Pemandu Lori Positif Dadah Langgar Lima Kenderaan


Oleh MASZUREEN HADZMAN KEADAAN lima kenderaan yang dirempuh pemandu lori yang memandu dalam pengaruh dadah di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur, hari ini.PETALING JAYA: Tindakan seorang pemandu lori yang memandu dalam pengaruh dadah menyebabkan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, dekat Sentul, Kuala Lumpur, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 tengah hari itu dipercayai berlaku selepas lori dipandu seorang lelaki seorang lelaki dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul. 
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komsioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, sebaik tiba di lampu isyarat Jalan Ipoh, lori terbabit telah gagal dikawal dan merempuh dengan laju lima buah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat. 
Kata beliau, kelima-lima kenderaan terlibat adalah dua kenderaan jenis Myvi berwarna Kuning dan putih serta masing-masing sebuah Proton X70, Honda HRV, Peugeot 208 FL. 
“Pemandu kenderaan Myvi berwarna kuning mengalami cedera ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di zon hijau Hospital Besar Kuala Lumpur.
“Manakala pemandu kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan kesemua mangsa telah mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Sarifuddin, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditahan dan dibuat ujian alkohol. 
Jelas beliau, hasil dari ujian awal alkohol mendapati pemandu tidak dalam pengaruh alkohol dan seterusnya di bawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin. 
“Siasatan diklasifikasikan di bawah Sek 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/ 69 atau mana- mana balai berdekatan,” jelasnya.
Terdahulu, tular di laman sosial sebuah lori melanggar beberapa kenderaan.
Video tular berkenaan diambil berdasarkan rakaman kamera perakam video (dashcam).
Rakaman berdurasi 46 saat itu merakamkan aksi sebuah lori tanpa muatan dari arah belakang merempuh kira-kira tujuh kenderaan berada di hadapan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/pemandu-lori-positif-dadah-langgar-lima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Patutlah Laju Semacam Pemandu Lori Positif Dadah Rempuh 5 Kenderaan

Patutlah Laju Semacam Pemandu Lori Positif Dadah Rempuh 5 Kenderaan

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 175 hits
The ReporterPolis menahan seorang pemandu lori yang didapati positif dadah selepas kenderaan yang dipandunya merempuh lima kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur semalam Dalam kejadian kira kira 2 40 petang itu ...
Myvi Kuning Hancur Pemandu Selamat 5 Kenderaan Dirempuh Lori Laju Positif Dadah

Myvi Kuning Hancur Pemandu Selamat 5 Kenderaan Dirempuh Lori Laju Positif Dadah

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 462 hits
SEMALAM tular di laman sosial sebuah video rakaman kamera papan pemuka berdurasi 55 saat memaparkan beberapa buah kenderaan mengalami kerosakan selepas dirempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh Kuala Lumpur
Pemandu Lori Rempuh Lima Kenderaan Didakwa Memandu Di Bawah Pengaruh Dadah

Pemandu Lori Rempuh Lima Kenderaan Didakwa Memandu Di Bawah Pengaruh Dadah

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 115 hits
Seorang pemandu lori yang videonya tular kerana merempuh lima kenderaan dan menyebabkan sebuah Perodua Myvi remuk teruk pada Isnin lepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kenderaan di bawah pengaruh dada...
Polis Pemandu Lori Rempuh 5 Kenderaan Sah Positif Dadah

Polis Pemandu Lori Rempuh 5 Kenderaan Sah Positif Dadah

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 138 hits
Polis menahan seorang pemandu lori yang didapati positif dadah selepas kenderaan yang dipandunya merempuh lima kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur semalam Dalam kejadian kira kira 2 40 petang itu seorang pema...
Pemandu Kelindan Maut Lori Terjunam Dalam Gaung Di Km43 5 Lebuhraya K Lumpur Karak

Pemandu Kelindan Maut Lori Terjunam Dalam Gaung Di Km43 5 Lebuhraya K Lumpur Karak

papar berkaitan - pada 3/9/2021 - jumlah : 209 hits
BENTONG Seorang pemandu lori dan kelindannya maut selepas kenderaan dinaiki mereka itu hilang kawalan lalu terjunam ke dalam gaung di KM 43 5 Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dekat sini semalam Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar ...
Lori Bawa Tar Rempuh 7 Kenderaan

Lori Bawa Tar Rempuh 7 Kenderaan

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 132 hits
Lori bawa tar rempuh 7 kenderaan Sebuah lori membawa muatan tar yang dipercayai mengalami masalah brek merempuh tujuh kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat Persiaran Bukit Rahman Putra 2 Sungai Buloh dekat sini petang tadi Dalam k...
Pasangan Suami Isteri Positif Dadah Ceroboh Pecahkan Pintu Kaca Ipd Ranau

Pasangan Suami Isteri Positif Dadah Ceroboh Pecahkan Pintu Kaca Ipd Ranau

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 189 hits
Keadaan papan tanda kaca IPD Ranau yang rosak ekoran dirempuh pasangan suami isteri dalam kejadian kelmarin Foto Ihsan PDRM RANAU Polis daerah ini menahan sepasang suami isteri ekoran tindakan pasangan itu menceroboh masuk Ibu Pejabat Polis...
Lori Rempuh Beberapa Kenderaan Di Simpang Lampu Isyarat Jalan Ipoh Kereta Myvi Remuk

Lori Rempuh Beberapa Kenderaan Di Simpang Lampu Isyarat Jalan Ipoh Kereta Myvi Remuk

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR Sebuah lori merempuh beberapa kenderaan dalam kejadian kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh Sentul di sini sehingga menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi remuk teruk petang tadi Nahas itu dipercayai berlaku pada...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Gaya Hidup Sihat 8 Perkara Yang Perlu Anda Amalkan

Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music