Pemain Jepun Korea Selatan Dan Brazil Juga Sedang Dinilai Terengganu Fc


 

Kuala Terengganu: Selepas pemain kelahiran Mali, Makan Konate dan bekas import Sabah, Petrus Shitembi berada dalam radar Terengganu FC (TFC), tiga lagi pemain semakin kuat dikaitkan dengan skuad Penyu iaitu David Da Silva (Brazil), Carli De Murga (Filipina) dan Chris Herd (Australia) bagi memantapkan pasukan musim depan.
Malah nama lima pemain import itu kini sudah bermain di bibir peminat selain dimuatnaik dalam media sosial sekali gus membayangkan mereka bakal memijak bumi Terengganu.
Lebih mengukuhkan lagi spekulasi itu apabila Konate, 29, yang pernah menyarung jersi skuad T-Team pada musim 2016/2017 mengesahkan akan meninggalkan kelab Indonesia, Persebaya Surabaya bersama rakan sepasukannya, Da Silva berikutan ketidaktentuan status penganjuran liga di negara Garuda itu musim depan.
Malah media di negara republik itu juga turut mengaitkan kapten skuad Persebaya Surabaya dan Da Silva bakal menyarung jersi TFC walaupun mendapat tawaran daripada beberapa kelab di Thailand dan Arab Saudi.
Jika benar lima pemain itu bakal menyarung jersi TFC, sudah pasti perasaan teruja penyokong yang bagaikan tidak sabar menanti pengumuman itu sedikit terubat selain mengetahui perancangan pasukan TFC yang kini sudah diswastakan.
Da Silva yang beraksi di posisi penyerang bakal menambah sengat jentera berkenaan kerana sebelum ini skuad TFC sudah menyambar pemain sayap menyerang Pahang, Faisal Abdul Halim, Muhamad Arif Mohamed Anwar ( UiTM) dan bekas pemain Kelantan, Hakimi Abdullah.
Pemain naturalisasi Filipina, Carli De Murga yang bakal mengisi kuota pemain import Asean dijangka bergandingan dengan pemain import kuota Asia kelahiran Australia, Chris Herd di posisi pertahanan.
Manakala Konate dan Shitembi bakal menggalas tugas di jentera tengah pasukan bagi menggantikan pemain import sebelum ini, Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov yang tidak disambung kontrak.
Sebelum ini TFC sudah merantai tujuh pemain tempatan sekali gus membayangkan skuad kendalian Nafuzi Zain itu hampir lengkap.
Malah skuad itu juga sudah mula menjalani latihan semalam sebagai persediaan menjelang Liga M musim depan yang dijadualkan berlangsung pada akhir Februari.
Sementara itu menurut sumber, lima pemain berkenaan antara import yang sudah 'diteropong' pasukan bagi memperkuatkan lagi pasukan mengharungi Liga M dan Piala AFC.
"Selain itu beberapa lagi pemain juga sedang dinilai pihak pengurusan termasuk Luke Woodland serta pemain kelahiran Jepun, Korea dan Brazil, tapi kita tidak boleh umumkan lagi disebabkan mereka masih ada kontrak dengan bekas pasukannya," kata sumber. - Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.terengganusebelas.com/2020/12/pemain-jepun-korea-selatan-dan-brazil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Korea Selatan Perketat Peraturan Kekang Virus Di Wilayah Seoul

Korea Selatan Perketat Peraturan Kekang Virus Di Wilayah Seoul

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 390 hits
SEOUL Korea Selatan meningkatkan tahap amaran COVID 19 kepada tahap kedua tertinggi di sini dan kawasan sekitarnya hari ini berikutan pihak berkuasa berdepan kesukaran untuk mengekang jangkitan baharu pandemik berkenaan Negara itu telah ber...
Tiga Pemain Import Baharu Terengganu Fc Telah Tiba

Tiga Pemain Import Baharu Terengganu Fc Telah Tiba

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 333 hits
Kuala Lumpur Tiga orang pemain import baharu Terengganu FC dikhabarkan sudah tiba dan sedang menjalani kuarantin Mengikut sumber diperolehi mereka akan diperkenalkan dan menjalani latihan tidak lama lagi Apabila ditanya tentang pemain terse...
Didakwa Mempersendakan Sejarah Drama Mr Queen Buat Netizen Korea Selatan Berang

