Pemanis Gula Tanpa Kalori Zerro Joymix Sebagai Pengganti Gula
Pemanis Gula Tanpa Kalori Zerro Joymix Sebagai Pengganti Gula | Baru - baru ini Wani diperkenalkan dengan Zerro Zero Calorie iaitu pemanis tanpa kalori, dengar lagi sekali ya pemanis tanpa kalori. Syukur rasanya dapat jumpa dengan produk Zerro keluaran dari JoyMix ini. Abah dan bonda memang ada diabetes, buat masa sekarang selalu pergi ulang -alik check - up ke hospital untuk mengetahui tahap kesihatan mereka.
Dan disebabkan dah ada kencing manis, mereka sangat berhati - hati dalam soal pengambilan makanan harian
Sebelum ini, memang Wani suka baking buat kek, muffin, kuih, untuk makan sendiri dan family lah ya. Kemudian, terpaksa berhenti dah sekejap sebab Wani pun tak nak bonda dan abah makan manis sangat terutamanya jenis - jenis kuih dan kek tu Dah lah bonda peminat tegar kek buah, terpaksa daku stop buat, kalau tak dia yang makan banyak. :(.
Baca sini >>> Minuman Arwa Keluaran Imanni Dengan 8 Makanan Sunnah Sesuai Untuk Minuman Seisi Keluarga
Buah - buahan, nasi, kuih, kek dan segala jenis bentuk makanan sekalipun ke semuanya mengandungi gula. Sebenarnya gula bukan tak penting dalam tubuh badan, tapi penggunaan gula yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan kesan negatif yang membawa pelbagai penyakit kepada tubuh badan kita.
Apa kata, gantikan gula putih yang selalu kita guna dalam penggunaan harian terutamanya dalam masakan dan minuman kita kepada Zerro calorie sugar. Sudah tentunya kita tak perlu rasa risau dan serba salah sebab produk Zerro adalah gula tanpa kalori.
3 Sebab Zerro Zero Calorie Joymix Sebagai Pengganti Gula
1. Membantu mengurangkan kadar gula dalam darah terutamanya kepada pesakit diabetis
Untuk pesakit diabetes khususnya, pengambilan Zerro calorie ini sangat membantu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. Amalan gaya hidup yang sihat terutamanya dari segi pemakanan sangat penting. Ini kerana pengambilan Zerro gula tanpa kalori ini tidak akan meningkatkan paras gula dalam darah. Ia sememangnya "kosong" (Zerro) tanpa kalori.
Untuk pengetahuan korang semua, mesti ramai nak tahu rasa manis tapi tak ada kalori. macam mana tu ? Zerro ini akan diserap masuk ke dalam usus kita tapi ia tidak akan dapat dimetabolisme oleh tubuh kita tetapi sebaliknya ia akan keluar sebagai air kencing.
Gula putih apabila diproses dalam tubuh ia akan bertukar menjadi glukosa. Tetapi, apa yang korang perlu hati - hati, sekiranya tidak dikawal, pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan glukosa tinggi dalam darah.
2. Sebagai pengganti gula dalam makanan dan minuman
Tunas rasa kita memang dah terbiasa dengan benda manis, kalau tawar memang tak naik selera nak makan ataupun minum kan. Kalau asyik dengan gula putih lebih lagi amalan makan gula putih pula yang tak terkawal. Lagi banyak kesan sampingan yang tidak sihat untuk tubuh.
Memandangkan Zerro juga berperanan sebagai pengganti kepada gula putih, ia memang sesuai untuk kegunaan harian dalam masakan, baking dan juga minuman. Zerro ni bukan terhad kepada pesakit diabetes saja ya, nanti ingat pesakit diabetes jerr boleh makan. Kepada orang yang nak mengamalkan gaya hidup sihat, boleh juga nak bertukar kepada gula tanpa kalori ini.
