Pemandu Lori Ceroboh Masuk Istana Iskandariah Bawa Pistol Mainan Sebilah Pisau


bernama Ujian air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. - Foto BERNAMA
KANGAR: Seorang pemandu lori ditahan selepas merempuh masuk ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dengan membawa sepucuk pistol mainan dan sebilah pisau ketika menceroboh masuk istana berkenaan, pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ibrahim berkata dalam kejadian pukul 7.40 pagi itu, suspek Mohammad Lokman Mohammad Termizi, 30, yang menaiki kereta Perodua Myvi bertindak merempuh pagar utama hadapan Istana Iskandariah selepas dilarang pengawal istana yang bertugas. Beliau berkata curiga dengan tindakan lelaki itu, pengawal istana telah menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.

“Selepas tidak dibenarkan masuk, lelaki itu telah masuk ke dalam kenderaannya dan tiba-tiba merempuh pagar utama hadapan istana sehingga menyebabkan rantai dan mangga kunci putus serta pagar terbuka.
“Lelaki terbabit terus memecut masuk hingga ke anjung istana. Bantuan daripada unit Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) trafik yang sudah berada di anjung itu, cuba menahan namun berlaku pergelutan apabila dia bertindak mengacukan pistol mainan ke arah anggota polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar di sini hari ini.

Razali berkata hasil siasatan awal mendapati, suspek yang berasal dari Kampung Tersusun Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Tawai Gerik itu mendakwa melakukan pencerobohan kerana dipanggil ke istana berkenaan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

"Siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mendapatkan rekod kesihatan mental suspek berkenaan bagaimanapun setakat ini kita menganggap dia normal kerana dia bekerja sebagai pemandu lori, mempunyai isteri dan dua orang anak," katanya.

Mengulas lanjut, Razali berkata ujian air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine namun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 426 dan 447 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana pada pagar istana dan menceroboh istana,” katanya sambil menambah kes juga disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 8 Akta Senjata Api,” katanya-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/pemandu-lori-ceroboh-masuk-istana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Rempuh Pagar Istana Kuala Kangsar Bawa Pisau Pistol Mainan

Lelaki Rempuh Pagar Istana Kuala Kangsar Bawa Pisau Pistol Mainan

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 405 hits
Polis menahan seorang lelaki selepas dia bertindak merempuh pagar utama Istana Iskandariah di sini dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi hari ini Pada kejadian kira kira jam 7 40 pagi itu suspek berusia 30 tahun yang bekerja sebagai peman...
Petantang Petenteng Bawa Pistol Rakitan Saparudin Lebaran Di Penjara

Petantang Petenteng Bawa Pistol Rakitan Saparudin Lebaran Di Penjara

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 313 hits
Humas Polres OKI AKP Iryansyah mengungkapkan tersangka dilaporkan warga setempat yang resah atas ulahnya yang sering menunjukkan benda terlarang itu Pelaku juga kerap mendatangi perusahaan itu dengan nada ancaman
Lori Tangki Terbabas Pengawal Bawa Wang Tunai Maut Kemalangan

Lori Tangki Terbabas Pengawal Bawa Wang Tunai Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 443 hits
Seorang lelaki dipercayai pengawal maut selepas van kawalan keselamatan membawa wang tunai terbabit dalam kemalangan dengan lori tangki yang terbabas ke laluan bertentangan di Lebuh Raya Utara Selatan Menurut laporan Astro Awani Ketua Polis...
Pemandu Lori Sampah Tak Cuti Raya Lama Bimbang Sampah Bertimbun

Pemandu Lori Sampah Tak Cuti Raya Lama Bimbang Sampah Bertimbun

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 408 hits
Shukor Mohd Yasin yang sudah 6 tahun memandu lori kompaktor unit sisa pepejal SWM Environment berkata jumlah sampah meningkat berganda ketika PKPB KULAI Aidilfitri setiap tahun paling ditunggu tunggu umat Islam dengan ada yang mengambil cut...
Pendang Kelindan Maut Pemandu Lori Parah Dalam Kemalangan Dipercayai Akibat Mengantuk

Pendang Kelindan Maut Pemandu Lori Parah Dalam Kemalangan Dipercayai Akibat Mengantuk

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 319 hits
Dipercayai akibat pemandu mengantuk seorang kelindan maut apabila lori tiga tan yang sedang dalam perjalanan menghantar barang terbabas ke dalam parit di kilometer 65 7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Pendang D...
Pemandu Lori Kontena Pun Boleh Jadi Youtuber Dah Upload 567 Video Subscriber Pula Dah Cecah 16 2k

Pemandu Lori Kontena Pun Boleh Jadi Youtuber Dah Upload 567 Video Subscriber Pula Dah Cecah 16 2k

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 395 hits
Abang ni kerja dia bawak lori kontena hari hari Dan setiap hari dia rakam perjalanan dia bawak lori kontena sambil membebel hal isu semasa Boleh tahan juga mulut abang ni pok pek pok pek Dia ibaratkan youtube ni diari dia Dia edit sikit sik...
Orang Ramai Dinasihati Bawa Pen Sendiri Daftar Maklumat Sebelum Masuk Premis Perniagaan

Orang Ramai Dinasihati Bawa Pen Sendiri Daftar Maklumat Sebelum Masuk Premis Perniagaan

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 488 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai supaya membawa pen sendiri untuk mendaftar maklumat peribadi sebelum memasuki premis perniagaan seperti pasar raya dan restoran Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah be...
Sedia Bawa Usul Pemandu Mabuk Ke Parlimen

Sedia Bawa Usul Pemandu Mabuk Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 849 hits
Sudah sampai masa pemabuk dikenakan hukuman tegas Tan Sri Noh Omar BANGI Sudah sampai masanya kerajaan mengenakan hukuman tegas kepada pemandu mabuk kata Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang...
Rakaman Lelaki Kurang Upaya Acu Pistol Mainan Kepada Juruwang Guna Kaki Didakwa Bertujuan Merompak

Rakaman Lelaki Kurang Upaya Acu Pistol Mainan Kepada Juruwang Guna Kaki Didakwa Bertujuan Merompak

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 295 hits
Satu kejadian rompakan yang luar biasa di sebuah kedai barangan perhiasan di Brazil berjaya dirakam kamera rakaman litar tertutup Seorang lelaki kurang upaya yang didakwa cuba merompak itu telah bertindak mengacukan sepucuk pistol menggunak...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Consultant


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Bos Kongsi Rezeki

Ejoy Nadia Feat Adik Waniey Abe Dekut Adik Ngaju Chord

Xtnt Setia Chord

Buah Cempedak Di Luar Pagar

Controloc Kegunaan Dos Dan Kesan Sampingan

Boat Tail Blues Origins Of The Fx Super Glide And Its Infamous Saddle