Peluk Islam Tidak Bermaksud Masuk Melayu



Peluk Islam masuk Melayu. Itulah anggapan bukan Melayu apabila mereka memeluk agama Islam. Sebab itu ada yang takut memeluk Islam kerana terpaksa meninggalkan segala identiti diri, termasuk bangsa. Hakikatnya perkara itu adalah tidak betul. 
Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan memperincikan definisi 'Melayu' sebagai seseorang yang beragama Islam, mengamalkan adat dan budaya Melayu, melazimi pertuturan dalam bahasa Melayu dan a) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau Singapura; atau b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
Justeru, jika salah satu daripada syarat tersebut tidak dipenuhi maka seseorang itu tidak diiktiraf sebagai Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang Melayu menjadi murtad atau keluar agama Islam, secara automatik orang tersebut tidak lagi dianggap Melayu menurut undang-undang dan akan terlucut daripadanya hak-hak keistimewaan Melayu yang dinikmatinya sebelum ini.
Secara tidak langsung, definisi Melayu sebagai Muslim dari satu sudut, dilihat dapat memelihara akidah Islam orang Melayu agar tidak menajdi murtad.
Namun, dari sudut yang lain, terdapat kecenderungan dalam kalangan masyarakat untuk mengaitkan Melayu dengan Islam dalam semua perkara sehingga ke tahap ada yang mengatakan jika seseorang memeluk Islam ia seolah-olah 'masuk Melayu'.
Pengertian salah mengaitkan masuk Islam itu sebagai masuk Melayu menjadi halangan bukan Islam untuk memeluk Islam di negara kita, terutama melibatkan kaum Cina.
Kaum Cina mementingkan kaum atau bangsa berbanding agama anutan. Itu sekurang-kurangnya realiti yang dapat kita katakan berkaitan Cina di Malaysia. Kaum Cina biarpun berada dalam parti yang berbeza, namun mereka masih boleh bekerjasama dalam soal kepentingan kaum Cina.
Begitu juga dapat kita perhatikan dalam keluarga Cina terdapat ahli keluarga yang berlainan agama, khususnya Buddha dan Kristian, selain agama Tao atau agama nenek moyang.
Ibu bapa seperti tidak kisah anak menukar agama kepada Buddha dan Kristian, tetapi ‘pantang’ ada anak memeluk Islam. Hal ini kerana mereka menganggap memeluk Islam itu sebagai masuk Melayu.
Pada mereka, masuk Melayu bermakna seluruh ‘sistem’ hidup terpaksa bertukar kepada Melayu selain kepercayaan berkaitan Islam. Jadi, mereka akan merasa terpisah secara sepenuhnya jika ada ahli keluarga memeluk Islam. 
Tidak dapat dinafikan, sentimen 'Melayu itu Islam' dan 'Islam itu Melayu' yang begitu tebal di dalam masyarakat Malaysia adalah disebabkan definisi Melayu sebagai Muslim dan kerana kaum Melayu adalah kaum majoriti di Malaysia.
Melayu layak menikmati hak-hak istimewa Melayu sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 153 tersebut antara lain, memperuntukkan hak-hak istimewa orang Melayu melibatkan kuota-kuota khas di dalam perkhidmatan awam, biasiswa persekutuan, lesen perniagaan dan enrolmen di dalam institusi pengajian tinggi awam.
Selain itu, terdapat juga hak-hak istimewa lain seperti kelayakan pemilikan tanah Rizab Melayu dan pelaburan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Maka itu, berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan, amat penting Melayu memperjuangkan kedudukan Melayunya. Dalam konteks penilaian sekarang, Melayu mesti Islam. Kalau setakat tidak fasih berbahasa Melayu tidak ada siapa hendak mempertikaikan sama ada dia Melayu atau tidak.
Pun begitu, Islam tidak sekadar pada nama Melayu. Islam bukan setakat pada pengakuan bahawa dia adalah Islam. Islam mesti dibuktikan dengan amalan. Inilah yang menjadi persoalan adakah orang Melayu sekarang ini Islam?
Perkara ini dibangkitkan kerana banyak orang Melayu sekarang ini hanya Islam pada nama. Sedangkan cara hidup dan amalan yang dilakukan seharian jauh daripada apa yang dianjurkan oleh Islam. 
Maka itu, dalam kita mencari kebenaran bahawa Melayu itu Islam, perlu juga kita melihat kepada perlaksanaan peraturan atau cara hidup yang berkaitan dengan penganut agama Islam. Kita tidak mahu Islam hanya pada nama sahaja. 
Gambar Kolam Air Hangat La, Besut sekadar hiasan. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://lokmanismail.blogspot.com/2021/10/trd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengapa Jaguh Melayu Islam Membisu Pendedahan Kertas Pandora

Mengapa Jaguh Melayu Islam Membisu Pendedahan Kertas Pandora

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 309 hits
PARLIMEN l Ketua pembangkang Anwar Ibrahim terus menempelak pemimpin Umno Bersatu dan PAS kerana sikap mendiamkan diri mereka berhubung pendedahan Kertas Pandora mengenai pemillikan aset kewangan luar pesisir Katanya sikap membisu itu adala...
Kertas Pandora Mana Pergi Suara Jaguh Melayu Islam

Kertas Pandora Mana Pergi Suara Jaguh Melayu Islam

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 266 hits
October 13 2021 Kertas Pandora Mana pergi suara jaguh Melayu Islam Ketua pembangkang Anwar Ibrahim terus menempelak pemimpin Umno Bersatu dan PAS kerana sikap mendiamkan diri mereka berhubung pendedahan Kertas Pandora mengenai pemillikan as...
3 Bulan Sekali Cuti Cari Pembantu Melayu Rupanya Ramai Nak Kerja Dengan Rebecca Nur Al Islam

3 Bulan Sekali Cuti Cari Pembantu Melayu Rupanya Ramai Nak Kerja Dengan Rebecca Nur Al Islam

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 368 hits
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menerusi posting di Instagram memaklumkan bahawa dia membuka peluang pekerjaan kepada bangsa Melayu untuk menjadi pembantu serta mengasuh anak anaknya Cari pembantu MelayuDatin Rebecca memaklumkan jenis pe...
Kartun Pun Dicuri Melayu Islam Apa Ini

Kartun Pun Dicuri Melayu Islam Apa Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 322 hits
Presiden CAP Mohideen Abdul Kader dan Presiden SAM Meenakshi Raman dalam hujah mereka menempelak kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang menyangkal dakwaan bahawa banjir tersebut bukanlah disebabkan oleh aktiviti pembalaka...
Kerajaan Melayu Islam Menganaktirikan Sekolah Agama Rakyat

Kerajaan Melayu Islam Menganaktirikan Sekolah Agama Rakyat

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 308 hits
Oleh AHMAD SHAUQIE SYEIKH MUHAMAD BADERUDIN October 7 2021Sejak mendakap Barisan Nasional untuk menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Parti Islam Se Malaysia ternyata telah terpesong dari perjuangan mereka untuk memartabatkan inst...
Kaum Perdalaman Yang Tidak Tahu Tentang Islam Adakah Masuk Neraka

Kaum Perdalaman Yang Tidak Tahu Tentang Islam Adakah Masuk Neraka

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 362 hits
Soalan Penyembahan bahala itu dosa besar dalam Islam dan Allah tidak akan ampun seseorang penyembah berhala Bagaimana dengan orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam Sebagai contoh di India hampir semua populasi beragama hindu dan s...
Pandora Papers Kenapa Pejuang Melayu Islam Diam Bila Trilion Ringgit Hilang

Pandora Papers Kenapa Pejuang Melayu Islam Diam Bila Trilion Ringgit Hilang

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 226 hits
Oleh BORHAN AHMAD October 15 2021Bekas menteri agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menempelak para pemimpin Pas dan Umno yang mendiamkan diri dalam skandal yang didedahkan melalui Pandora Papers Padahal kata ahli parlimen Parit Buntar itu ska...
Hiburan 3 Bulan Sekali Cuti Rebecca Nur Al Islam Cari Pembantu Melayu Ramai Yang Tawar Diri

Hiburan 3 Bulan Sekali Cuti Rebecca Nur Al Islam Cari Pembantu Melayu Ramai Yang Tawar Diri

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 243 hits
Pelakon jelita Datin Rebecca Nur Al Islam dilaporkan ada menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pembantu rumah dan pengasuh buat anak anaknya ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementIklan jawatan kosong itu dihebahkan...
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kadangkala Allah Pilih Seorang Dalam Keluarga Untuk Menjaga Orang Tua

Zafrul Biarlah Dia Pakai Baju Warna Apa Pun

Kurma Muda

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Kerjaya Sebagai Usahawan Sambilan Kopersi Digital