pemansuhan itu akan mewujudkan diskriminasi antara jururawat baru dengan mereka yang telah lama berkhidmat dan masih menerima elaun itu

"Bidang tugas sama. Jadi jika kakitangan sedia ada terus terima elain ini, tidak adil untuk mereka (jururawat baru)

"...Kami tidak mahu ada double standard di masa depan...Secara psikologi, ia akan mematahkan semangat mereka. Mereka juga mungkin letak jawatan (daripada perkhidmatan awam) untuk ke tempat lain (swasta)," katanya lagi.


Pemansuhan Elaun Kritikal Pekerja Sektor Kesihatan Awam
Beliau berkata MNU pada masa ini memiliki 27,000 anggota, mewakili antara 40 hingga 45 peratus jururawat di perkhidmatan awam di Semenanjung Malaysia

Khuatir ramai keluar daripada perkhidmatan
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat pula khuatir perkhidmatan awam negara akan ketandusan pakar-pakar perubatan dengan pemansuhan insentif ini

Beliau bagaimanapaun mengakui tidak pasti sama ada pemansuhan elaun itu akan digantikan dengan insentif baru atau tidak kerana tidak diberi sebarang penerangan sebelum pekeliling itu dikeluarkan

“Kami khuatir makin ramai pakar-pakar kerajaan terus keluar dari perkhidmatan dan ini boleh menjejaskan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat

“Pelbagai insentif wajar dipertimbangkan untuk mengimbangi jumlah pendapatan bagi menghadapi kos yang semakin mendesak kepada penjawat awam, serta kuasa membeli yang semakin mengecil. Insentif ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang kini menggalas tugasan yang semakin mencabar dan kritikal," katanya lagi

Pemansuhan Elaun Kritikal Pekerja Sektor Kesihatan Awam
Hari ini Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan JPA dengan kadar segera bagi membincangkan perkara itu

Menurutnya, pihak kementerian akan diwakili Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah




Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2019/12/pemansuhan-elaun-kritikal-pekerja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elaun Menteri Menteri Banyak Tapi Kenapa Elaun Kritikal Penjawat Awam Akan Dimansuhkan

Elaun Menteri Menteri Banyak Tapi Kenapa Elaun Kritikal Penjawat Awam Akan Dimansuhkan

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 459 hits
Dikalangan netizen sekarang ni sedang hangat perdebatan tentang isu elaun elaun yang diberikan kepada menteri menteri yang tak la masuk akal jumlahnya dan apatah lagi sekarang isu elaun krikital penjawat awam akan dimansuhkan Semua orang te...
Pemansuhan Elaun Kritikal Bipk Ditangguh

Pemansuhan Elaun Kritikal Bipk Ditangguh

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 681 hits
Pemansuhan Elaun Kritikal BIPK Ditangguh Tun Dr Mahathir Mohammad bersetuju menangguhkan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal bagi penjawat awam 33 Skim Perkhidmatan Kritikal Pemansuhan Elaun Kritikal Ditangguh Menteri Belia da...
Pemansuhan Elaun Elaun Perkhidmatan Mampu Jejas Kualiti Perkhidmatan Awam Negara

Pemansuhan Elaun Elaun Perkhidmatan Mampu Jejas Kualiti Perkhidmatan Awam Negara

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 475 hits
Kenyataan oleh ZAHIR HASSAN Pengerusi KeadilanWilayah Persekututan PEMANSUHAN ELAUN ELAUN PERKHIDMATAN MAMPU JEJAS KUALITI PERKHIDMATAN AWPemansuhan beberapa skim elaun oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang diumumkan oleh kerajaan baru baru i...
Anwar Gesa Kerajaan Bincang Semula Keputusan Hapuskan Elaun Kritikal Perkhidmatan Awam

Anwar Gesa Kerajaan Bincang Semula Keputusan Hapuskan Elaun Kritikal Perkhidmatan Awam

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 437 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat mahu kerajaan mempertimbangkan semula keputusan menghapuskan elaun perkhidmatan kritikal bagi 33 skim perkhidmatan awam tahun hadapan Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini Anwar yang juga merupakan ah...
Anwar Gesa Pemansuhan Elaun Khidmat Kritikal Dibincang Semula

Anwar Gesa Pemansuhan Elaun Khidmat Kritikal Dibincang Semula

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 295 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa kabinet membincangkan semula keputusan menamatkan pemberian bayaran insentif perkhidmatan kritikal kepada penjawat awam profesional yang menyertai perkhidmatan awam bermula tahun depan Beliau berkata ia b...
Elaun Kritikal Dimansuhkan Pemansuhan Bipk Tahun 2020

Elaun Kritikal Dimansuhkan Pemansuhan Bipk Tahun 2020

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 606 hits
SOURCE appeared first on Elaun Kritikal Dimansuhkan Pemansuhan BIPK Tahun 2020 Dahulu ramai yang mahu bergelar kakitangan awam dek kerana beberapa keistimewaan yang ditawarkan dalam sektor awam Dalam pada masa yang sama terdapat elaun yang ...
Pm Setuju Tangguh Pemansuhan Elaun Kritikal Kata Syed Saddiq

Pm Setuju Tangguh Pemansuhan Elaun Kritikal Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 257 hits
PM setuju tangguh pemansuhan elaun kritikal kata Syed Saddiq Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 27 Dec 2019 1 14P
Dalang Yang Hapuskan Elaun Kritikal Doktor

Dalang Yang Hapuskan Elaun Kritikal Doktor

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 942 hits
JIKA merujuk pekeliling JPA kita boleh tahu pihak manakah yang telah memutuskan untuk menghapuskan elaun kritikal profesional muda seperti doktor Ianya diputuskan di dalam satu mesyuarat khas kabinet yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir sen...
Punca Pelbagai Elaun Penjawat Awam Baru Dimansuh

Punca Pelbagai Elaun Penjawat Awam Baru Dimansuh

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 575 hits
1 Pemansuhan elaun Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal hanya melibatkan pelantikan baharu mulai 1 Januari 2020 kakitangan lama yang bekerja sebelum tahun 2020 tak terkesan 2 Elaun lain yang turut dimansuh adalah Bayaran Insentif Menaip J...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Jakim Sets Up Special Hotline To Channel Complaints Regarding Insults To Islam

Targeted Tourist Arrival Figures Mostly Hits Or Misses

6 Bulan Sudah Berlalu

Kenapa Media Takut Sebut Gomo Kini Rapat Dengan Mahathir

Di Mana Letaknya Negeri Syam Sekarang

Influencer Marketing For Businesses