Pemandu Teksi Ancam Jatuhkan Pakatan Harapan


Nizam Zain  Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail bercakap pada sidang media khas mengenai kerajaan jangan pandang remeh isu pemandu teksi berdemo di Wisma Central, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL  KUALA LUMPUR – Pemandu teksi di seluruh negara tidak menolak kemungkinan untuk menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan kebajikan dan masalah golongan itu masih dipinggirkan sehingga ke hari ini.



Pengasas dan Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd. Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, kesal dengan sikap ‘pilih kasih’ Kementerian Pengangkutan, pihaknya komited untuk mengalihkan sokongan 85,000 pemandu teksi daripada PH kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Menurut Shamsubahrin, bagi tujuan itu beliau akan membuat Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kepimpinan BN dan Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam masa terdekat.

“Saya akan mengadakan satu temujanji dengan BN dan Tok Mad, saya nak buat satu MoU atas sokongan kita kepada BN pada pilihan raya akan datang.

“Sekiranya kita dapat kembalikan BN, kita nak Tok Mad membela industri teksi kita, saya akan hantar surat kepada Tok Mad minggu depan.

“Lebih baik kita sokong orang yang kita percaya, buat apa kita orang yang tak boleh percaya, lebih baik kita sokong Tok Mad, sudah tentu dia boleh bagi apa yang kita nak,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Central, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Shamsubahrin didakwa berjaya mengumpulkan sokongan pemandu teksi hingga 95 peratus kepada PH dalam PRU14 pada 9 Mei lalu.

Sokongan itu dicapai selepas kempen jom ubah kerajaan yang dilancarkan pihaknya tiga hari sebelum hari mengundi oleh pihaknya.

Ia susulan perkhidmatan e-hailing yang diperkenalkan Kerajaan BN sebelum ini didakwa mengancam ‘periuk nasi’ pemandu teksi sedia ada dan PH pula berjanji menghapuskan pesaing baharu dalam pengangkutan awam itu.

“Kita sebulat suara menukar Kerajaan Pusat kepada PH dengan dijanjikan apabila mereka berkuasa, Grab akan dihapuskan, sudahlah tak dihapuskan, lagi sokong ada lah.

“Dengan PH kita tak tandatangan MoU, tapi kita sebulat suara menyokong sebab atas apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan SPAD terhadap industri teksi

“Pada PRU14 lalu, kita ada lancarkan kempen jom ubah kerajaan, kalau dia (PH) tak buat sesuatu, kita akan lancar lagi kempen ini sekali lagi,” katanya.

Shamsubahrin juga akan berbincang dengan Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM) dan mana-mana pemimpin pemandu teksi di seluruh negara bagi memastikan mereka memberi sokongan bertulis itu kepada BN.

“Saya akan berjumpa dengan pemimpin GTSM dan beberapa ketua teksi, saya akan mengadakan perbincangan dan saya akan bawa mereka sekali berjumpa dengan Tok Mad,” katanya.

Katanya lagi, walaupun sebelum ini mereka memberi sokongan kepada PH untuk mentadbir Putrajaya, namun beliau akui kini mereka menyesal menukar Kerajaan Persekutuan.

“Pemandu teksi sekarang sudah menyesal sokong PH, saya sendiri pun dah menyesal sokong PH,” luahnya.

Tambahnya, walaupun Kerajaan BN sebelum didakwa terkenal dengan budaya rasuah, namun masih memberi bantuan kepada golongan pemandu teksi dengan pelbagai insentif.

“Lagi baik kita sokong balik UMNO-BN, sekurang-kurangnya dapat tayar percuma, kad minyak percuma, walaupun dulu kita tak suka dulu pasal isu Grab dan Uber.

“Walaupun kita tahu dia (UMNO-BN) berasuah, lantak lah. Ini kita tahu dia (PH) tak rasuah, tapi tolong pun tidak, sebelum kau dapat jawatan janji macam-macam, jangan asyik salahkan orang, cermin diri sendiri.

“Timbalan Menteri Pengangkutan boleh cakap dia sudah bantu banyak pemandu teksi, apa yang dia bantu? Sekarang saya pun dia tak kenal, orang politik (PH) memang tak boleh percaya.

