Menu Ayam Ala Thai Yang Gerenti Sedap Tak Cukup Sepinggan Nasi Macam Ni Alahai
Masakan Thai sememangnya terkenal di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Gabungan rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia. Jika anda penggemar masakan Thai,ini RASA kongsikan lima jenis masakan Thai berasaskan ayam yang confirm sedap.
GULAI AYAM SIAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul250ml santan pekat250ml air6 biji terung kampung | belah dua1 biji bawang besar | kisar4 biji bawang putih | kisar3cm lengkuas | hiris dan kisar3cm kunyit | hiris dan kisar6 tangkai cili padi hijau | kisar2 batang serai | hiris halus dan kisar1/2 sudu teh serbuk jintan manis1/2 sudu teh serbuk lada hitam2 helai daun limau purut | carikMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya.Kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat.Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api.Siap untuk dihidangkan.SALAD AYAM THAI
BAHAN-BAHAN:
2 ketul isi dada ayam1 sudu teh sos ikan1 sudu teh serbuk lada hitam2 sudu teh sos Thai300gm daun kubis | hiris halus2 batang lobak merah | hiris halus1 batang timun | hiris halus3 batang daun bawang | potong 3cm panjang250gm kacang tanah goreng1 biji cili merah | potong halus4 biji cili padi |potong halus1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang2 tangkai daun pudina2 pokok daun ketumbar |potong kasarMinyak masak secukupnyaBAHAN UNTUK SOS SALAD:
2 sudu teh minyak bijan1 sudu makan mentega kacang3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa1 biji limau nipis | ambil jusnya3 sudu teh cuka4 sudu teh gula pasir4 biji bawang putih | cincang2 sudu makan air masakCARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit.Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis. Ketepikan.Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi.Masukkan ayam dan gaul sebati.Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara dan goncang sehingga kesemua bahan sebati.Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati.Siap untuk dihidangkan.AYAM HALIA THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6 – 8 ketul1/2 sudu teh serbuk kunyit1/2 sudu teh garam1/2 sudu teh serbuk lada hitam5cm halia |hiris halus dan memanjang1 biji bawang besar | hiris4 biji bawang putih | hiris4 biji cili padi | hiris1 tangkai cili merah | hiris1/2 batang lobak merah | hiris halus dan memanjang4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang2 sudu teh sos ikan atau secukup rasa1 sudu teh serbuk pati ayam1 sudu teh gula atau secukup rasa2 sudu teh cuka atau secukup rasa60ml airMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.Panaskan minyak lebih kurang enam sudu makan di dalam kuali dan goreng sebentar ayam selama lebih kurang 5 minit, angkat dan ketepikan.Di dalam kuali yang sama, tumiskan halia, hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga wangi.Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, sos ikan, serbuk pati ayam, gula, cuka dan air.Masaklah sehingga kuah mendidih akhir sekali masukkan kembali ayam dan kacau sebentar.Tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.AYAM PANDAN THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul4 biji bawang putih | kisar halus1 biji bawang besar | kisar halus3cm halia | kisar halus3cm lengkuas | kisar halus6 tangkai cili padi | kisar halus2 batang serai dihiris halus | kisar halus1/2 sudu teh serbuk kunyit1 sudu teh serbuk ketumbar1/2 sudu teh serbuk jintan manis1 sudu teh serbuk pati ayamGaram secukup rasaGula secukup rasaDaun pandan secukupnyaMinyak masak untuk menggorengCARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunuit, serbuk pati ayam, garam dan gula.Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas.Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata.Ayam pandan siap untuk dihidangkan.AYAM KARI HIJAU
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 4-6 ketul1 biji bawang besar | dikisar4 biji bawang putih | dikisar6 tangkai cili padi hijau | dikisar4 pokok daun ketumbar | potong kecil serta kisar bersama akarnya4 helai daun limau purut | dihiris halus serta dikisar1/2 sudu teh serbuk jintan manis1 sudu teh serbuk kari ayam1 sudu teh serbuk pati ayam2 keping asam gelugur125ml santan pekat250ml air1 biji tomato | belah enam1 biji bawang besar | belah empatGaram secukupnyaGula secukupnyaMinyak masak secukupnyaCARA MEMASAK:
Di dalam kuali tumiskan bahan yang telah dikisar bersama serbuk jintan manis, serbuk kari ayam, serbuk pati ayam, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa sehingga pecah minyak.Masukkan santan pekat, masak selama 5-6 minit atau sehingga pecah minyak.Kemudian masukkan ayam dan air kacau sebentar.Biarkan sehingga air mendidih atau sehingga kuah agak memekat.Setelah itu masukkan tomato yang telah dihiris dan bawang besar yang telah dibelah empat.Masaklah sehingga tomato dan bawang agak lembut.Tutupkan api. Kari hijau ayam sedia untuk dihidangkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/10/menu-ayam-ala-thai-yang-gerenti-sedap.html