Didakwa Mempersendakan Sejarah Drama Mr Queen Buat Netizen Korea Selatan Berang

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 479 hits
Baru sahaja mencatat sejarah dalam tayangan perdana TvN minggu lalu kerana berjaya mendapat rating kedua tertinggi drama Mr Queen kini dilanda kontroversi kerana dianggap mempersendakan figura dan sejarah Korea Khabarnya ini bukan kontrover...
Korea Selatan Sulit Percaya Korea Utara Tak Miliki Kasus Covid 19

Korea Selatan Sulit Percaya Korea Utara Tak Miliki Kasus Covid 19

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 254 hits
Dalam laporan mingguan terbaru ke WHO Korea Utara mengklaim tak memiliki kasus virus corona yang dikonfirmasi meskipun menyebut ada 8 594 kasus yang dicurigai Korea Selatan meragukan klaim ini
6 Gaya Belajar Siswa Korea Selatan Yang Patut Ditiru Pindah Materi Tiap 20 Menit Itu Perlu

6 Gaya Belajar Siswa Korea Selatan Yang Patut Ditiru Pindah Materi Tiap 20 Menit Itu Perlu

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 277 hits
Tapi nggak harus sengoyo siswa Korea yang belajarnya hampir 13 jam Mana kuat kita Hihihi
Terengganu Fc Lengkapkan Kuota Pemain Tempatan Hari Ini

Terengganu Fc Lengkapkan Kuota Pemain Tempatan Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 392 hits
KUALA TERENGGANU Benteng skuad Terengganu FC bertambah kebal apabila skuad dari Pantai Timur itu mengikat seorang lagi pemain muda berusia 22 tahun Azarul Nazarith Azhar bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia musim depan Bekas pemain FELDA ...
Jadi Andalan Di Tottenham Dan Korea Selatan Berikut Perjalanan Karir Son Heung Min

Jadi Andalan Di Tottenham Dan Korea Selatan Berikut Perjalanan Karir Son Heung Min

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 315 hits
Merantau ke Eropa sejak usia 16 tahun kini Son jadi andalan Tottenham dan Korea Selatan
Apa Yang Sedang Dibina Pada Tempat Latihan Terengganu Fc

Apa Yang Sedang Dibina Pada Tempat Latihan Terengganu Fc

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 483 hits
Kuala Terengganu Sesuatu yang menarik perhatian para penyokong dan peminat TFC apabila terdapat container yang dipasang untuk menjadikan ia sebagai pejabat atau pun cafe dipusat latihan Terengganu FC tersebut Gambar berikut adalah daripada ...
Senarai Pemain Terengganu Fc Musim 2021

Senarai Pemain Terengganu Fc Musim 2021

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 711 hits
Kuala Terengganu Terengganu FC sudah melengkapkan kuota pemain tempatan dimana pemain baharu yang masuk ialah 7 orang manakala akan diperkuatkan lagi dengan kehadiran 5 pemain import baharu Berikut adalah senarai tidak rasmi nama pemain Ter...
Quantum Internet The Future Of Ultra Secure Communication

Anwar Heads To Indonesia For Annual Meet Abang Jo Hajiji In Tow

Sukarkah Memohon Sijil Halal Jakim

Kuala Lumpur Dalam Kenanganku

Pengkhianat Dari Kalangan Penjawat Awam Ini Patut Diberi Hukuman Berat

Chili Oil Sk Recommend

Delicious Steamed Garlic Prawns

Turun Anwar Rally Police Nab Chegubard For Sedition Probe


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selangor Dan Arm Latih 10 000 Jurutera Tempatan Dalam Rekabentuk Cip Semikonduktor

Outfit Majlis Bertandang

Imigresen Tumpas Aktiviti Pengurup Wang Didalangi Warga Asing

Langgar Lari Wanita Pejalan Kaki Maut Bayi Stabil Di Hospital

Rezeki Dapat Serawa Durian Dan Pulut

Senyuman Itu Menenangkan