Pemandu Che Ta Dapat Gaji Dapat Saman


MALAYSIAKINI

   
Selain sudah melunaskan gaji untuk pemandunya, pelakon Rozita Che Wan kini nekad mengambil tindakan undang-undang pula ke atas lelaki terbabit.

Rozita berkata, tindakan Muhammad Riduan itu mencemarkan imejnya, selain mendakwa pemandu berusia 21 tahun itu sengaja mengada-adakan cerita tidak sahih.

“Bayar tetap bayar. Gaji dia sudah dibayar penuh seperti biasa berjumlah RM2,000 hari ini.

“Tapi dengan apa yang dia (Muhammad Riduan) sudah lakukan kepada saya dengan mengadakan cerita tak benar sekali gus jatuh fitnah dan memalukan, kami akan mengambil tindakan tegas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Rozita pihaknya juga sudah berhubung dengan peguam untuk meneliti tindakan mahkamah yang akan diambil.

Katanya antara langkah yang sedang dipertimbangkan ialah mengemukakan saman malu selain menuntut pemandu terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta berkata demikian sebagai mengulas isu pemandu peribadinya mendakwa tidak dibayar gaji dan teraniaya. 

Ia menjadi kecoh sejak semalam selepas Muhammad Riduan menularkan cerita berkenaan di laman sosial.

Kerja 16 hari saja Che Ta berkata lagi, dia tidak pernah tidak membayar gaji pekerja-pekerjanya.

“Gaji dia bulan pertama dibayar seperti biasa. Cuma untuk bulan Februari saya terlambat bayar kerana tidak masuk ke pejabat untuk menguruskan hal kerja termasuk pembayaran gaji.

“Kebiasaannya saya akan bayar gaji setiap hujung bulan atau selewat-lewatnya sebelum masuk tarikh ketujuh bulan seterusnya. Itu standard biasa.

“Bulan Februari saya banyak urusan kerja luar dan tak dapat masuk ke pejabat,” katanya.

Menurut pelakon drama Kiah Pekasam itu, dia sememangnya bersedia untuk membayar gaji Muhammad Riduan semalam apabila masuk ke pejabat.

Bagaimanapun, dia mendapati bekas pemandunya itu telah menularkan isu tersebut.

“Tiba-tiba dia buat hal tularkan perkara ini. Saya asalnya nak nak bayar dan dia juga sudah bersetuju dengan jumlah gaji yang akan dibayar,” katanya.
Menurut Che Ta, pada Februari saja lelaki itu bercuti selama 12 hari.

“Dia hanya bekerja 16 hari saja. Tapi saya masih nak bayar gaji penuh kepadanya iaitu sebanyak RM2,000.

“Tapi Zain (suami Che Ta) sendiri cakap dengan jumlah kerjanya pada bulan Februari, patut dibayar RM1,000 saja. Namun selepas dipertimbangkan, saya nak bayar kepadanya RM1500.

“Dia cakap tak mahu kerja dengan saya lagi dan tarikh akhir bekerja pada 23 Februari," katanya.

Pernah terlelap semasa memandu Che Ta, 45, turut menegaskan yang lelaki itu juga menunjukkan prestasi kerja yang hambar.

Selama ini, Che Ta mengakui tidak pernah berdepan masalah dengan pemandu peribadinya.

“Ingat lagi masa awal dia ditemu bual untuk menjadi pemandu peribadi, siap cakap... kalau tak bagus khidmatnya, sanggup tak dibayar gaji.

“Banyak kesalahan dan sikapnya yang melanggar etika. Tapi tidaklah sampai saya terfikir nak merakamkan atau mengambil gambar sebagai bukti.

“Kalau ada semua bukti sebegitu, saya rasa baru dia tahu langit ini tinggi atau rendah. Tak terdetik langsung nak buka aib dia ,” katanya.

Che Ta secara peribadi menyifatkan lelaki itu seorang yang baik, namun masih terlalu muda dan belum cukup matang.

“Dia pernah terlelap waktu tidur ketika kami dalam perjalanan ke Johor. Saya minta dia berhenti memandu dan membasuh mukanya.

