Pemandu Teksi Disangka Hilang Rupanya Kena Tahan Bawah Sosma


Manzaidi Mohd Amin Peguam, Zulhazmi Shariff (kiri) bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bercakap kepada media mengenai seorang pemandu teksi yang ditahan polis bawah Akta Sosma di Pusat Perniagaan World Wide, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad kecewa dengan tindakan polis Balai Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor yang menahan seorang pemandu teksi tanpa memaklumkan kepada keluarga sehingga beberapa hari.
Katanya, keluarga terbabit seperti hilang arah apabila mendapati pemandu teksi, Mohd Saiful Mohd Zain, 38, yang keluar pada 25 Mac lalu tidak pulang ke rumah selepas dikatakan mengambil penumpang pada jam 2.45 pagi di kawasan Kuala Selangor.
“Keluarga risau dan bimbang apabila Mohd Saiful tidak pulang selama tiga empat hari dan mereka berusaha mencarinya di merata tempat sebelum memutuskan untuk membuat laporan polis.
“Bagaimanapun, pada hari kelima iaitu 29 Mac, keluarga itu dimaklumkan oleh warisnya yang juga anggota polis bahawa Mohd Saiful ada di lokap IPD Kuala Selangor ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
“Namun begitu, apabila keluarga pergi ke IPD Kuala Selangor, mereka tidak dibenarkan berjumpa dengan Mohd Saiful termasuklah hendak menggunakan khidmat peguam,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Menurut Khalid, pemandu teksi itu merupakan anak tempatan Shah Alam dan mempunyai empat anak termasuk seorang daripadanya Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 10 tahun.
Katanya, Mohd Saiful juga mempunyai seorang isteri yang kini dalam keadaan trauma dan sugul selepas mendapat tahu suaminya ditahan di bawah SOSMA tetapi disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara itu berkata, setakat beliau tidak tahu secara terperinci berhubung penahanan Mohd Saiful dan hanya mengetahui OKT ditahan di IPD Kuala Selangor.
“Saya telah melantik peguam, Mohd Zulhazmi Shariff dan menyerahkan kepadanya untuk mewakili Mohd Saiful selain usaha ini dapat menenangkan keluarga OKT yang kini dalam kerisauan.
“SOSMA merupakan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan telah dipertahankan penggunaannya atas alasan keperluan undang-undang yang sebegini rupa untuk menangani masalah jenayah, iaitu gangsterisme, terrorisme dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, peguam, Mohd Zuhazmi berkata, pada Jumaat lalu, beliau menghubungi IPD Kuala Selangor dan dapat bercakap dengan pegawai polis yang menjaga OKT.
Katanya, beliau cuba mengatur temujanji untuk bertemu dengan pegawai penyiasat dan anak guamnya tetapi tidak diberikan makluman tarikh untuk mengadakan perjumpaan.
“Pagi tadi, saya hubungi sekali lagi IPD Kuala Selangor dan dimaklumkan saya dibenarkan untuk berjumpa. Tengok esok (Rabu) atau lusa (Khamis) saya akan berjumpa dengan OKT selepas berurusan dengan keluarganya dahulu.
“Cuma persoalan saya dalam kes ini, OKT ditahan pada 25 Mac 2021 jam 2.45 pagi dan dalam apa kes sekali pun, prosedur biasa pihak berkuasa mesti memaklumkan kepada keluarga OKT.
“Kami dimaklumkan keluarga tidak diberitahu pun OKT ditahan dan keluarga terpaksa mencari sendiri sehingga hendak membuat laporan polis mengenai kehilangannya,” katanya.
Jelas Mohd Zulhazmi, sehingga kini, beliau belum mendapat maklumat lengkap selagi tidak berjumpa dengan OKT sendiri. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/pemandu-teksi-disangka-hilang-rupanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persis Kisah Drama Wanita Terkejut Pengantin Rupanya Anak Kandung Yang Hilang 20 Tahun Lalu

Persis Kisah Drama Wanita Terkejut Pengantin Rupanya Anak Kandung Yang Hilang 20 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 204 hits
Jika sebelum ini anda menyaksikan lakonan dalam drama di kaca televisyen mempunyai jalan cerita yang agak rumit Namun siapa sangka kisah ibu dan anak ini telah menjadi perhatian seluruh dunia Difahamkan anak lelaki kepada seorang wanita tel...
Sangka Suami Hilang Isteri Laporkan Ke Polis Rupanya Suami Sibuk Luangkan Masa Menginap Di Rumah Kekasih Gelap

Sangka Suami Hilang Isteri Laporkan Ke Polis Rupanya Suami Sibuk Luangkan Masa Menginap Di Rumah Kekasih Gelap

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 324 hits
244 total views 244 views today Seorang perempuan dari Sumatera Selatan telah membuat laporan polis setelah risau akan suaminya yang tidak pulang ke rumah Apa yang mengejutkan suaminya yang berusia 30 tahun itu ditemukan dalam keadaan baik ...
Tahan Pemandu Di Jalan Raya Seorang Remaja Digilis Dan Diheret Lori Tersebut

Tahan Pemandu Di Jalan Raya Seorang Remaja Digilis Dan Diheret Lori Tersebut

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 126 hits
Baru baru ini sebuah video memaparkan aksi berani mati empat orang remaja yang nekad menahan sebuah lori secara tiba tiba di tengah jalan raya dekat Perempatan Sentul Bogor mencuri perhatian ramai Sekiranya anda menonton video tersebut kump...
Pas Hilang Semua Kerusi Jika Bertanding Di Bawah Pn Kata Ketua Umno Johor

Pas Hilang Semua Kerusi Jika Bertanding Di Bawah Pn Kata Ketua Umno Johor

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 258 hits
freemalaysiatoday com March 28 2021 7 18 PMHasni Mohammad juga menggesa supaya autonomi diberikan kepada kepemimpinan negeri untuk menentukan pembahagian kerusi KUALA LUMPUR Ketua Umno Johor Hasni Mohammad berkata beliau sudah memberi amara...
Lama Menghilangkan Diri Dari Industri Hiburan Rupanya Dalam Diam Ini Kehidupan Baru Wahid Senario Yang Ramai Tak Tahu

Lama Menghilangkan Diri Dari Industri Hiburan Rupanya Dalam Diam Ini Kehidupan Baru Wahid Senario Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 767 hits
Seketika dahulu kumpulan lawak Senario menjadi fenomena hebat dalam industri lawak tanah air Setiap cerita filem drama pentas dan program televisyen akan dipenuhi dengan mereka ini
Bunyi Guruh Bagai Nak Luruh Bumbung Pwtc Rupanya Tempikan Silat Pulut Pemimpin Umno

Bunyi Guruh Bagai Nak Luruh Bumbung Pwtc Rupanya Tempikan Silat Pulut Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 304 hits
Kah Kah Kah Bunyi Guruh Bagai Nak Luruh Bumbung PWTC Rupanya Tempikan Silat Pulut Pemimpin UMNO Mahathir Khalid Naib Presiden UMNO pengerusi TNB Letak Lah Jawatan Ismail Sabri Naib Presiden UMNO Letak Lah Jawatan Tajudin Pengarah Pilihanray...
Diuar Uarkan Sebagai Singa Rupanya Yang Ada Dalam Sangkar Zoo China Adalah Anjing

Diuar Uarkan Sebagai Singa Rupanya Yang Ada Dalam Sangkar Zoo China Adalah Anjing

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 255 hits
Baru baru ini sebuah zoo di Xichang China menjadi tular selepas pengunjung mendapati bahawa terdapat sesuatu yang luarbiasa dalam kandang singa Afrika Seorang pengunjung bernama Tang mengongsikan video yang memaparkan papan tanda berdekatan...
12 Tahun Dah Rupanya

12 Tahun Dah Rupanya

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 156 hits
Hi korang Hari ni SA sambut anniversary 12 tahun SA kerja kat Malakoff ni syukur masih kekal setia kat sini dan dipermudahkan segalannya selama ni pejam celik pejam celik je suka duka kerja kat sini kan puas lalui macam macam dugaan dari ja...
Payaterubong Seminggu Tak Nampak Rupanya Dah Mereput Dalam Bilik Air

Payaterubong Seminggu Tak Nampak Rupanya Dah Mereput Dalam Bilik Air

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 229 hits
Mayat lelaki ditemukan hampir reput dalam bilik air rumahnya di Taman Desa Rahmat Persiaran Paya Terubong di sini hari ini Lelaki berkenaan dikenal pasti sebagai Mohd Rizal Che Ani 54 ditemukan terlentang dalam bilik air rumah berkenaan Jur...
Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Buat Apa Jika Terseliuh

Lafaz Zikir Hari Jumaat Dan Selawat Nabi Serta Fadhilatnya

Apa Itu Istighfar

21 Amazing Mother S Day Gifts For The Food Lover

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia