Pelbagai Menu Sedap Di Indobowl Cafe
PELBAGAI MENU SEDAP DI INDOBOWL CAFE | Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, pagi ni rasa sejuk je sebab hujan. Tapi bila dah sejuk macam ni perut pun mula la dok berkeriuk-keriuk berdangdut. Alahaiiii..bestnya kalau dapat hirup kuah panas-panas. Ni yang buat teringat mee segera Indomie ni. Aritu makan kat IndoBowl Cafe sedap weii.. banyak isi pulak tu. Bukan tu je, kat sini juga ada menyediakan pelbagai pilihan menu Indonesian street food yang pasti dapat menambat hati pelanggan. Alang-alang dah teringat ni meh la aku kongsikan dengan korang pasal IndoBowl Cafe
Pelbagai Menu Sedap Di IndoBowl Cafe
Bila sebut Indomie rasanya semua tahu kan. Mee segera yang berasal dari Indonesia ni datang dalam pelbagai variasi dan perisa. Dalam banyak-banyak produk keluaran Indomie aku paling suka Mi Goreng sebab mee yang dihasilkan kenyal dan tak hancur bila digoreng berbanding mee segera yang lain. Tapi kalau korang pergi ke IndoBowl Cafe, mee segera yang mereka masak lagi sedap sebab ada banyak bahan yang ditambah. Tak caya?? Ha, ni antara menu yang aku order aritu.
Indomie Salted-Egg Chicken
Indomie Salted-Egg Chicken (RM11.90) - Menu yang paling aku suka antara banyak-banyak yang aku makan ni. Indomie yang digoreng sempurna bersama telur, sambal dan juga salted egg chicken. Rasa ayam tu masin-masin memang sedap, ditambah pulak dengan sambal yang pedas. Meletop-letop rasa dia bila kunyah. tu yang dok teringat-ingat sampai sekarang. yummy
Indomie Cheesy Chicken Chop
Indomie Cheesy Chicken Chop (RM14.90) - Sekarang kan trend makanan letak cheese. So, penggemar cheese kena order menu ni. Cuma menu ni tak pedas so memandangkan tekak aku tekak melayu kena tambah sambal la.. Tapi jangan risau, rasanya memang sedap dan yang penting cheese dia banyak.. hoyeaaa
Nasi Ayam Balado
Nasi Ayam Balado (RM10.00) - Kalau tak nak makan mee boleh je order nasi. Menu nasi kat sini pun sedap-sedap juga. Contoh macam nasi ayam balado ni. Ayam tu bukan ayam goreng tau, tapi ayam yang digrill. So, isi ayam lembut disiram pulak dengan bawang kicap dan dimakan dengan sambal.. ayoo, dapnyaaa
Nasi Ayam Bawang Cili Hijau
Nasi Ayam Bawang Cili Hijau (RM10.90) - Yang ni pun sedap juga, rasa bawang dan cili hijaunya memang menyengat. Uniknya siap ada telur dadar campur taugeh. I loike.
Indomie Mumbo Jumbo Seafood Soto
Indomie Mumbo Jumbo Seafood Soto (RM39.90) - Haa.. kalau korang datang beramai-ramai apa kata order menu ni. Meriah isi dia. Kalau share tak payah nak berebut isi la. Makan panas-panas gerenti tak cukup ni. Teringat dulu-dulu zaman makan mee segera kongsi ramai-ramai kat asrama. Time tu boh telur je pun licin.. haha
Soda Gembira & Es Cendol
Soda Gembira & Es Cendol (RM8.90) setiap satu - Selalu kalau order gelas kecil tak cukup kan. Lagipun kalau makan kat IndoBowl Cafe ni sambal diorang power oo.. memang tak cukup la, so boleh order air gelas besar ni..
Meriah meja dengan makanan di IndoBowl Cafe
Bagi yang datang untuk makan tengah hari tertama bagi mereka yang bekerja berdekatan boleh la order Set Lunch. Set ni lebih murah dan yang penting dapat Free air teh o ais. Ada tiga pilihan menu untuk Set Lunch iaitu Nasi Ayam Goreng Jawa, Nasi Ayam Goreng Balado dan Nasi Ayam Bawang Cili hijau. Andai kata nak order set lunch tapi nak ubah selera pun boleh, cuma perlu tambah RM1 untuk tukar kepada Indomee ataupun tambah RM2 untuk tukar kepada nasi goreng. Air pulak boleh tambah RM4 untuk upgrade kepada Es Cendol atau Soda Gembira. Semuanya terpulang pada selera masing-masing. Yang penting tepuk perut tanya poket.. haha
Set Lunch
Ha, ni ada something special untuk pelanggan yang datang dalam minggu ni kerana ada menu yang baru sahaja diperkenal. Memandangkan masih baru, menu ni takde dalam list of menu sebab masa aku datang tu, kiranya kami orang yang terawal merasanya. Nama menu ni adalah RoPang iaitu singkatan kepada Roti Panggang. Memang sedap walaupun nampak simple. Menu ni dikategori sebagai pencuci mulut dan sesuai juga untuk minum petang.
RoPang Cheese Chocolate
RoPang Cheese Jagung
Ha, macam mana? Nampak sedap kan semua menu kat atas ni. Sebenarnya ada banyak lagi menu pilihan di IndoBowl Cafe ni. Next time nak datang lagi la sebab still tak boleh move on dengan semua menu especially Indomie Salted-Egg Chicken. Lepas tu nak try jugak pelbagai menu lain yang sedap seperti Sate Madura, Set Mambo Jumbo dan lain-lain. Kalau korang nak juga merasai keenakan Indonesian Street Food dan juga Indomie boleh la datang ke IndoBowl Cafe yang terletak di alamat :
Seronok makan beramai-ramai di IndoBowl Cafe
IndoBowl Cafe72, Jalan Tasik Utama 7,Lake Fields, Sungai Besi,57000 Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel : 019-5426869
FB : www.facebook.com/IndoBowlOfficial/ IG : www.instagram.com/indobowlcafe/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dikbee.com/2018/10/pelbagai-menu-sedap-di-indobowl-cafe.html