"Dia harus fikir dengan sikapnya itu, nyawa orang lain boleh tergadai,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/pemandu-che-ta-dapat-gaji-dapat-saman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Dia Sudah Dibayar Penuh Che Ta Nafi Dakwaan Aniaya Bekas Pemandu Tegas Ambil Tindakan Saman

Gaji Dia Sudah Dibayar Penuh Che Ta Nafi Dakwaan Aniaya Bekas Pemandu Tegas Ambil Tindakan Saman

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 330 hits
Bekas pemandu peribadi kepada pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta baru baru ini memuat naik luahan tidak puas hatinya terhadap Che Ta di laman Facebook nbsp Lelaki itu mendakwa dia telah dianiaya oleh Che Ta di mana gajinya tidak dibayar mal...
Hiburan Gaji Sudah Dibayar Bekas Pemandu Minta Netizen Berhenti Kecam Che Ta

Hiburan Gaji Sudah Dibayar Bekas Pemandu Minta Netizen Berhenti Kecam Che Ta

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 534 hits
Bekas pemandu Rozita Che Wan menerusi muat naik terbaru di Facebook memaklumkan kemelut mengenai isu tungakkan gaji dan saman melibatkan nombor pendaftaran kereta telah selesai Lelaki itu menyatakan Che Ta sudah membayar gajinya berjumlah R...
Hiburan Tidak Pernah Menganiaya Pekerja Che Ta Mahu Saman Malu Bekas Pemandu

Hiburan Tidak Pernah Menganiaya Pekerja Che Ta Mahu Saman Malu Bekas Pemandu

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 315 hits
Difitnah tidak membayar gaji bekas pemandunya sehingga menerima pelbagai kecaman termasuk menganiaya pekerjanya pelakon Rozita Che Wan akan mengambil tindakan undang undang terhadap individu tersebut yang menularkan isu itu di akaun Faceboo...
Pemandu Luah Gaji Tak Dibayar Ini Yg Che Ta Dedahkan

Pemandu Luah Gaji Tak Dibayar Ini Yg Che Ta Dedahkan

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 660 hits
Di Facebook seorang lelaki yang merupakan bekas pemandu Rozita Che Wan yang baru sahaja dua bulan bekerja mendakwa tidak menerima gaji seperti yang dijanjikan Muhammad Riduan memberitahu dia terpaksa meluahkan semua ini kepada umum setelah ...
Hiburan Che Ta Berang Bekas Pemandu Dakwa Gaji Tidak Dibayar

Hiburan Che Ta Berang Bekas Pemandu Dakwa Gaji Tidak Dibayar

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 570 hits
Menerusi laman Facebook seorang lelaki yang menrupakan bekas pemandu kepada Rozita Che Wan yang baru dua bulan bekerja dengan selebriti popular itu mendakwa gajinya tidak dibayar seperti yang dijanjikan Individu tersebut memberitahu beliau ...
Kau Kerja Macam Ini Yang Che Ta Dedahkan Selepas Dikecam Netizen Kononnya Gaji Pemandunya Tidak Dibayar

Kau Kerja Macam Ini Yang Che Ta Dedahkan Selepas Dikecam Netizen Kononnya Gaji Pemandunya Tidak Dibayar

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 746 hits
Di Facebook seorang lelaki yang merupakan bekas pemandu Rozita Che Wan yang baru sahaja dua bulan bekerja mendakwa tidak menerima gaji seperti yang dijanjikan Muhammad Riduan memberitahu dia terpaksa meluahkan semua ini kepada umum setelah ...
Che Ta Dikecam Tidak Bayar Gaji Driver Ini Respond Padu Zain Saidin Tampil Buka Mulut Pertahankan Isteri Beliau

Che Ta Dikecam Tidak Bayar Gaji Driver Ini Respond Padu Zain Saidin Tampil Buka Mulut Pertahankan Isteri Beliau

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 923 hits
Di Facebook seorang lelaki yang merupakan bekas pemandu Rozita Che Wan yang baru sahaja dua bulan bekerja mendakwa tidak menerima gaji seperti yang dijanjikan Muhammad Riduan memberitahu dia terpaksa meluahkan semua ini kepada umum setelah ...
Che Ta Tampil Dedah Perangai Sebenar Bekas Pemandunya Selepas Viral Isu Tidak Bayar Gaji Pekerjanya

Che Ta Tampil Dedah Perangai Sebenar Bekas Pemandunya Selepas Viral Isu Tidak Bayar Gaji Pekerjanya

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 577 hits
Agak panas dan kecoh apabila ada seorang lelaki bernama Muhammad Riduan yang juga bekas pemandu kepada pelakon Rozita Che Wan telah membuat pendedahan bahawa selebriti popular itu tak membayar gajinya Kes bekas pemandu Rozita Che Wan yang l...
Pemandu Bukannya Hamba Abdi Riduan Enggan Mohon Maaf Kepada Che Ta

Pemandu Bukannya Hamba Abdi Riduan Enggan Mohon Maaf Kepada Che Ta

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 324 hits
Riduan tidak akan membuat permohonan maaf kepada Rozita Che Wan kerana merasakan tidak membuat sebarang kesalahan BEKAS pemandu Rozita Che Wan tidak berhasrat membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka seperti dituntut aktres itu berhu...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal