Pemain Sayap Antarabangsa Jordan Mahmoud Al Mardi Dalam Radar Sabah Fc
Pemain sayap antarabangsa Jordan Mahmoud Al-Mardi
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Pemain sayap kedah, Jordan Mahmoud Al-Mardi dalam radar Sabah FC Beliau merupakan pemain yang menyertai Kedah pada jendela pendaftaran pemain kedua Liga Malaysia pada Jun sebagai pengganti kepada Dennis Buschening yang mengalami kecederaan dan mengambil masa untuk pulih.
Menurut ciapan wartawan The Star, T. Avineshwaran, memberi desas desus tentang Pemain sayap ini yang sedang dipantau beberapa pasukan dalam negara termasuklah minat dari kelab luar negara antaranya dari Arab Saudi dan Kuwait.
Memandangkan kempen Kedah sudah tamat, satu perkembangan untuk anda.
Al-Mardi... Akan menyertai 🇯🇴 tidak lama lagi untuk menentang 🇪🇸 dan 🇪🇬. Gurau je. 😬
Kelab di 🇰🇼 dan 🇸🇦 telah menyatakan minat. Belum ada yang rasmi dari Kedah. Dua kelab 🇲🇾 telah menyatakan minat juga.
— T. Avineshwaran (@avineshW90) November 1, 2022
Menguatkan lagi tweet laporan wartawan tersebut mendedahkan dua pasukan Liga Super yang berminat mendapatkan khidmat pemain itu adalah Terengganu dan Sabah pada ciapan terkini artikel ini pada 22 November
Terengganu dan Sabah sedang memantau pemain sayap antarabangsa Jordan Mahmoud Al-Mardi. Dia baru-baru ini bermain menentang Sepanyol dalam perlawanan persahabatan antarabangsa. #MFLTransfer2023
— T. Avineshwaran (@avineshW90) November 22, 2022 ‘Masa Depan Belum Jelas’ – Mahmoud Al-Mardi Sudah Anggap Kedah Seperti Rumah Sendiri Baru-baru ini pengurusan Kedah mengumumkan akan menggugurkan semua pemain import musim ini selepas kegagalan yang dilalui.
Namun, segalanya masih belum dapat dimuktamadkan selagi pengendali baharu Kedah tidak diumumkan dek kerana masih terikat dengan kontrak.
Bagi pemain import yang baru sahaja menyertai Kedah, Mahmoud Al-Mardi tentunya mengharapkan yang jodohnya lebih panjang bersama mereka.
Namun, menurutnya, segalanya masih belum jelas mengenai kontraknya. Beliau berkongsi perkara tersebut di akaun Facebooknya, sebentar tadi.
Dengan kenyataannya yang masih sayangkan Kedah dan penyokong masih mahukannya, rumusnya mudah sekali.
Kedah wajar kekalkan apa yang baik untuk pasukan dan bukan merombak perkara yang tiada kaitan dengan kegagalan pasukan pada musim ini.
Menggugurkan pemain seperti Mahmoud jelas sekali satu perkara yang perlu difikirkan sedalamnya, namun ia masih bergantung bagaimana perancangan pengendali baharu Sang Kenari – yang belum pasti siapa.
Walaupun tempoh yang singkat bersama Sang Kenari, sumbangannya banyak dalam membantu Kedah terutamanya dalam saingan Piala AFC.
Begitupun, mereka melalui musim yang suram apabila menamatkan musim di kedudukan ke-8 Liga Super – terburuk sejak kembali ke liga utama pada 2016. Ia membawa kepada pengakhiran jodoh Aidil Sharin Sahak di sana. SOURCE: Twitter wartawan The Star, T. Avineshwaran , Semuanya Bola
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2022/11/pemain-sayap-antarabangsa-jordan.html