Baca sini >>> Master Pasto Hanya Panaskan dalam 3 Minit Dah Siap Spageti Segera Untuk Dimakan
Lebih lagi, amalan pemakanan kita ada sahaja nak dimasukkan gula kan.
3. Dapat membantu dalam menurunkan berat badan
Sudah biasa kita dengar makan pencuci mulut seperti kek atau makanan yang manis memang akan menjadi gemuk. Ikut kajian memang betul. sebab kek dan kuih yang mengandungi gula yang berlebihan boleh menyebabkan kalori yang berlebihan dalam tubuh badan bertukar menjadi lemak.
Lagipun, amalan sihat seperti senaman bukan menjadi budaya masyarakat kita sebab terlalu sibuk dengan kehidupan bekerja. Sebagai alternatif lain, dalam mencapai misi untuk menguruskan badan, Zerro juga dapat membantu dalam menurunkan berat badan yang ideal. Siapa lah yang tak nak kuruskan badan semua orang nak mencapai berat ideal masing - masing. Jadi Zerro adalah pilihan yang tepat.
Semestinya Zerro Joymix Halal
Buat korang yang tertanya - tanya gula tanpa kalori ini halal ke tidak, jangan risau ya, Zerro Joy Mix memang ada logo halal dan tidak mengandungi sebarang bahan yang diragui. Ianya selamat untuk dimakan. Bukan setakat selamat, lagi sihat untuk tubuh badan kita.
Packaging Yang Mudah Disimpan
Tertarik dengan packaging nya yang mudah disimpan. Korang tak perlu bersusah - payah nak salin letak dalam bekas lain. Gunting bahagian atasnya dah ada macam zipper di dalam untuk tutup balik selepas buka. Mudah kan.
Jom Bertukar Kepada Pemanis Tanpa Kalori Zerro Joymix
Disebabkan terlalu excited nak mencuba Zerro :), Inilah hasil review dari Wani sendiri, Zerro tekstur gulanya halus tak macam gula putih, tapi yang berbeza Zerro adalah gula tanpa kalori. Kalau korang yang minat baking, memang patut tukar gula putih kepada Zerro. Tapi bukan untuk baking sahaja ya, letak dalam masakan dan minuman pun boleh. Dah namanya pemanis kan. Lagipun, gula Zerro kalau rasa macam ada rasa "cooling effect" sikit. Memang berbeza tapi rasa manis :D.
Siapa peminat roti gula ? Ada tak ? Kalau korang nak tahu, Wani memang peminat roti gula. Kalau beli kat kedai macam penuh sangat gula pasir atas roti kan. Pernah sekali buat, sebab tak boleh nak buat banyak - banyak jadi dah makan gula dah. :D.
Baca sini >>> Set Penjagaan Rambut Asmak Hair Care Mampu Mengatasi Masalah Rambut Dan Sesuai Untuk Seisi Keluarga
Memang sesuai untuk breakfast lagipun gula Zerro selamat tanpa kalori, jadi tidak perlu risau dah nak makan banyak mana.
Menu wajib negeri Kelantan, gulai kuning ikan kering. Kalau sebelum ini biasa guna gula putih, Sekarang dah bertukar kepada Zerro
Yang mana nak habiskan roti expired bolehlah buat macam ini ya. Roti gula zerro namanya, memang laku keras lah kat rumah tu. Selain daripada roti gula, Zerro ini juga dimasukkan dalam minuman dan juga dalam masakan.
Bagi sesiapa yang nak mendapatkan gula Zerro ini, korang boleh dapatkan maklumat lanjut seperti di bawah. Buatlah pilihan bijak demi kesihatan anda :
Harga hanya RM 28 sahaja dan untuk semenanjung Malaysia, penghantaran adalah percuma
Website : https://www.joypremix.com/
Facebook : https://www.facebook.com/joypremix/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.wanisukarno.com/2019/09/pemanis-gula-tanpa-kalori-zerro-joymix-sebagai-pengganti-gula-dalam-masakan-dan-minuman.html