Pemandu Pelancong Bandung Abhet
Sepanjang 5H4M kami di Bandung kami menggunakan perkhidmatan anak jati Bandung muslim bernama Abhet.
Dalam lingkungan umur 32 tahun seorang yang petah berbicara dan sepanjang perjalanan kami semua maklumat tentang Bandung di kongsi bersama kami
Sama seperti artikel aku yang terdahulu, kami amat bernasib baik setiap kali mengambil pemandu pelancong kerana kami dijagai dengan baik dan setiap informasi diberi setiap kali kami ke tempat pelancongan
Beliau tidak banyak masalah, kemana sahaja kami mahu pergi dibawa kami pergi tanpa soal. Cuma masalahnya, kami tak boleh tidur dalam kereta kerana beliau asik bercakap sahaja ..hahahahaa
Jika anda berminat menggunakan perkhidmatan Abhet ni boleh hubungi atau what apps beliau di +6281220364685
Kalau anda risau tentang kejujuran beliau anda boleh surf beliau di facebook beliau
Secara peribadi kami amat berpuas hati dengan perkhidmatan Abhet
Beliau bijak menyusun intineri kami di Bandung
Jika anda membawa anak-anak, intinerinya memang berbeza dengan kami. Jika anda membawa orang-orang tua intinerinya juga pasti berbeza
Terpulang pada anda untuk meminta beliau menyusun intineri dengan golongan pelancongan yang dibawa. Kami semua muda maka, intinerinya semua lasak-lasak belaka
Beliau juga mempunyai kepakaran dalam membawa pelancong dalam golongan yang besar. Jangan risau jika kumpulan anda kumpulan yang besar. Menurut Abhet jika kumpulan besar maka harga boleh dikurangkan
Kos boleh dibawa berbincang, setakat ini aku rasa kos beliau yang paling rendah. Aku tak mahu tulis kos 5H4M aku berada disana sebab ianya rahsia perniagaan beliau. Terpulang pada anda atau anda boleh mesej saya di blog ni
Apa yang kita hendak dari pemandu pelancong kita bukan kos tetapi tidak banyak karenah dan paling penting jujur. Dimana Abhet ni mempunyai kejujuran dalam perniagaannya, beliau tidak menipu harga tiket atau restoran
Aku rekemen ketat-ketat Abhet ni.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://haniftravel.blogspot.com/2019/10/pemandu-pelancong-bandung-abhet.html