Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal Hanya Libatkan Lantikan Baharu Tahun Depan


Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) hanya melibatkan pelantikan baharu sahaja yang dilantik mulai 1 Januari 2020, kata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

JPA dalam kenyataan hari ini berkata penerima BIPK sedia ada tidak terjejas dan akan terus menikmati pembayaran BIPK secara Khas Untuk Penyandang (KUP) mengikut kadar sedia ada yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 sehingga meninggalkan perkhidmatan.
"Bagi pegawai yang berkhidmat secara kontrak, sekiranya tarikh tamat kontrak dan pelantikan semula melalui kontrak baharu pegawai adalah secara terus-menerus dan tidak terputus tempoh perkhidmatannya, maka pegawai masih layak untuk terus menerima BIPK dalam perkhidmatan kontraknya," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan maklumat yang tular di media sosial semalam yang mempersoalkan pemansuhan BIPK.
JPA menjelaskan, walaupun beberapa elaun termasuk BIPK telah dimansuhkan, kajian elaun sentiasa dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa.



Katanya JPA dan Kerajaan masih mempertimbangkan pemberian elaun jika terdapat mana-mana skim perkhidmatan atau disiplin tertentu yang memenuhi kriteria pemberian elaun yang ditetapkan.


Menurut JPA, BIPK mula diperkenalkan semasa Sistem Saraan Baru (SSB) pada tahun 1992 yang secara prinsipnya, tahap kritikal sesuatu perkhidmatan akan berubah mengikut keadaan dan keperluan berdasarkan kepada penawaran dan permintaan sesuatu disiplin perkhidmatan dalam pasaran semasa.

"Ini bermakna bahawa sesuatu perkhidmatan kritikal itu boleh berubah menjadi kurang kritikal dan juga sebaliknya. Atas hakikat ini, kajian dan penilaian teliti yang berterusan adalah perlu bagi pelaksanaan Perkhidmatan Kritikal," jelasnya.

Selaras dengan laporan SSB itu juga, JPA berkata kajian mengenai BIPK secara berterusan hendaklah dilaksanakan setiap lima tahun bagi menentukan kewajaran pemberiannya.

"Dari segi prinsipnya, pemberian BIPK adalah tidak kekal serta boleh ditarik balik apabila skim-skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi kritikal," katanya.

JPA berkata sejak dilaksanakan selama 27 tahun, kajian BIPK telah dilaksanakan hanya sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1997, 2001 dan 2007.


Menurutnya kajian terbaharu dilaksanakan pada 2019 mendapati kesemua 33 skim perkhidmatan yang diperuntukkan dengan BIPK tidak lagi menepati kriteria pemberian asal iaitu skim-skim perkhidmatan berkenaan tidak lagi kritikal kerana tidak lagi memenuhi kriteria ciri-ciri penawaran yang rendah serta pengisian jawatan yang sukar dilakukan.

Antara skim perkhidmatan tersebut ialah Pegawai Kawalan Trafik Udara, Pegawai Perubatan, Pembantu Perubatan, Penerbit Rancangan, Arkitek, Arkitek Laut, Jururawat, Jurutera, Jurutera Laut, Pegawai Farmasi, Pegawai Perikanan, Pegawai Pergigian, Pegawai Undang-Undang, Pegawai Penyelidikan serta Juruukur Bahan.

"Diharapkan penjelasan ini dapat memberikan gambaran sebenar tentang pelaksanaan BIPK kepada anggota perkhidmatan awam yang terlibat dan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada rakyat," kata JPA.

-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/12/pemansuhan-bayaran-insentif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal Mesti Dikekalkan

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal Mesti Dikekalkan

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 346 hits
TUAN IBRAHIM TUAN MAN PARTI Islam Se Malaysia meminta Jabatan Perkhidmatan Awam menarik balik pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal seperti yang diumumkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 Pengukuhan Pelaksana...
Elaun Kritikal Dimansuhkan Pemansuhan Bipk Tahun 2020

Elaun Kritikal Dimansuhkan Pemansuhan Bipk Tahun 2020

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 694 hits
SOURCE appeared first on Elaun Kritikal Dimansuhkan Pemansuhan BIPK Tahun 2020 Dahulu ramai yang mahu bergelar kakitangan awam dek kerana beberapa keistimewaan yang ditawarkan dalam sektor awam Dalam pada masa yang sama terdapat elaun yang ...
Pemansuhan Insentif Khidmat Kritikal Langkah Terbelakang

Pemansuhan Insentif Khidmat Kritikal Langkah Terbelakang

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 458 hits
Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan memansuhkan bayaran insentif perkhidmatan kritikal Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata langkah itu dilihat sebagai langkah terbelakang yang dib...
Taman Tema Terbesar Di Rusia Bakal Dibuka Tahun Depan

Taman Tema Terbesar Di Rusia Bakal Dibuka Tahun Depan

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 353 hits
Taman tema terbesar di Rusia bakal dibuka tahun depan Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 14 Dec 2019 11 00PM
Polis Melarang Dron Peribadi Diterbangkan Pada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2020

Polis Melarang Dron Peribadi Diterbangkan Pada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2020

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 461 hits
https ift tt eA8V8J Polis kini telah mengeluarkan amaran melarang mana mana pihak untuk menerbangkan dron pada sambutan ambang tahun baru 2020 tanpa kebenaran pada malam esok Pihak polis akan mengambil tindakan kepada individu yang gagal me...
Menteri Arifin Minta Transisi Blok Rokan Ke Pertamina Rampung Tahun Depan

Menteri Arifin Minta Transisi Blok Rokan Ke Pertamina Rampung Tahun Depan

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 305 hits
Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Arifin Tasrif meminta proses transisi alih kelola Blok Rokan dari Chevron Pasific Indonesia ke PT Pertamina bisa segera diselesaikan tahun depan Saat ini proses alih kelola antara kedua belah pihak ter...
Kesehatan Kivlan Zein Menurun Sidang Kepemilikan Senjata Api Dilanjutkan Tahun Depan

Kesehatan Kivlan Zein Menurun Sidang Kepemilikan Senjata Api Dilanjutkan Tahun Depan

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 286 hits
Sidang eksepsi terdakwa kasus kepemilikan senjata api Kivlan Zen kembali ditunda Penundaan dilakukan lantaran kondisi kesehatan Kivlan Zen menurun
Subsidi Petrol Tangguh Tahun Depan Tiada Kenaikan Harga Ron95 Kan

Subsidi Petrol Tangguh Tahun Depan Tiada Kenaikan Harga Ron95 Kan

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 512 hits
Kabinet memutuskan supaya pelaksanaan Program Subsidi Petrol tidak diteruskan sehingga ditentukan kelak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan yang dibuat pada 18 Disem...
Perutusan Tahun Baharu 2020 Menteri Besar Terengganu Darul Iman

Perutusan Tahun Baharu 2020 Menteri Besar Terengganu Darul Iman

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 820 hits
Tahun Baharu 2020 Terus Mengorak Langkah Memacu TerengganuAlhamdulillah Terengganu mencatat kemajuan sepanjang tahun 2019 selari dengan hasrat dalam Bajet 2019 yang lalu bertemakan Negeri Berkat Rakyat Sejahtera Perkembangan ini memanfaatka...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Kekuatan Sebenar Emas Kenapa Perlu Pegang Fizikal

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Connie Francis Pretty Little Baby Chord

Bunga Memahami Chord