Pemandu Mabuk Di Penjara 20 Tahun Dan Denda Rm100 000



BUTTERWORTH: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.Ia termasuk menaikkan denda daripada tidak lebih RM20,000 sehingga RM100,000 dan penjara 20 tahun berbanding 10 tahun ketika ini.“Kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman bagi Seksyen 41 (Akta Pengangkutan Jalan 1987) ini bagi mereka yang telah menyebabkan kemalangan sehingga menyebabkan kematian apabila memandu dalam keadaan mabuk.”Beliau berkata demikian selepas menziarahi 5 beradik yang kehilangan bapa mereka, Khairizul Mohamad Noor, 39, selepas dilanggar pemandu kereta dipercayai mabuk dalam kejadian Ahad lepas, di kediaman keluarga itu di Jalan Hj Mohd Saad, dekat Bagan Jermal hari ini.
Lim berkata, kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia agak tinggi, iaitu antara yang tertinggi di dunia.“Jadi, kita harus mendapat kerjasama daripada orang ramai sungguhpun kadar sebenarnya sudah menurun, tetapi kita harap dapat mengurangkan kadar itu. Kita tidak mahu lihat hampir 7,000 korban nyawa hampir setiap tahun akibat kemalangan jalan raya.”Terdahulu, Lim yang juga ahli Parlimen Bagan turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada 5 beradik itu.“Sebelum ini, kerajaan negeri, agensi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, termasuk pejabat Parlimen Bagan menyampaikan sumbangan kepada keluarga ini dan saya ucapkan takziah kepada keluarga ini dan harap ibu kanak-kanak ini akan cepat sedar dan sembuh.“Kita akan terus berikan bantuan dan perhatian kepada keluarga ini,” katanya.Dalam nahas kira-kira 5 pagi 9 Feb lepas, Khairizul meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya, Zuriana Hasan, 36, yang cedera parah dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya, dalam keadaan koma.Dalam kejadian itu, motosikal ditunggang suami isteri itu dilanggar dari belakang oleh kereta dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk di KM140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, susur ke Perai di Bukit Mertajam. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/02/pemandu-mabuk-di-penjara-20-tahun-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemandu Mabuk Bakal Berdepan Dengan Hukuman Penjara 20 Tahun

Pemandu Mabuk Bakal Berdepan Dengan Hukuman Penjara 20 Tahun

papar berkaitan - pada 14/2/2020 - jumlah : 348 hits
PUTRAJAYA 13 Feb Pemandu yang didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dadah dan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dicadangkan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun kata Menteri di Jabatan Perdana ...
Hukuman 20 Tahun Penjara Pemandu Mabuk Dipuji

Hukuman 20 Tahun Penjara Pemandu Mabuk Dipuji

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 280 hits
Pertubuhan Bukan Kerajaan Ikatan Komuniti Selamat memuji keputusan kerajaan mengkaji semula Akta Pengangkutan Jalan untuk hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk Bagaimanapun Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye menegaskan bahawa langkah it...
Syor Hukuman Penjara 20 Tahun Kepada Pemandu Mabuk

Syor Hukuman Penjara 20 Tahun Kepada Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 344 hits
Ketika ini hanya diperuntuk hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun denda tak kurang RM5 000 tidak lebih RM20 000PUTRAJAYA Pemandu yang didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dadah dan memandu secara berb...
Seramai 919 Pemandu Mabuk Ditahan Tahun Lepas

Seramai 919 Pemandu Mabuk Ditahan Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 360 hits
Seramai 919 individu ditahan mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk pada tahun lepas meningkat seramai 57 orang berbanding 862 orang pada tahun 2018 Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin...
Kerajaan Setuju Pemandu Mabuk Dipenjara 20 Tahun

Kerajaan Setuju Pemandu Mabuk Dipenjara 20 Tahun

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 351 hits
Kerajaan setuju pemandu mabuk dipenjara 20 tahunKerajaan dilaporkan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 berikutan kekerapan kes kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan kematian Menteri di...
Lagi Kemalangan Berpunca Dari Pemandu Mabuk Suami Meninggal Dunia Isteri Parah

Lagi Kemalangan Berpunca Dari Pemandu Mabuk Suami Meninggal Dunia Isteri Parah

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 555 hits
Korang tak rasa panas ke bila dengar berita ni Ohmedia tiap kali dengar kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk ni mesti akan rasa geram sangat sangat sampai menggigil rasa jari ni masa menaip Tadi terbaca satu lagi kemalangan maut yang...
Hilang Tiga Anak Sekelip Mata Dilanggar Pemandu Mabuk Si Ibu Pilih Maafkan Pelakunya

Hilang Tiga Anak Sekelip Mata Dilanggar Pemandu Mabuk Si Ibu Pilih Maafkan Pelakunya

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 350 hits
Tiga kanak kanak malang bersama seorang sepupunya maut dilanggar oleh seorang pemandu yang didakwa mabuk ketika ingin membeli aiskrim Samuel William Davidson berusia 29 tahun telah didakwa atas kesalahan melanggar keempat empat kanak kanak ...
Tinggal 5 Anak Masih Kecil Mak Ayah Mati Dilanggar Pemandu Mabuk

Tinggal 5 Anak Masih Kecil Mak Ayah Mati Dilanggar Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 498 hits
Seorang pekerja kilang maut manakala isterinya parah selepas motosikal mereka dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian di Kilometer 140 2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara berhampiran susur...
Suami Maut Isteri Cedera Dirempuh Pemandu Mabuk

Suami Maut Isteri Cedera Dirempuh Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 465 hits
BUKIT MERTAJAM Seorang pekerja kilang maut manakala isterinya parah selepas motosikal mereka dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian di Kilometer 140 2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara be...
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Budak Kilat

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas

Selamat Datang Victor Einar Gy Keres Ke Arsenal Fc

Sambal Tempoyak Masak Atau Kokek Tempoyak

What Unity Govt When Dap Always Attacking Us Says Gps Man

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Semak Baki Duit Tng Dalam Mykad Sebelum Beli Susu Anak

Musim Jerebu Datang Lagi Macam Mana Nak Jaga Anak

Lirik Lagu Berdaya Diri Putri Ariani

Nasi Goreng Cili Kering Dan Dunia Penuh Lakonan

Resepi Kepah Berlado

Jumaat Pertama Di Kota Mekah Almukarramah