Pemandu Alphard Dibebas Dengan Jaminan Polis
Pemandu Alphard dibebas dengan jaminan polis
Pemandu kereta Toyota Alphard yang direman bagi membantu siasatan polis kerana disyaki memandu secara berbahaya minggu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Azman Shari’at berkata, suspek dibebaskan semalam selepas diambil keterangan.
“Sebelum ini, suspek direman selama tiga hari sejak Isnin lalu untuk membantu siasatan selepas insiden itu tular di media sosial pada Ahad lalu,” katanya menurut laporan Kosmo.
Beliau berkata, tindakan lanjut akan diambil oleh pegawai penyiasat JSPT sebelum kertas siasatan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
Pada 1 Mei lalu, JSPT Bukit Aman dilaporkan berkata, sebuah Toyota Alphard berwarna putih dirakam dipandu secara berbahaya dengan memotong di lorong kecemasan dan melakukan provokasi terhadap pengguna jalan raya lain.
Katanya, JSPT mendapati kejadian berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (arah timur) pada 30 April lalu.
Susulan itu, pemandu berusia 43 tahun itu ditahan di pekarangan pejabat Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 2 petang Ahad lalu sebelum dibawa ke mahkamah untuk permohonan perintah reman. FMT
Pemandu Alphard dibebas dengan jaminan polis
Baca Artikel Menarik:
Fosil Cengkerang Berusia 66 juta Tahun, Rupanya…
Pencemaran bau diesel: Premis terima perintah tahan operasi
Mawi dibidas Pakar Buah Pinggang, kenyataan menipu dan menunggang agama
Sherry Ibrahim berusaha untuk kahwin
Pusat tahfiz impian Janna Nick bakal jadi kenyataan
Kecacatan semula jadi sejak dalam kandungan ibu : Azizulhasni
Lelaki ditahan larikan isteri orang, rempuh kereta polis
Polis ‘jemput’ 2 remaja di rumah selepas pamer aksi ‘wheelie’, ‘scorpion’
Penduduk arak kekasih berzina di bulan Ramadan
Siapa pakai baju Melayu dengan sneakers gua rembat – Joe Flizzow
Lelaki Dilaporkan Sesat Ditemui Mati Dalam Keadaan Terduduk
Berputih Mata Baru Pandu ‘Supercar’ Bernilai RM3 Juta Terus Langgar Pokok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/05/05/pemandu-alphard-dibebas-dengan-jaminan-polis/