Pelihara Maruah Usah Aib Guru Di Media Sosial


Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Majalah dan Risalah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Meeftah Anuar

Guru antara pékerjaan diletakkan pada kedudukan tinggi dalam Islam dengan peranannya bukan sekadar menganugerahkan ilmu duniawi, malah pengetahuan dikongsi berupaya menjadi penyelamat kepada murid di akhirat kelak. 
Begitulah hebatnya wibawa seorang pendidik komited mencurahkan keringat, memberikan terbaik terutama bagi memastikan anak didik mereka memperoleh kejayaan dalam apa sahaja perkara dilakukan

Sempena Hari Guru diraikan pada 16 Mei setiap tahun tanggungjawab kita sebagai murid atau bekas murid untuk menghormati kepada guru harus diteruskan dan digantikan sebagai tanda hormat serta menghargai jasa mereka sepanjang hayat. 
Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Majalah dan Risalah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Meeftah Anuar, berkata kepentingan memuliakan guru banyak disebut Rasulullah SAW. 
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah dalam kalangan umatku mereka tidak memuliakan orang lebih tua, tidak menyayangi anak kecil dan tidak memberikan hak kepada guru". (HR Ahmad)
"Melalui hadis ini kita dapat mengetahui bagaimana Rasulullah SAW mendidik sahabat supaya mereka memberikan hak dan penghormatan sewajarnya kepada golongan guru. 
"Sehingga apabila bertemu Rasulullah SAW, sahabat akan bercakap dalam nada rendah, bersopan santun selain tidak menajamkan pandangan kepada guru. "Umpamanya dalam reaksi secara bersemuka, antara adab wajar dipraktikkan adalah mengawal pertuturan dan mimik muka. Ini sebenarnya antara perkara cukup penting untuk mengelakkan salah faham atau gurauan tidak bertempat," katanya. 
Mengulas isu perbalahan membabitkan guru dengan pelajar atau ibu bapa di media sosial, Mohd Meeftah berkata, perkara sedemikian tidak sepatutnya dinormalisasikan. Ia bukan hanya mencetuskan situasi tidak sihat misalnya menghalalkan tindakan mengaibkan individu tertentu tanpa usul periksa, malah menjejaskan kredibiliti seseorang guru. 
"Tidak dinaifkan ada banyak kelebihan menggunakan media sosial, tetapi masih perlu menjaga adab. Contohnya, jika hendak menegur guru kerana berbeza pandangan, jangan sampai hilang hormat kepada mereka. Atau jika tidak puas hati terhadap situasi berlaku di sekolah membabitkan anak, lebih baik teguran dibuat secara peribadi. 
"Misalnya. boleh hantar mesej secara peribadi kepada guru berkenaan. berbanding menulis status secara terbuka mengkritik guru sehingga boleh dibaca semua pengguna media sosial. Maka apa yang penting mendidik anak supaya menghormati guru, sebaiknya ibu bapa mulakan dahulu," katanya yang turut menasihati supaya teguran dibuat secara beradab dengan bahasa lembut serta melulu. 
Tidak rugi muliakan guru
Tambahnya, teguran yang dilontarkan seseorang guru itu tentunya berniat baik dan sebagai ibu bapa. wajar berbaik sangka serta bersedia menerima secara ikhlas nasihat diberikan. 
"Perlu ingat. seorang guru itu jika beri teguran, tentunya dibuat untuk maslahah semua pelajarnya secara menyeluruh, Jangan lihat maslahah anak kila sahaja. jika ada teguran diberi. 
"Seperkara lagi perlu beringat, guru itu membawa keberkatan dan ashab rahmat Allah SWT turun sehingga anak kita menjadi orang bijaksana. Maka tidak rugi memuliakan guru." katanya, 
Tambahnya, selain soal keberkatan, antara perkara perlu diterapkan adalah adab dan akhlak kelika bersama guru. 
"Ada banyak adab dengan guru. bukan hanya ketika berkomunikasi, malah perkara kita anggap kecil seperti cara memberikan pandangan juga perlu dititikberatkan, 
"Selain itu. kerap mendoakan guru kita, ini antara cara memperoleh keberkatan. Antara perkara boleh dilakukan adalah mencurahkan khidmat kepada mereka. Bukan sahaja ketika berguru, tetapi jika jalinkan ukhuwah selagi guru masih hidup. Apabila mereka sudah tua atau tidak sihat tawarkan bantuan mengikut keperluan mereka. 
"Tidak salah memberikan hadiah misalnya apabila tiba Hari Guru, sebagai tanda kasih, berilah sesuatu sebagai tanda ingatan. Tidak semestinya hadiah dalam bentuk barangan. Mungkin kita murid boleh sediakan atau masak juadah menjadi kegemaran mereka,"katanya. 
Merungkai lanjut soal adab, beliau berkata, terdapat banyak adab ditunjukkan sahabat Rasulullah SAW boleh diteladani. 
"Sahabat jika ingin beriemu Nabi Muhammad SAW dan ke rumahnya, mereka akan ketuk pintu menggunakan kuku. Mereka tidak ketuk dengan tangan sebab bimbang mengganggu Rasulullah SAW. 
"Imam Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' menegaskan perkara sama iaitu meletakkan kcdudukan guru lebih mulia daripada ibu bapa. Walaupun ibu bapa adalah asbab kita wujud di muka bumi, tetapi peranan seorang pendidik itu lebih besar. Mereka adalah penyebab kepada orang, bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat," katanya. 
Justeru, katanya, usah sesekali mengabaikan pengorbanan dan jasa insan bergelar guru, malah amat digalakkan untuk setiap murid atau bekas murid mendoakan kebahagiaan mereka serta memohon keampunan Allah SWT kepada mereka


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/05/pelihara-maruah-usah-aib-guru-di-media.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mudah Raup Cuan Dari Sosial Media

Cara Mudah Raup Cuan Dari Sosial Media

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 301 hits
Perkembangan dan kemajuan teknologi khususnya dalam industri digital telah menjadikan sosial media sebagai aspek penting dalam kehidupan masyarakat Sosial media kini menjadi sarana multi fungsi baik dalam menjalin relasi mencari hiburan hin...
Kkd Rancang Temu Meta Bincang Isu Penipuan Di Media Sosial

Kkd Rancang Temu Meta Bincang Isu Penipuan Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 286 hits
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pihaknya juga meneliti kewajaran syarikat media sosial untuk mempunyai pejabat di Malaysia KUALA LUMPUR Kementerian Komunikasi dan Digital akan mengadakan satu pertemuan dengan syarikat Me...
Lancar Akaun Sosial Media Rasmi Infinite Beri Hint Bakal Buat Comeback

Lancar Akaun Sosial Media Rasmi Infinite Beri Hint Bakal Buat Comeback

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 340 hits
Sudah lama tidak aktif sebagai satu kumpulan adakah INFINITE akan kembali menemui peminat dengan muzik baru ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 6 Mei INFINITE telah mengumumkan bahawa akaun media sosial rasmi untuk kumpulan itu telah dibuka semp...
Selalu Menunjuk Kekayaan Dalam Media Sosial Peguam Ini Cadang Lhdn Kenakan Tax Kepada Influencer Dan Founder Produk

Selalu Menunjuk Kekayaan Dalam Media Sosial Peguam Ini Cadang Lhdn Kenakan Tax Kepada Influencer Dan Founder Produk

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 170 hits
Selalu menunjuk kekayaan dalam media sosial peguam ini cadang LHDN kenakan tax kepada influencer dan founder produk Seorang peguam telah mencadangkan agar golongan peniaga dalam talian dan pempengaruh media sosial atau 8216 influencer 8217 ...
Mangsa Body Shaming Aizat Amdan Akui Terkesan Kurang Kongsi Gambar Di Media Sosial

Mangsa Body Shaming Aizat Amdan Akui Terkesan Kurang Kongsi Gambar Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 228 hits
Sering menjadi mangsa body shaming penyanyi Aizat Amdan berharap orang ramai dapat menghentikan perbuatan mengejek saiz fizikal seseorang individu Menurut laporan Utusan penyanyi berusia 34 tahun itu berkata perbuatan tersebut dilihat semak...
Murid Biadab Antara Punca Guru Kurang Jiwai Kerjaya

Murid Biadab Antara Punca Guru Kurang Jiwai Kerjaya

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 151 hits
Imej hiasanKerjaya sebagai seorang guru atau pensyarah adalah pekerjaan yang mulia Kumpulan ini berperanan untuk menyebar dan berkongsi ilmu kepada sesiapa sahaja bergelar pelajar Namun kebelakangan ini kita kerap mendengar mengenai guru at...
Pengambilan One Off 19 000 Guru Masih Belum Cukup Nutp

Pengambilan One Off 19 000 Guru Masih Belum Cukup Nutp

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 285 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil kira kira 19 000 guru melalui pengambilan khas namun kesatuan guru keseluruhan masih berpendapat bahawa jumlah itu tidak mencukupi untuk menangani isu kekurangan guru di seluruh nega...
Kpm Tidak Akan Wujudkan Lagi Jawatan Guru Sandaran Di Sekolah

Kpm Tidak Akan Wujudkan Lagi Jawatan Guru Sandaran Di Sekolah

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 138 hits
Imej hiasanKementerian Pendidikan tidak bercadang untuk mewujudkan semula jawatan guru sandaran bagi menangani isu kekurangan guru di seluruh negara Sebaliknya mereka menawarkan pengambilan secara one off yang mula dibuka pada bulan lalu Me...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding