Pemandu Treler Nahas Ragut 10 Nyawa Mengaku Tak Salah


 
Pemandu treler Mohd Rafi Jaafar, 37, (tengah) dihadapkan di Mahkamah Majistret, atas 10 pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan 10 individu, termasuk sembilan sekeluarga maut dalam tragedi Sabtu lalu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan 10 individu, termasuk sembilan beranak di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan.
Mohd Rafi Jaafar, 37, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan ke atasnya dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang memandu treler jenis Hanvan didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam dan sehingga berlaku kemalangan dan mengorbankan 10 nyawa, menurut laporan Berita Harian.
Mangsa korban termasuk sembilan beranak, iaitu ibu serta lapan anaknya, selain seorang lelaki.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kilometer 8.3 Lebuhraya ELITE dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke arah Shah Alam, kira-kira jam 12.02 malam, 18 Disember lalu.
Mohd Rafi dituduh mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan.
Treler yang terbabit dalam kemalangan maut meragut 10 nyawa di Lebuhraya ELITE Sabtu lalu.Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan lesen memandu ditahan dan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi.
Tertuduh bagaimanapun merayu jaminan dikurangkan atas alasan isterinya tidak bekerja dan kini menjaga seorang anak yang sakit di Hospital Melaka.
Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan bersama syarat tambahan lesen memandu digantung serta merta.
Selain itu, mahkamah memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan kediamannya pada minggu pertama setiap bulan.
Kes ditetapkan untuk sebutan pada 27 Januari 2022.
Pihak pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Selangor, Mohammad Al-Saifi Hashim dan Mohd Asnawi Abu Hanipah serta Saidah Fasihah Che Yussoff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sabtu lalu, sepuluh individu dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya ELITE menghala ke Shah Alam, di Subang Jaya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/12/pemandu-treler-nahas-ragut-10-nyawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjara 110 Tahun Itu Hukuman Yang Diterima Pemandu Treler Terlibat Nahas Jalan Raya

Penjara 110 Tahun Itu Hukuman Yang Diterima Pemandu Treler Terlibat Nahas Jalan Raya

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 330 hits
Denver Seorang pemandu treler dijatuhi hukuman penjara 110 tahun pada Isnin kerana menyebabkan kematian dalam nahas jalan raya di Colorado pada 2019 Rogel Aguilera Mederos didapati bersalah pada Oktober atas lebih 20 pertuduhan termasuk men...
Nahas 10 Maut Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah

Nahas 10 Maut Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 382 hits
Nahas 10 maut Pemandu lori mengaku tidak bersalah Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan 10 individu termasuk sembilan beranak di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan Moh...
Staf Hospital Kajang Mengaku Tak Salah Terima Suapan Urus Jenazah

Staf Hospital Kajang Mengaku Tak Salah Terima Suapan Urus Jenazah

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 214 hits
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5 000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin IPOH Selepas tiga rakan sekerjanya didakwa di Shah Alam semalam seorang lagi kakitangan Hospital Kajang Selangor didakwa di Mahkamah Sesyen at...
Pemandu Proton Wira Dikatakan Sedang Hidupkan Bateri Kereta Di Lorong Kecemasan Sebelum Dirempuh Treler

Pemandu Proton Wira Dikatakan Sedang Hidupkan Bateri Kereta Di Lorong Kecemasan Sebelum Dirempuh Treler

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 469 hits
Pemandu Proton Wira dikatakan sedang hidupkan bateri kereta di lorong kecemasan sebelum dirempuh treler10 individu termasuk lapan kanak kanak maut dalam kemalangan awal pagi Sabtu KERETA yang dinaiki sembilan beranak lapan daripadanya yang ...
Banjir Kini Ragut 27 Nyawa

Banjir Kini Ragut 27 Nyawa

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 270 hits
Selain di Seksyen 25 Taman Sri Muda Shah Alam mayat mangsa banjir turut ditemui di Kajang Sungai Buloh dan terbaharu di Klang KUALA LUMPUR Banjir besar yang melanda negara sejak Sabtu lepas sehingga kini telah mengorbankan 27 nyawa jumlah y...
Sarjan Polis Mengaku Tak Salah Beri Keterangan Palsu Di Mahkamah

Sarjan Polis Mengaku Tak Salah Beri Keterangan Palsu Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 270 hits
Mohd Fauzi Zahari 40 didakwa melakukan perbuatan itu semasa menjadi saksi pendakwaan dalam kes perbicaraan rasuah dan peras ugut membabitkan tujuh anggota dan pegawai pasukan polis marin di Mahkamah Sesyen Dua Kuantan 26 April lalu KUANTAN ...
Banjir Di Selangor Ragut 9 Nyawa 6 Daripadanya Di Taman Sri Muda

Banjir Di Selangor Ragut 9 Nyawa 6 Daripadanya Di Taman Sri Muda

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 357 hits
Oleh Orang ramai membantu mangsa dalam kejadian banjir disekitar Taman Seri Muda Shah Alam hari ini GAMBAR Abd Razak Aid KEADAAN banjir di luar jangka melanda Lembah Klang terutama Selangor sejauh ini dilaporkan telah meragut sembilan nyawa...
Walau Banjir Besar Ragut Nyawa Menteri Hadiri Majlis Tari Menari

Walau Banjir Besar Ragut Nyawa Menteri Hadiri Majlis Tari Menari

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 307 hits
FAZLI RADZIWajah Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri yang terpampang di pentas majlis tari menari di Eastin Hotel Kuala Lumpur berlaku ketika ribuan rakyat terjejas akibat banjir besar akhir tahun ini Gambar Nancy ya...
Wild Boar Goes Viral For Crashing Into A Wedding Feast Haram Or A Statement For More Sustainability

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

Kitingan Formulating New Gbs Pact To Take On Grs

Ideas Mongolian Beef Ramen Recipe Easy

What You Need To Know About Intellectual Property In Malaysia

Ihr Weg Zum Erfolg Im Playjango Casino

Lirik Lagu Sinaran Rossa Ft Mk K Clique


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


6 Hari 5 Malam Ke Sana Ke Sini

Barang Penting Yang Perlu Ada Di Setiap Dapur Rumah Di Malaysia

Bersyukurlah Tanpa Perlu Menunggu Engkau Cukup Segalanya

Radiasi Dalam Perubatan Kawan Atau Lawan

Wilderness Survival Essential Mastering Backcountry Water Purification

Lambat Kahwin Bukan Hukuman Tapi Masa Untuk Allah Mendidik Aku Jadi Insan Yang Lebih Kuat