Peluang Liverpool Tinggalkan Tottenham



Minggu ini paling sibuk buat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang sambutan Krismas minggu depan dan tahun baru 2021, seminggu selepas itu. Namun, ia bagaikan ada hikmah buat Liverpool, apabila berjaya kembali menguasai persada liga minggu ini.
Dan sudah pasti ia turut dianggap minggu paling bertuah buat Jurgen Klopp apabila dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik FIFA 2020. Warga Jerman itu mengenepikan cabaran jurulatih Bayern Munich, Hans-Dieter Flick dan pembimbing Leeds United, Marcelo Bielsa.
The Reds kembali menguasai takhta liga selepas mengenepikan Tottenham Hotspur, 2-1, dalam kemenangan dramatik di Anfield pada awal pagi Khamis lalu. Kejayaan itu membolehkan ia mengumpulkan 28 mata selepas 13 aksi, meninggalkan Spurs tiga mata di belakang.
Malam ini The Reds meneruskan lagi perjuangan mereka dengan berkunjung ke Selhurst Park, bertemu pasukan bimbingan Roy Hodgson, Crystal Palace. Jika di atas kertas, Liverpool dijangka mampu mengutip mata penuh meskipun Hodgson ada peluang memerangkap pelawatnya itu.
Dalam pada itu, perlawanan tumpuan minggu ini membabitkan aksi antara skuad di tempat kedua bimbingan Jose Mourinho dan pasukan ditangga keempat liga, Leicester City di London, malam esok.
Sebelum aksi ke-14 itu, Tottenham dan Leicester hanya dipisahkan satu mata selepas mengutip 25 mata dengan kedua-duanya berpotensi untuk dipintas pasukan lain seperti Everton (23 mata), Manchester United (23) dan Chelsea (22) jika satu daripadanya tewas.
Tottenham yang gah mendominasi liga selama tiga minggu berturut-turut sebelum dipintas Liverpool pada pertengahan minggu, tiada pilihan lain kecuali memenangi aksi di laman sendiri itu selepas dilihat berpeluang besar merangkul kejuaraan musim ini.
Mengikut rekod lalu, Spurs menang lima daripada tujuh pertemuan dengan lawannya itu sebelum ini, manakala The Foxes hanya menang sekali daripada aksi di tempat seterunya iaitu pada musim 2015-2016 ketika mereka merangkul kejuaraan liga.
Meskipun Leicester dilihat bukan ancaman besar buat Spurs berbanding Liverpool minggu lalu, Mourinho harus tetap tertekan dengan skuad Brendan Rodgers yang memiliki gandingan berbisa, James Maddison dan Jamie Vardy.
Bagi pertemuan kali ini, Mourinho dijangka terus menurunkan gandingan kapten pasukan, Harry Kane dan Son Heung-min di barisan depan. Son harus bermotivasi selepas jaringannya yang membolosi gawang Burnley musim lalu dipilih menerima Anugerah Puskas FIFA kelmarin.
Sementara itu, Manchester United yang melonjak ke tangga keenam liga selepas menewaskan Sheffield, 3-2 di laman lawannya kelmarin, akan menyambut kunjungan Leeds tengah malam esok untuk meneruskan kebangkitan selepas tersingkir dari Liga Juara-Juara minggu lalu.
Chelsea pula yang dikejutkan Wolves 2-1 pertengahan minggu dan Everton (1-0) minggu lalu tidak punya pilihan kecuali menang ke atas West Haman di laman sendiri manakala Arsenal terus berdepan cabaran besar apabila bertamu di Goodison Park, bertemu Everton awal pagi esok. Selamat menonton
 
Ramalan Minggu ini:
C Palace 1-2 Liverpool
Southampton 2-2 Man City
Everton 2-1 Arsenal
Newcastle 1-1 Fulham
Brighton 3-1 Sheffield
Tottenham 3-2 Leicester
Man United 1-1 Leeds
West Brom 1-1 Aston Villa
Burnley 1-1 Wolves
Chelsea 2-1 West Ham
The post Peluang Liverpool tinggalkan Tottenham appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/19/peluang-liverpool-tinggalkan-tottenham/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Epl 2020 21 Liverpool Tolak Tuah Sekadar Terikat Dengan Fulham

Epl 2020 21 Liverpool Tolak Tuah Sekadar Terikat Dengan Fulham

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 226 hits
Liverpool terlepas peluang keemasan untuk memintas kedudukan Tottenham Hotspur di persada Liga Perdana Inggeris 2020 21 selepas sekadar terikat 1 1 ketika bertemu Fulham di Craven Cottage sebentar tadi Ketika ramai pemerhati dan penyokong m...
Liverpool Benam Wolverhampton Wanderers 4 0 Dihadapan 2 000 Penyokong

Liverpool Benam Wolverhampton Wanderers 4 0 Dihadapan 2 000 Penyokong

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 366 hits
Liverpool membenam Wolves 4 0 pada pertemuan liga semalam dan mengekori pendahului liga dengan 24 mata menyamai mata yang diperolehi Tottenham setelah mengalahkan Arsenal 2 0 pada pertemuan liga Sabtu lalu Gol pertama dijaringkan oleh Moham...
Kasma Daniel Tinggalkan Sag Team

Kasma Daniel Tinggalkan Sag Team

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR Pelumba Moto2 negara Kasma Daniel Kasmayudin mengesahkan dia tidak lagi akan bersama pasukan SAG Team pada Kejuaraan Dunia Moto2 musim depan Katanya biarpun dia mempunyai baki kontrak bersama pasukan dari Sepanyol itu sehingga ...
Lebih 2 000 Penghuni Rmm Teluk Kalong Tinggalkan Rumah Dinaiki Air

Lebih 2 000 Penghuni Rmm Teluk Kalong Tinggalkan Rumah Dinaiki Air

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 264 hits
Oleh Penghuni RMM Teluk Kalong Kemaman berpindah ke pusat pemindahan sementara selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat sejak pagi tadi Foto NSTP Ghazali Kori CHUKAI Air yang naik secara mendadak memaksa lebih 2 000 penghuni ...
Epl Keputusan Aksi Crystal Palace Liverpool

Epl Keputusan Aksi Crystal Palace Liverpool

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 268 hits
Pemain tengah Liverpool Roberto Firmino menjaringkan gol ketiga pasukannya pada aksi EPL menentang Crystal Palace di Stadium Selhurst Park selatan London Foto AFP LONDON Berikut keputusan satu perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berakhir ...
Epl 2020 21 Mudah Buat Liverpool Berpesta Jaringan Atasi Crystal Palace

Epl 2020 21 Mudah Buat Liverpool Berpesta Jaringan Atasi Crystal Palace

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 312 hits
Liverpool tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan kesembilan dalam kempen Liga Perdana Inggeris 2020 21 apabila membelasah Crystal Palace 7 0 pada aksi yang berlangsung di Selhurst Park sebentar tadi Masih segar dengan kejayaan ...
Menunggu Peluang Dan Keuntungan Peribadi Bukan Berjuang Untuk Ummat

Menunggu Peluang Dan Keuntungan Peribadi Bukan Berjuang Untuk Ummat

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 186 hits
Terhimpit antara sekutu PAS mesti tunggu peluang terbaik kata penganalisis December 8 2020 Pemimpin parti Ahmad Zahid Hamidi Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang sekutu dalam Muafakat Nasional PETALING JAYA Seorang penganalisis politik ber...
Pandemi Covid 19 Buka Peluang Usaha Baru Pelaku Bisnis Disarankan Segera Adaptasi

Pandemi Covid 19 Buka Peluang Usaha Baru Pelaku Bisnis Disarankan Segera Adaptasi

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 258 hits
Belajar dari beberapa krisis yang pernah terjadi di Indonesia Andy memperkirakan kondisi perekonomian baru akan pulih setelah 3 tahun dari masa resesi ekonomi Meski begitu resesi yang terjadi saat ini harus bisa dimanfaatkan Sebab resesi ek...
Kempen Canggihlah Simpan Di Sspn Peluang Rebut E Baucer Lengkapkan Pakaian Sekolah Anak Berbaloi

Kempen Canggihlah Simpan Di Sspn Peluang Rebut E Baucer Lengkapkan Pakaian Sekolah Anak Berbaloi

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 247 hits
Siapa yang tidak kenal dengan jenama pakaian sekolah Canggih yang sentiasa menjadi pilihan semua ibu bapa Bagi membantu lebih ramai ibu bapa untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyimpanan masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Na...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin