Peluang Covid 19
Seperti yang korang sedia maklum, Kerajaan Malaysia telah menambah 2 minggu RM0 kerana peningkatan jangkitan wabak. Banyak yang terkesan sebab wabak ni, terutamanya company persendirian yang tidak terlibat dalam pengecualian Kerajaan yang mana mereka tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP. Pelaksanaan ini dilakukan untuk membendung wabak ini daripada terus tersebar. Sepanjang tempoh PKP ini, ambil peluang ini untuk memperbaiki diri dan hubungan dengan orang lain disamping melaksanakan arahan kerajaan
1. Baiki Hubungan Dengan Keluarga
Bagi mereka yang bekerja, PKP merupakan peluang terbaik untuk anda bersama keluarga. Cuba buat aktiviti yang menarik bersama-sama. Contohnya, Zul banyakkan aktiviti memasak bersama kawan-kawan dirumah. Tinggal diperantauan agak susah sedikit nak bersama keluarga. Jadi, kawan-kawan rumah adalah keluarga Zul. Selain memasak, cuba buat benda yang jarang korang buat disekitar rumah, contohnya berkebun, memebersihkan rumah atau mencipta sesuatu secara "Do it yourself (DIY)" bersama anak-anak contohnya buat rak kasut.
2. Masa Untuk Mencari Kelebihan Dan Kelemahan Diri
Bagi yang belum bekerja, ini adalah masa untuk memperbaiki diri. Cari cara untuk baiki diri daripada keyakinan diri hingga lah ketrampilan diri. Untuk lulus mana-mana ujian atau temuduga, korang kena bersiap sedia dengan apa juga cabaran. Rujuk mana-mana website atau video yang boleh meningkat dan memperbaiki diri korang
3. Belajar Benda Baru
Macam kawan Zul, waktu PKP ni adalah masa terbaik untuk mereka belajar benda baru. Contohnya kawan Zul, dia berminat dengan perniagaan secara online, tetapi tidak mempunyai ilmu penjualan ataupun pasaran. So, dia gunakan peluang ni untuk mempelajari teknik pemasaran yang baik dengan menggunakan sosial media. Ini juga merupakan peluang baik untuk dia menambah pendapatannya
Saya harap korang semua sentiasa sihat dan dilindungi Allah. Selamat bercuti
Zulasri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ehbloger.blogspot.com/2020/04/peluang-covid-19.html