“Pemandu teksi akan lakukan apa saja demi untuk mengharamkan Grab ataupun menyamaratakan industri teksi (e-hailing dan teksi),” ulasnya.

Katanya lagi, beliau masih berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan dan membuat rombakan Kabinet khususnya Kementerian Pengangkutan.

“Harapan saya Anwar jadi PM dan letak Nurul Izzah sebagai Menteri Pengangkutan, dia layak, dia ada otak, orang berpelajaran, lebih tinggi daripada Anthony Loke.

“Tolak tepi tali persaudaraan anak bapa, tapi dari segi profesionalisme, dari segi kerja, Nurul Izzah lebih layak diangkat ke jawatan Menteri Pengangkutan daripada Anthony Loke,” katanya lagi. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/pemandu-teksi-ancam-jatuhkan-pakatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Perlu Dipertanggungjawabkan Sekiranya Tidak Mampu Berbuat Apa Apa Mengenai Kenaikan 40 50 Harga Simen

Pakatan Harapan Perlu Dipertanggungjawabkan Sekiranya Tidak Mampu Berbuat Apa Apa Mengenai Kenaikan 40 50 Harga Simen

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 481 hits
Pakatan Harapan perlu dipertanggungjawabkan sekiranya tidak mampu berbuat apa apa mengenai kenaikan 40 50 harga simen Kenaikan mendadak ini bukan sahaja akan membuatkan syarikat syarikat kontraktor awam dan swasta yang terikat dengan harga ...
Jasa Azmin Ali Pada Pakatan Harapan

Jasa Azmin Ali Pada Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 368 hits
Insiden video mengenai pemimpin politik yang didakwa melakukan hubungan seksual yang dirakam menggunakan kamera intip baru baru ini bukanlah perkara yang baru di Malaysia Malah saya percaya ini bukanlah yang terakhir Rakyat Malaysia amat mu...
Pemandu Teksi Tetak Pekerja Stesen Minyak Rempuh Penunggang Motosikal

Pemandu Teksi Tetak Pekerja Stesen Minyak Rempuh Penunggang Motosikal

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 370 hits
Seorang pemandu teksi ditahan polis kerana menetak tangan pekerja stesen minyak di Desa Tun Razak Kuala Lumpur semalam Dalam kejadian yang berlaku di Stesen Petronas itu suspek terdahulu bertengkar mulut dengan pekerja warga Bangladesh itu ...
Azmin Preferred Pakatan Rakyat To Harapan Didn T Back Dr M At First

Azmin Preferred Pakatan Rakyat To Harapan Didn T Back Dr M At First

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 268 hits
Seemingly peeved at Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman s strong defence of the beleaguered Mohamed Azmin Ali Rais Hussin has taken a swipe at the latter s contributions to Pakatan Harapan Rais who sits on Bersatu s supr...
Berdosa Jika Tidak Tumbangkan Pakatan Harapan

Berdosa Jika Tidak Tumbangkan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 304 hits
ADAKAH FATUA INI BERKAIT DENGAN PERSEMPADANAN SEMULA YANG DISEBUT OLEH PRESIDEN UMNO JIKA HUKUMNYA WAJIB BERERTI JIKA TIDAK TUMBANGKAN P H BERERTI HUKUMNYA BERDOSA MAJLIS TOLONG SEBUTKAN NASNYA SEKALI SUPAYA RAKYAT UMAT ISLAM TIDAK KELIRU A...
The Jijik Politics That Pakatan Harapan Is Playing

The Jijik Politics That Pakatan Harapan Is Playing

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 249 hits
Raja Sara Petra Pakatan Harapan is complaining about the jijik politics being played regarding the video to bring down PKR leader and Economic Affairs Minister Azmin Ali What about the jijik politics being played against Umno Is it only jij...
Umur Pakatan Harapan Tak Panjang

Umur Pakatan Harapan Tak Panjang

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 352 hits
PAS beranggapan pelbagai konflik yang melanda dalam PH ketika ini menjadi petanda bahawa gabungan hayat kerajaan persekutuan itu tidak akan bertahan lama Dengan kemelut dalam PH pertelagahan yang timbul dalam kalangan mereka dengan isu raky...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching